Tumbangnya Kerjaan Pakatan Rakyat di Perak..

assalamualaikum...

ha..
ni lagi satu berita tergempar yang mampu menggemparkan seluruh penduduk malaysia dan di perak khasnya..
ape taknya belum pun nak sambut ulang tahun sudah jatuh terjelopok atas tanah..
kesian pada nizar menteri besar perak..memerintah dengan adil dan saksama hampir setahun tiba2 anak buah yang tak mengenang budi main lompat parti..dah jadi macam katak pun ada gak..main lompat2..

ini terjadi apabila ada adun yang tanpa mengira perasan rakyat dengan suka hati melompat parti..cis..

BN akhirnya berjaya menawan semula perak tanpa perlu bertanding iaitu dengan menggunakan 'katak' yang memegang amanah rakyat tapi disia-siakan..

BN mempunyai cukup jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk membentuk kerajaan baru Perak selepas empat Adun melompat kepadanya secara terbuka dan rasmi hari ini.

Tiga bekas wakil rakyat Pakatan termasuk Adun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong akan kekal wakil rakyat bebas tetapi bersama kerajaan BN, kata timbalan perdana menteri.

kerajaan perak tumbang jua akhirnya....


Chikungunya Bala Untuk Umat Akhir Zaman...

assalamualaikum...

salam sejahtera untuk semua pembaca...
hehe..bukan ape..rasanya dah lama jugak tak update blog..cuma hari ni rasa teringin nak update so..dengan perasaan yang berkobar-kobar aku datang ke cyber cafe atas 7 Eleven..hehe

so..korang dah baca tajuk..ape pendapat korang..??adakah aku memandai-mandai tulis tajuk ni tanpa aku sendiri tahu ape yang aku nak tulis..??atau korang fikir yang kita orang MELAYU islam tak boleh kena bala..??

korang jangan silap..bala Allah tak kira sape pun..merukuk pade bala untuk umat akhir zaman..aku pernah terdengar hadis dari seorang ustaz yang ada mengatakan tentang maksiat yang kian berleluaasa..kalau tak silap hadis tu berbunyi begini...

"..dan bila tiada lagi diantara kamu yang ingn memerangi/mencegah kemungkaran..maka pada waktu itu kamu hanya perlu tunggu bala Allah yang bakal menimpa kamu lantaran tidak mengendahkan perintah Allah.."

kalau tak silap la...kalau silap tolong ler tegur dan aku akan ubah...

pernah tak korang terpikir..akhir-akhir ni umat islam bukan sahaja ditindas,malahan juga semakin mundur dan islam yang dahulunya digeruni kini hanya menjadi bahan ejekkan sahaja..

kenapa masalah ini timbul..???

ini kerana apabila umat islam kini sendiri berani menentang hukum Allah dan menjadi tali barut kepada kejatuhan umat islam..

jadi apakah bala yang dimaksudkan..??mudah sahaja..

korang tengok penyakit masa kini yang berleluasa yang hanya disebarkan oleh tentera Allah yang kecil yang kalau ikut sejarah telah membunug Raja Namrud satu masa dahulu..
ape lagi kalau bukan nyamuk..itu baru disebabkan nyamuk..belum lagi sebut haiwan2 lain..korang tengok balik penyakit bawaan nyamuk ni semakin bertambah tanpa umat manusia yang kononnya pandai ini menemui vaksin untuk menyembuhkan penyakit-penyakit bawaan nyamul ni...

kalau korang tahu..penyakit terbaru bawaan nyamuk ni..CHIKUGUNYA...
Allah..nak menyebut pun tergeliat lidah..

sedikit definisi tentang penyakit:

Penyakit Chikungunya adalah penyakit jangkitan virus yang disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Gejala utama jangkitan adalah demam panas, rasa sakit yang teruk pada sendi terutamanya sendi kecil dan ruam. Chikungunya tidak menyebabkan kematian dan adalah ’self-limiting’ ataupun sembuh dengan sendiri. Pesakit cuma memerlukan rawatan simptomatik dan rehat secukupnya, namun gejala sakit sendi boleh berlarutan bagi pesakit yang telah berumur. Rawatan hospital hanyalah untuk keadaan tertentu sahaja. Pesakit kebiasaannya memperoleh imuniti sepanjang hayat. Sepertimana jangkitan virus lain, tiada ubat khusus atau vaksin untuk penyakit Chikungunya. Cara paling berkesan untuk mengelakkannya adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes di persekitaran kita.


------------------------------------------------------------------------------------------------

tambahan pula..kalau korang tengok umat akhir zaman sekarang semakin banyak bermaksiat daripada beramal..sedarlah wahai kaum muslimin..sengaja aku taknak sebut MELAYU kerana ini seakan bersifat assabiah..sedangkan melayu kini semakin lama semakin leka serta lalai dalam menghadapi ujian Allah atas muka bumi ini..sebagai contoh yang murtad baru2 ni..Lina Joy...ape yang dia joy kan sangat tak taw la..

bala Allah ni bley datang bile2 mase je..semasa tidur,berjalan..bayangkan..sedang masa kita sedang sibuk dengan urusan dunia..kita semakin lalai dalam keseronokan dunia..tiba2 bala Allah datang..tak kira lah dalam apa bentuk sekali pun..tapi bila datang saje..mase tu nak lari kat mana..??nak menyorok kat mana..??nak mintak tolong Allah..??bley jalan la..sedangkan mase kau seronok ko tak pernah nak solat,mase ko susah nak mintak tolong Allah..??..sedarlah muslimin muslimat..

BALA ALLAH TAK KIRA SIAPA..

Minuman Akhir Zaman..

assalamualaikum...

subhanallah..rasanya dah lama gak ye aku tak update blog..hehehe..bukan ape..sekarang semakin sibuk..masa semakin pendek..baru tahun ni aku rasa tak cukup masa untuk hidup..hinggakan untuk diri sendiri pun takde..hehe..al-maklumlah,tahun ni nak SPM..kena bagi banyak tumpuan kat pelajaran..

hurm..korang tengok tajuk besar kat atas tu..pe pendapat korang..??
aku baru2 ni dapat fowarded e-mail yang bertajuk arak yang bukan nama arak..
hah..aku tawu..korang kebanyakan mesti dah tawu nama dan gambar tentang benda ni..aku ni sedikit ketinggalan zaman..dan aku baru terbukak mata untuk melihat dunia yang semakin fana nih..

hehe..dulu sebelum baca e-mail tu aku hampir terbeli minuman ni masa kat kedai Ah Chai..ni dialog aku ngan bini dia..

aku:nya..ini baru (joly shandy) ka..???
bini dia: ya la..baru punya..murah lagi..sedap you taw ka..??

aku pun tengok je la minuman tu..urm..di sebabkan kekurangan wang aku pun berlalu je la..
hah..!!esoknya aku membawa wang yang cukup..aku tak berapa ingat harga minuman tu..tapi aku dah amik tin minuman tu dan letak kat kaunter bayaran..tapi sebelum bayar aku belek tin tu..wah..!!!
terkejut badak aku bila tengok terang2 tertulis perkataan 'contain alcohol'..aku dengan muka marah yang teramat..aku sound nyonya tuh..

"wey..you taw ka ni ada alkohol..??"

dia balas ngan muka selambar beruk..

"taw maa.."

aku sound lagi..

"choi..!! you taw kan alkohol kita (islam) tak bley minum..knapa you suggest saya minum ini..??"

dia buat muka relax plak sambil jawab..

"alaa...skit saja alkohol..tak kan tak boleh.."

cis..!!aku memang hangin dah ni.. aku blah dari situ..tengok..betapa kafir laknat cuba menghancurkan islam..dia buat arak..tapi bukan dinamakan sebagai arak..aku teringat satu hadis dari buku 40 hadis akhir zaman..salah satu ada menyebut

"takkan terjadi kiamat sehinggalah wujudnya minuman arak yang diberi nama bukan arak.."

perawinya aku tak berapa nak ingat..urm...untuk di jadikan cerita..beberapa hari kemudian aku ke 7 Eleven berhampiran..aku jarang untuk fokus apa yang dijual kedai serbanika ni sebenarnya..satu hari tu..aku sedang tunggu kakak aku balik dari tempat kerja..aku pun masuk dan merayau la..tetiba aku ternampak dekat peti ais..jolly shandy..aik..7 Eleven pun jual menatang nih..

aku pun amik la gambar..ni la..untuk tatapan orang yang tak pernah tengok..hehehe..



Ubat Hati Dengan Al-Matsurat


assalamualaikum....

hari ni aku nak cerita tentang satu kitab kecik yang ditulis oleh asy-syahid,sheikh hassan al-banaa..
kitab kecik ni tak sampai RM2 pun..bley didapati di gedung2 ilmu..tak pasti lar ada ke tak kat kedai buku popular ke atau mana2 kedai buku yang taukey dia cina...urm..aku tak nak cerita panjang..kitab ni mengandungi pelbagai rahsia2 doa...semua doa yang ada dalam kitab kecik ni adalah doa amalan Rasulullah S.A.W...doa2 rasulullah biasanya adalah mujarab..



kitab ini dimulakan dengan "a'uzubillah hi samii i'ilaliim miminassyatan nirrajim.."
susah gak nak menulis nih..hehehe

maksudnya.."aku bermohon perlindungan Allah,Maha mendengar,Maha mengetahui dari ganguan syaitan yang direjam.."mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan apa2 pun aktiviti harus menyerahkan diri kepada-Nya..

bacaan al-fatihah dalam zikir al-ma'thurat merupakan bacaan yang agung.mengandungi pahala yang besar jika membaca dan menghayatinya.Rasulullah bersabda maksudnya..

"demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya..belum ada surah yang diturunkan di dalam taurat,injil dan zabur atau al-quran yang dapat menandinginya (al-fatihah)..Dialah tujuh Mithani dan quran yang agung diberikan pada ku.."

dari annas r.a..rasulullah bersabda yang maksudnya..

"siapa yang mengucapkan ucapan di waktu pagi ucapan

"a'uzubillah hi samii i'ilaliim miminassyatan nirrajim.."
maka dia dilindungi dari ganguan syaitan yang direjam dari pada waktu pagi
hingga ke petang

kitab ini juga mengandungi tiga ayat terakhir dari surah al-baqarah yang juga penawar kepada setiap gangguan jin dan syaitan...

ada hadis yang bermaksud

"sesiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah al-baqarah di awal pagi nescaya dia tidak didekati oleh syaitan 1sampai ke petang..dan jika di baca pada waktu malam maka syaitan tidak mendekatinya sampai ke pagi..dan tidak dilihatnya apa yang buruk menimpa dia dan keluarganya..."

(riwayat al-darimi dan baihaqi)

hadis di atas disokong pula satu lagi hadis dari nabi muhammad S.A.W yang diriwayatkan dari ibnu mas'ud..

"sesiapa yang membaca sepuluh ayat iaitu ayat2 dari surah al-baqarah,ayat kursi dan dua ayat selepasnya serta hujung surah al-baqarah nescaya syaitan tidak akan berani masuk kerumahnya sampai ke pagi.."

begitu jugalah semua bacaan zikir yang terkandung dalam kitab al-ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusannya nabi Muhammad..hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa yang ingin menghayati nya dan mengamalkannya dalam kehidupannya sehari-hari..wah2 dah macam ustaz plak aku nih...takpe..dakwah punya pasal tak kire..hehehe

urm..dah takde ape lagi aku nak terangkan rasanya..hurm..kalau korang tak pernah lihat atau jumpa kitab al-ma'thurat ni dan ada keinginan untuk baca..korang bley order kat aku..hehe..tapi bukan free ha..harganya kitab kecik ni cuma RM 1.80 SAHAJA..dan tambah2 lar skit untuk duit minyak,dan kos penghantaran aku nak pegi beli kitab nih..hehehe...

ha..kalau ada pape yang tak paham dan korang nak mengetahui lebih lanjut tentang kitab ni..cam biasa ler..
moga kita sama2 dapat mengamalkannya...

Boikot ler..Pe lagi Tunggu...!!!!

assalamualaikum...

hari ni aku terasa keletihan yang melampau..selalu tak pernah pun cam ni..hurm2..pagi tadi..lepas solat subuh..aku lelap ler balik..pukul 7.30 kena bangun..pagi ni ada latihan silat..urm..rasanya hampir 5 bulan aku tinggalkan dunia silat nih tanpa latihan..so bile mula berlatih balik..badan dah mula rasa lemau..

tengah hari..aku pegi tusyen kat Klang..kat Delta ler...aku amik kelas Biology..dalam kelas pun tak bley fokus..mengantuk betul..

masa balik ngan Rafiq,kitorang singgah centrepoint..tetiba aku dapat panggilan dari Paksu aku..jarang paksu tepon aku kalau bukan musim cuti nih..hurm..sebenarnya..sebelum tu aku ada tepon dia dulu...tapi tak berangkat..aku ingat nak tanya dia nak beli tak antivirus..hurm...skali dia tepon balik..harus...

aku pun angkat ler...dia cakap nanti bukak e-mail..dia ada something nak bagi aku...so malam ni baru la aku terajin nak men komputer...

bile aku bukak e-mail tadi..terkeZut bukan kepalang...sampai nak terlompat aku..kisahnya...

CocaCola Hina Islam..??
memula aku buat tak heran dulu..tapi bila dah tengok gambar tu..aku mula terkejut..bukan pe..sebelum ni pun pernah dengar tentang ni..tapi tak pernah tengok bukti..aku pikir masa tu orang yang bagi tawu ni..sembang kosong..tapi...aku silap rupanya..

selama ni..korang dok minum air coca cola tu...langsung tak pernah terpikir pun yang diorang berani buat macam nih..aku tak tahu la..gambar ni edit mahupun asli..namun..kalau dah buat macam ni..betul menghina..aku yang tak tahan bila ada....arh...korang tengok la sendiri..!!!!

kalau korng perasan..dalam bulat tuh ada satu lambang yang
tertera kalimah Allah terbalik..
tulisan cocacola plak bila di terbalikkan akan membentuk
perkataan arab "lam muhammad,lam makkah"...maksudnya..
TIADA MUHAMMAD,TIADA MAKKAH

yang ni paling sakit hati..orang sedang sujud dijadikan ibarat
botol2 bersusun...



so korang sendiri paham..pe lagi boikot lar...lagi pun cocacola ni barangan Amareka...kita kena boikot..bagi menjamin supaya mereka tidak lagi berani membuat perkara2 terkutuk seperti ini...

'AllahuAkbar..!!!'

Gerun bila Tengok...

assalamualaikum...

tadi ngah jalan2 kat internet ni tetiba teringat abg Saiful jirann aku ada cakap tentang satu web nih yang banyak cerita tentang khalifah islamiyah...tadi mencari punya dok cari jumpa la aku ngan web hizbut tahrir malaysia ...ada aku terjumpa beberapa pic dari web tuh yang aku rasa kalau korang tengok pun meremang bulu roma...kalau takde tu tak taw la..tapi memang best web nih...aku nak buat web nih salah satu pautan aku la...pape pun tengok la gambar2 kat bawah nih...







Letihnya Aku..

assalamualaikum...

hah..cam biasa ler..aku nak citer...cam semalam gaks...ta de perubahan pn...cuma ari ni aku beranikan diri bawak enset canggih (canggih ler sangat) aku ke skola...hehe..so bley la amik gamba kengkawan aku yang hensem2 untuk tatapan korang...ada ler aku amik beberapa kepin jerp..tak de mood la..

hari ni cam letih jer..semalam pas balik amik 'kak cik' balik keje..dia belanja makan...ngee..!!

bukan selalu dapat peluang cam nih...aku pun pe lagi mengoder makanan faveret aku tak terhingga...'kuey tiaw' tomyam...siap order cili potong lagi..mana bley makan tanpa cili potong..aku ni pantang skit makan tanpa pemedas mulut...hehehe...
minum plak aku order ler nescafe 'o' ais...hurm2..da abis makan balik ler...aku ingat lepas solat isya' aku da bley tido..skali mata tak bley lelap sampai kol 3 pagi...badan aku plak aktif semacam..aku berguling-guling atas katil tuh dekat seratus kali...wargh....kenapa la mata nih...perut plak memulas..mungkin sebab makan tomyam kot...sebenarnya doktor da tak bagi aku mkn tomyam..tapi pedulik hapa...nak mati,mati jugak...hehehe..

pagi tadi akibat kekurangan tido aku pun keletihan la cam mat dadah..mata kuyu...buat kerja pun cam tak sempurna..aku terjerit-jerit sensorang kat dalam bilik SPBT...seb bek nazli ada...kurang la gak boring..dia pun bawak enset canggih dia..so dia pasang la lagu kucin dan anjing..nek menangis aku gelak..sampai gulin2 lar...hahaha..

kalau korang nak dengar..dengar la...jap2 aku upload dulu...

eh ala...ta bley taruk player arh kat sini..len kali jer lar...hehehe

urm...balik tadi aku terus lelap..tak larat do...so layan kapla jer lar...




ngah tunggu bebudak amik buku..dari kiri faris,husna,wan..
ngah cari buku puteri salju..hehe..silap2..panas salju...
nazli ngah bagi arahan.."21 set buku siap.."hehe

ni mase tengah hari..kelihatan wan tersandar keletihan
Blog Widget by LinkWithin