Golongan Hakim dan Juri

assalamualaikum..

apa dah jadi sebenarnya dengan diri aku?aku tak pasti.tapisebenarnya,perkara ni aku dah sedar semenjak aku kecil lagi.jadi untuk apa aku update entry atas sebab perkara ni?tapi..apa sebenarnya dah jadi dengan aku??

golongan hakim dan juri.suatu golongan yang selalu meghakimi orang lain dengan meletakkan first impression terhadap orang lain berdasarkan perwatakan,gaya percakapan,perkara yang diucapkan,dan pandangan mata ketika berucap.

aku tak pasti perkara ini normal atau apa.kalau perkara ini tak normal,jadi apa guna idiomatic phrase yang mengatakannya pun 'dont judge a book by its cover'.seolah-olah mereka yang cipta phrase tu mengetahui yang setiap manusia itu akan meletakkan tanggapan pertama terhadap orang lain.jadi perkara ini sepatutnya normal.dan jika normal,tak perlu untuk khuatir dan risau seolah-olah diri kau berbeza dan ganjil serta jakun dari orang lain.


apakah pulak hukum bila kita menilai orang lain berdasarkan tanggapan pertama tadi?maksud aku,bila lihat seseorang,dengan penampilan yang agak selekeh,dalam hati kita mesti mengumpat orang tu.MENGUMPAT!!bukan satu perkara yang jarang.tapi,apakah hukumnya dan dosanya sama seperti kita mengumpat bersama makcik sa'odah jiran sebelah rumah?


pada pandangan aku.

menilai orang lain berdasarkan tanggapan pertama atau first impression adalah penting bagi meletakkan nilaian kita kepada seseorang.sebagai contoh,jika seorang yang dungu bercakap,dia lebih suka bercakap perkara yang sia-sia.seperti bercerita mengenai angan-angannya yang tinggi melangit tanpa usaha,doa dan tawakkal yang benar.jadi,di situ kita telah meletakkan nilaian kepada dia bahawa dia adalah seorang yang berfikiran rendah.dan dari situ juga,kitaboleh menjangkakan tindakan,perwatakan,dan aktiviti-aktiviti masa lapang dia.

jika datang pula seorang yang tinggi ilmunya,jauh pemikirannya dan mulia pula akhlaknya.segalanya akan dia tunjukkan dan tonjolkan semasa penampilan nya buat pertama kali bersama kamu.disitu,penilaian kita bermula.


kesimpulannya..

apakahsalah menjadi salah seorang golongan hakim dan juri ini?
Blog Widget by LinkWithin