dah lama bersawang blog ni.Kalau rumah kita tinggal lama-lama pun boleh jadi ada penunggu.Bukan apa,aku rasa semakin hilang minat pada penulisan.Mungkin kerana cemburu pada penulisan orang lain buat aku kurang yakin untuk terus menulis..
sekarang aku semakin tertarik untuk baca coretan dari team sarkasis.Kata diorang menggambarkan kematangan diorang dalam penulisan.Tambah-tambah part penghinaan penuh metafora.Alahai..
Kehidupan kolej semakin buat aku celaru.Aku dah tak macam dulu.Seolah-olah penyakit yang pernah diancam Nabi menjangkiti aku.Penyakit Al-wahn..Aku semakin mencari hiburan dunia..aku semakin memudahkan urusan agama..
mungkin sebab aku dah lama tak duduk dalam jemaah.Aku semakin jauh dengan kumpulan dakwah.Kalau dulu,aku ada GAYONG,aku ada ISMA,aku ada PAS,aku ada HIZBUT TAHRIR..macam-macam aku ada..seolah-olah kalau aku tersesat jalan,ramai juga yang nak sambut aku dari terus melencong..
semenjak masuk kolej,aku semakin tak tentu hala.Aku masih dengan ISMA.Tapi tekanan yang aku terima tak seperti di klang bersama dengan Ust Fathan dulu.Malah aku semakin lemau dalam menentang kata nafsu.
Aku mahu berGAYONG kembali.di Seremban,Gelanggang hanya ada di Paroi.Jauh benar dari tempat aku.Mungkin bila bersama Gayong,aku boleh jadi seperti dulu.Sentiasa semangat dalam menyumbang bakti.Bukan semakin layu ditimpa duniawi.
segala-gala yang menghalang aku dari menyertai aktiviti NGO di Seremban adalah dek kerana kejauhan tempat dan ketiadaan kenderaan.Hendak mengharap jasa orang menghantar atau pinjamkan kenderaan,aku jadi malu sendiri.takkan setiap minggu perkara sama kau nak buat.Mengharap dan mengharap.
semangat baru~
Alhamdulillah..proses pembelian motor sedang berjalan.InsyaAllah,moga motor ni berjasa membawa aku kembali kepada jalan Allah.