Sendiri

Saat kau terbang sendirian mencari manisnya dunia, tiba-tiba tuhan menggelapkan pandangan mata kau dan memusnahkan kemanisan dunia. Saat itu kau tahu, tuhan sayangkan kau dan tidak mahu kau hanyut dalam kemanisan dunia.

Pandangan Gelap

Assalamualaikum.

Kau tahu, apa rasa bila diri di khianati?

Aku rasa betul-betul di khianati.

Sepatutnya aku bergegak gempita bersorak sorai dengan terkeluarnya aku dari tempat kerja sekarang.

Tapi, ianya tak menjadi satu kegembiraan bila hidup kau berakhir di seberang laut, yang jauhnyaberatus batu dari rumah kau sendiri.

Apa yang menambah?

Karenah sang kekasih yang berduka itu dan ini menambah sakit. Seolah-olah aku akan pergi selamanya dan kau tak akan melihat wajahku langsung. Memang tak lama.

Gelap. Hari ini gelap dan gelita.


Arrazi Promosi Tempe Opah

Menari sambil makan tempe opah

Kisah Musafir

Assalamualaikum

semenjak aku mempelajari falsafah, aku kerap berfikir tentang persoalan-persoalan yang selalunya dah berjawab, tetapi aku masih mencari jawapan yang memuaskan hati. Satu jawapan kadang kala tak pernah cukup.

Baru-baru ini, keluarga aku menganjurkan satu trip ke Sabah. Perancangan semenjak tahun lalu, akhirnya kami jadikan sebuah realiti apabila seluruh keluarga aku, kecuali Ayah, Mira dan Mat Arif tak ikut serta. Ada alasan mereka yang tersendiri.


Nabeeha bermanja dengan Papa dia.


Perjalanan kali ini aku kira sangat menarik. Manakan tidak, antara yang membuat jadi menarik adalah apabila ini kali pertama perjalanan beribu kilometer bersama dengan anak-anak buah yang tersayang. Namun, misi aku kali ini untuk mencari satu jawapan mengenai sosio-politik masharakat setempat di Sabah.

Sabah, bagi aku negeri yang makmur. Lihat sahaja statistik jenayah tahunan. Sabah dengan populasi rakyat yang tinggi, epidemiologi serta demografi yang jauh berbeza dengan semenanjung, tetapi mampu menduduki tangga antara 5 Negeri terbaik kadar jenayah di Malaysia. 

Aku masih mencari jawapan kepada berlakunya kurang kadar jenayah di Sabah, sedangkan migrasi warga asing ke Sabah sangat tinggi. 

Sabah juga adalah negeri bersih yang kaya dengan hasil flora dan fauna serta tidak ketinggalan dalam kebersihan alam sekitar. Jika kau pergi ke Poring atau Tagal misalnya, kau boleh lihat di ceruk sungai sewaktu melintasi Jambatan Tamparuli, persekitaran sungai serta air sungainya bersih dan jernih. Bahkan, jika di Tagal, ada perusahaan menternak ikan kelah untuk dijadikan tarikan pelancong. Pertama kali fish sauna menyediakan ikan kelah dan ikan sebarau untuk mengurut pengunjung. Ini sangat rare!



Kebersihan di Sabah, sekakan secara holistik ditekankan keada setiap penduduk. Bayangkan kebersihan persekitaran ini, dijaga sehingga kedalam pasar-pasar yang selalunya kotor dan menjadi pembiakan tikus-tikus bandar. Jika di Pasar Philipine atau sekitar Bazar berdekatan dengan Pasar Philipine sendiri, kebersihan amat terjaga. Setiap gerai menyediakan tong-tong sampah kecil untuk kemudahan pengunjung. Mereka kebanyakan tidak langsung beragama islam, tetapi kebersihan persekitaran mereka lebih baik daripada beberapa tandas masjid di semenanjung.

Sabah semakin buat aku cinta dengan keindahan budayanya apabila, jika di Kota Kinabalu, kau jarang sekali mendengarkan bunyi hon atau makian-makian di jalanan apabila ada pemandu terlewat menggerakkan kenderaan sewaktu lampu trafik bertukar hijau. Bahkan, aku selesa dengan masharakatnya yang peramah. Mereka sangat baik dalam membuat tawar-menawar harga dalam jual beli. Aku tidak jumpa mana-mana orang Sabah yang bersikap ganas atau memaksa pengunjung gerai membeli apa yang mereka jual, malah mereka malah tersenyum jika kita tidak membeli selepas tawar menawar berlaku. Kembali di jalanan raya, jarang sekali berjumpa kereta yang memandu melulu mencilok kesana kemari bajet pemandu kereta lumba.

Setelah 50 tahun lebih Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia untuk merdeka dan setelah habis hasil bumi mereka kita rakyat semenanjung nikmati, aku tetap senang dengan Sabah. Jalannya tidak terlalu sibuk atau stress dengan jammed dan jalan dari Kota Kinabalu ke Kundasang juga tidak seteruk jalan dari Tapah ke Cameron Highland. 

Jika menurut beberapa penduduk yang aku temui dan berbual, jaringan kesihatan di Sabah juga sudah semakin baik. Mereka mungkin kekurangan hospital, tetapi mereka amat berbangga dengan Doktor Heli. Tahap pengetahuan mereka mengenai teknologi dan kesihatan sudah semakin baik, walaupun kebanyakan masharakat di desa kurang peka atau ambil tahu mengenai penyakit-penyakit merbahaya seperti hipertensi, diabetic dan masalah-masalah jantung. 

Dulu, aku pernah bercita-cita untuk ke Sabah dan berbakti untuk masharakat di sana. Kini, cita-cita aku semakin menebal.












Blog Widget by LinkWithin