wahh.dah hampir setahun rasanya tak update.sampai nak update pun dah rasa kekok.hahaha
apepun,aku tetap rindukan blog ni.penuh bersawang.banyak betul yang aku kena update.mengenai dunia dan seisinya..
sekarang,bila tiba hujung minggu,akan tolong abang berniaga haruman sunnah,haruman kasturi di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi.niat aku cuma satu.bukan keuntungan yang aku cari,tapi aku nak semua umat manusia bersunnah walau pun dengan hanya berwangi-wangian..
kerja aku senang.Orang nak masuk masjid,akan aku calit dengan haruman kasturi
aku berpegang dengan petikan dari satu kitabiaitu '70 kali lebih baik orang yang solat dengan berwangi-wangian daripada tidak berwangi-wangian' - kitab riadus solihin
bermakna,dengan berwangian yang paling mudah pun dah boleh tambah pahala kita bila mengadap Allah.
selesai orang solat,aku akan beri kepada jemaah flyers yang menerangkan tentang khasiat haruman kasturi yang dipetik dari kitab karangan Ibn Qayyim Al-Jauziah iaitu tibb annabawiah sambil aku terangkan serba sedikit tentang khasiat dan cara rawatan islam dengan menggunakan kasturi.
rupanya,dari zaman dahulu lagi,banyak perubatan yang menggunakan wangian sebagai ikhtiar penyembuh selain menggunakan ubatan dan sebagainya..
di samping memberi flyer,aku akan terangkan tentang khasiat dan kebaikkan.tapi yang paling utama bukanlah khasiat,tetapi adalah kerana haruman kasturi adalah wangian sunnah
dalam satu hadis riwayat soheh muslim,rasulullah bersabda : sebagus-bagus haruman adalah minyak kasturi..
[HR;Muslim:1151]
sebagai ummat yang terbaik,rasulullah juga menggalakkan kita utk menggunakan yang terbaik dalam kehidupan harian kita,dengan berwangian sahaja,secara percuma kita perolehi satu pahala sunnah..
setiap ilmu yang aku sampaikan adalah berdasarkan fakta yang aku pelajari sebagai product knowledge.bukan niat aku hendak meraih untung dan menipu jemaah yang hadir.jauh sekali ingin memukau anak2 gadis yang hadir sebagai jemaah.Niat aku cuma satu,iaitu mahukan semua orang bersunnah walau dengan hanya sunnah ynag kecil.
akan tetapi,sedar atau tidak,masih ramai manusia zaman sekarang yang masih berfikiran dungu dan kuno dengan menganggap apa yang aku sampaikan adalah penipuan semata dengan harapan meraih untung.tak kurang juga ada menolak flyer yang diberikan.malah ada yang lebih radikal dengan memaki hamun aku yang cuba memberikan ilmu kepada mereka.malah ada yang mengambil flyer dan merenyukkanya dihadapan aku dan terus dibuang.
lebih keji bila ada yang berpendapat,kami (team peniaga kasturi) ini adalah golongan anai2 yang hanya mengganggu jemaah dan membuang masa dengan berniaga seperti itu.kononnya takkan hidup senang sampai ke tua!sehingga sanggup menghubungi pihak berkuasa dengan harapan dapat menghalau dan menghalang kami dari terus berniaga.tapi insyaAllah..Allah bersama kami.tiada walau sedikit pun rasa gentar di hati kami dalam memperjuangkan sunnah rasul!
bagi aku,tidak banyak,sekurang-kurangnya sedikit ilmu aku sampaikan kepada orang yang ingin mendengar tu boleh jadi satu tambahan ilmu kepada yang masih belum tahu!
"Jadilah kamu orang yang mengajar, atau orang yang belajar, atau orang yang mendengar dan jangan jadi golongan keempat maka akan binasa. (maksudnya tidak mengajar, tidak belajar dan tidak mendengar ajaran guru. Mereka adalah golongan yang paling rugi di dunia dan di akhirat."
cukup sekadar itu tentang kasturi.sekarang..
mari kita masuk ke bahagian kedua tajuk ini iaitu mentaliti..
jika diteliti,kenapa masyarakat zaman empayar umayyah,abassiah dan turki uthmaniah,masyarakat islam dipandang tinggi.dihormati.disegani.dan pelbagai 'di' lagi..kenapa??
satu persoalan dengan satu jawapan mudah.
kerana mereka sangat cintakan ilmu.mereka tergila-gilakan ilmu.hingga,tak terkejut jika ada ulama feqah mengusai bidang lain selain feqah.
bermakna,berjayanya mereka,kerana ilmu yang mereka miliki dan ilmu yang mereka amalkan.
baik.
kenapa umat islam sekarang mundur,di pandang rendah,malah di pandang hina?
KENAPA?
kerana,umat sekarang sudah mula tinggalkan ilmu.sudah tak mahu ceburi bidang yang bukan asas kepada ilmu yang dituntutnya di universiti atau apa yang dikerjakannya.
sebagai contoh,seorang pegawai kerajaan.bekerja dalam waktu pejabat.bila tiba waktu makan,dia makan.bila tiba waktu kerja,dia kerja..jadi..apa dia peduli dengan ilmu selain dari bidang pekerjaan yang dia lakukan..betul?
bermakna..dia sudah berada dalam zon selesa.selesa dengan kerja,selasa dengan gaji dan selesa dengan kehidupannya.jadi untuk apa dia pelajari ilmu lain.kan?
begitulah mentaliti umat sekarang.ilmu yang dia perlukan hanyalah berkaitan dengan apa yang dia kerjakan.petani dengan ilmu tani nya sahaja.peniaga runcit,dengan ilmu pemasarannya saja.dan pelbagai lagi.kita lupa yang ilmu Allah sangat lah luas.dan ilmu itu juga menjadikan kita seseorang.
Allah meletakkan orang beriman dan berilmu ke tahap paling tinggi, seperti ditegaskan Allah dalam firmannya bermaksud: Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat. (Surah Al-Mujadalah, ayat 11)
sedangkan kita masih lagi lalai,leka dan lupakan ayat Allah tentang ilmu.jadi jangan terkejut kenapa umat islam sekarng ditindas!
apa yang aku tulis hari ini bukanlah untuk merendahkan mana2 pihak.akan tetapi,ini adalah pandangan aku sebagai manusia yang semakin sedih dengan umat islam kini.semakin menebal rasa dengki,semakin tamak kejarkan dunia dan dalam masa yang sama semakin bodoh dan sombong untuk menerima walau hanya secebis ilmu di kaki lima!
0 comments:
Post a Comment