Selamat Hari Raya - cara penyembelihan ayam

assalamaualaikum..
cara nak sembelih ayam untuk buat rendang....


Kad Raya Dari Kak Ixora..

assalamualaikum..

hari ni kak ixora ketuk pintu..siap bagi taw suruh amik kad raya lagi kat blog dia..
hehehe...
bukan ape..
tersangat kembang dan bangga sebab tak pernah aku di beri kad raya (sedih dan tragik sekali)
sekali dapat..walau tak khusus untuk aku..tapi masih terasa sangat kembang dan bangga..yahuuu...

Lagu Raya dari Yusuf

assalamualaikum..
enjoy the song..
sound tak berapa nak clear..tapi layan saje..


Doa Itu Senjata Muslim

Ya Allah, sesungguhnya setiap waktu itu waktu mu..
Kecantikan itu ialah kecantikan Mu..
keindahan itu keindahan Mu
kekuatan itu kekuatan Mu
kekuasaan itu kekuasaan Mu
dan perlindungan itu perlindungan Mu..
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit..turunkanlah
jika ada di dalam bumi..keluarkan lah
jika sukar...dipermudahkanlah
jika haram...sucikanlah
jika jauh...dekatkanlah
berkat setiap waktu Mu
keagunganmu
keindahan Mu
kekuatan Mu
kekuasaan Mu

ya Allah..
sesungguhnya sekarang ini kami telah dipecah belahkan ya Allah
kami dicucuk supaya silaturrahim kami terganggu..
kami diserang oleh mulut2 yang berdusta ya Allah..
kami dipimpin pemimpin yang fasik
kami dituduh salah kerana tegakkan keadilan
kami dihina dibelakang Ya Allah..
kami dibenci dalam diam Ya Allah..

namun kami tidak mengerti apakah ini ujian pengangkat darjat atau
ujian menandakan kami dilumpuri dosa..
kami telah berusaha Ya Allah..
kami telah berdoa Ya Allah..
kami telah Bertawakkal Ya Allah..

namun kami seringkali menjadi sasaran mulut yang mengadu domba
sering kali kami menjadi mangsa keadaan ya Allah..
seringkali kami menjadi sasaran caci maki..
sasaran untuk fitnah..
sasaran untuk menjatuhkan kami dalam perhubungan silaturrahim kami..

ya Allah..
sesungguhnya kami telah dianiaya..
kami telah di fithnah..
kami telah dituduh penipu..
kami telah dituduh pendusta..
kami telah dipermainkan dengan kejam sekali..
hinggakan perkara yang tidak masuk akal menjadi subjek utama

Ya Allah..
mereka ini yang mengadu domba ya Allah..
kau berilah mereka petunjuk dalam cara yang keras ya Allah..
kerana mereka tidak pernah mengerti..
mereka ini tidak pernah faham..
bagaimana sakit dan peritnya hati kami menahan tuduhan serta tomahan..
ya Allah..mereka ini kau hancurkanlah mereka..
kau matikanlah mereka..
kau musnahkanlah mereka..
kau belenggu lah leher-leher mereka dengan rantai2 dari api neraka ya Allah..
kau seksalah mereka dengan azab yang berat..
kerana mereka ini telah membunuh pertalian kami..
telah membunuh silaturrahmi kami..
telah membunuh hati kami untuk bersama bersyiar di jalan mu..



ya Allah..
bukan ini sebagai alasan untuk tidak mahu menerima ujian..
akan tetapi..
hati ini tidak tertahan lagi melihat wajah seorang ibu di aliri tangisan kesedihan..
dibanjiri kesedihan yang teramat..
wajah seorang ibu yang mulia membesarkan kami dituduh pendusta ya Allah..
dituduh membesarkan anak derhaka..
dituduh membesarkan anak yang tidak mengenang jasa..
sedang kami tidak bersalah..


kami hanya mampu berdoa ya Allah..
kerana engkau lah tempat kami mengadu nasib
mengadu masalah..
mengadu perit jerihnya ujian dunia..
kami tahu ujian ini tidak sehebat para nabi..
para wali..
para anbiya'..
para ulama'..

tetapi..
kami merintih kerana takut padaMu..
takut pada balasan mu dia Akhirat kelak..

ya Allah..
limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba Mu yang soleh..

ya Allah..
berilah kami kehidupan yang baik di dunia..
juga kehidupan yang baik di akhirat..
dan kau jauhilah kami dari seksaan api neraka..
dan kau rahmatilah kami meniti titian sirat mu..
menuju syurga Mu..
dan berilah keberkatan pada junjungan besar kami Nabi Muhammad,para sahabt,dan ahli keluarga baginda..


AMIIN..



Iftar Jami'e Di Sekolah

assalamualaikum..
baru2 ni berbuka di sekolah..
majlis ni selalunya dilakukan setahun sekali je..so memang seronok bila dapat berjemaah dengan guru2..berdoa bersama mereka..
lepas solat mohon restu..minta dihalalkan segala ilmu yang di berikan..

berikut gambar sekitar majlis..sangat sedikit..kerana kemalasan serta keletihan melampau..


cikgu fizik ( i love u cikgu)
zarif dan rakan2
yusuf
Ust.Along
Nazli pahlawan gayong dan Ust Along
K.P (kaki pukul,kaki pancing,kaki pikat..err..ketua pengawas) M.S.O
suasana dalam dewan (gambar tak clear..maklum la henset murah)
beratur ambil makanan (bukan patut ladies first ke..??)

Berbuka Di Masjid Shah Alam..

assalamualaikum..
baru2 ni pergi berbuka dengan keluarga tercinta di Masjid Shah Alam..
seronok juga..bak kata orang gambar bercerita lebih baik dari membaca..
so..enjoy..sikit je pun gambarnya..hehe



makanan di 'sponsor' oleh tabung haji
umi dan kak cik

Oh Nur Kasih..

assalamualaikum..

filem nur kasih yang sekarang tengah hangat ditayangkan dekat TV3 yang selama ni aku wanted habis telah meleburkan dan mencairkan hati aku..ohh...
bukan apa..aku terharu tengok cerita ni..cinta dunia dan akhirat di seimbangkan dan dijadikan satu jalan cerita yang sangat menarik..


pelakon wanita atau heroin drama ni pun agak cun (gatal sey aku)..
bukan apa..jarang2 dapat tengok pelakon yang cantik,pakai tudung,warak, bla3...

tapi aku terkezut..pelakon yang aku maksudkan..Tiz Zaqiah..memegang watak sebagai Nur Amina (err macam si madu Rosma isteri PM je)

aku nak cerita kat sini..kita sepatutnya sebagai hamba Allah..kena sentiasa dan seharusnya

"sami'na Wa ato'na"

apa maksunya tu..??
maksudnya.."kami faham dan kami patuh"
mudah..senang..kita ikut jalan Allah..dapat dunia..dapat akhirat..

tapi bagi pelakon heroin sorang ni..apa arahan,perintah dan segala macam larangan dia tak mau ikut..tak mau pakai..
tapi arahan pengarah dia ikut..dia pakai..

korang paham tak apa yang aku bebelkan ni..??
macam tak paham je..

ok2..aku terangkan..aku sebenarnya terjumpa gambar cara hidup sebenar Tiz Zaqiah dalam internet..tak tau samada super impose atau ape..
tapi itu lah hakikat sebuah eh3 sekeping gambar..

kalau dalam Drama Nur Kasih..beria dia seolah-olah perempuan suci yang taat perintah Allah..
taat perintah suami,mak bapak,bla3..
tapi kat luar..dah macam..err..tak tau nak cakap..

ape yang aku nak sampaikan ialah..
kehidupan dalam dunia artis dan industri lakonan..di penuhi kepura-puraan..
arahan pengarah filem senang aje kau turut..arahan Allah yang maha Kuasa..
kau buat neheng (bahasa pe tah) je..
mungkin kerana melihatkan ganjaran,mata wang,currency,ringgit,dolar bla3..
dan ganjaran itu telah mengaburi mata banyak pihak..
dan dek kerana ganjaran itu juga,kau telah mengendahkan arahan Allah,akan tetapi menurut arahan pengarah..

aku membebel nak ingatkan diri sendiri dan orang lain dan semua pembaca (ada ke yang baca..?)

dibawah adalah gambar2 yang aku maksudkan...

MASA BERLAKON



SEBALIK TABIR





15 Malaysia- meter [damn funny]




ULASAN

PERISTIWA SATU:

maki orang sokong team luar..tapi dia sendiri pakai ringtone lagu tema manchanster United

PERISTIWA DUA:

konon pentingkan bahasa inggeris supaya bangsa maju ke depan..
tapi bila penumpang cakap bahasa inggeris dia mula melenting..konon nak pertahankan bahasa melayu pulak..

PERISTIWA TIGA:

isu lompat parti..konon kebebasan..freedom la sangat..sokong calon bukan sokong parti..
tapi bila penumpang lompat teksi..kerana pemandu teksi..marah..

PERISTIWA EMPAT:

no comment..dengan namewe pun ada sekali..hahah

ExamPhobic

assalamualaikum...

aku sekali lagi dijangkiti virus..
cis..
kenapa..??
aku belum cukup suci dari dosa..??

ohh tidak..
sekarang memang musim virus..dengan selesema BABI nya,chikugunya,denggi..
aduhh..
habis..macam mana aku nak trial..??
persoalan yang sukar untuk dijawab..

semalam pergi klinik..buat saringan H1N1..negetive..
alhamdulillah..

tapi kena tunggu ujian penyakit lain plak..
aku tunggu lagi..
sambil tido..hehe

dah tak berapa lama..
nombor aku di panggil Dr..
masuk mengadap seorang MA..dia tanya apa sakit..
aku pun cerita la yang aku dilarang ke sekolah sebab selesema dan batuk (pn rose ann cakap)..
setelah habis disoal siasat seperti seorang pesalah juvana..aku pun diminta untuk jalankan ujian darah..hah..??
macam talasemia je..heheh

aku menurut..
"err pak ustaz..kalau ambil darah masa bulan puasa ni..tak batal ke puasa..??"
ustaz menjawab "tak batal lah..bukan masukkan sesuatu dalam rongga terbuka.."

senang hati aku..
dah ambil darah..hantar ke makmal..15 minit kemudian..
keputusan keluar..
aku kembali ke bilik Dr untuk analisis..



pak MA tadi berkerut-kerut muka baca keputusan..pastu dia minta nurse kat belakang dia untuk keluarkan surat..
aku ingat sakit biasa..
eleh..takat selesema biasa..pe ada hal..

kalau biasa..nak je aku pergi bersin kat tepi Pn Rose Ann..dia yang tak bagi aku datang sekolah..so kalau takde pape maksudnya dia suka2 tak bagi aku pergi sekolah..hehe
poyo gak ayat aku ni..

tetapi..surat yang dikeluarkan ternyata pelik..
tak pernah tengok pun..
rupanya aku telah di suspek menghidap denggi..
hua..tidak...
aku baru nak kalahkan si lone ranger masa trial ni..
tak pasal2 kena duduk rumah , mengadap siling lagi..
penat dan letih otak do..

dah la sakit kena cucuk tak habis..sakit hati pulak..
hea...
baru nak berangan bawak WTA malam ni..hea

tapi kan..kenapa aku selalu sakit waktu tibanya musim exam..??

Berbuka Cara Sunnah..

assalamualaikum...

baru2 ni balik tusyen terus lepak dengan ayien..memula ingat nak teman dia pergi cari barang dekat Jaya Jusco..tapi..hampeh..barang yang dicari tak de pun..

dah la jalan satu hari..kaki kelenguhan melampau..sampai kitorang terpaksa me'relax' kan diri dekat kebanyakan kerusi yang disediakan..

bila masuk waktu zohor..solat dulu..pastu tak tau nak buat ape..
tengok wayang lar..heheh

cerita Final destination..ngeri la cerita tu..kalau korang pernah bukak Youtube..tengok cerita kartun Happy Tree Friends..

cerita final destination ni sejibik cerita macam tu..cuma lebih menarik dengan ada jalan cerita..
bukan nak ulas pasal filem jijik (aku tengok gak) tu..tapi nak cerita macam mana kitorang berbuka cara sunnah rasulullah...hehe

bila masuk waktu berbuka..semua restoran dekat JJ tu penuh..termasuk la foodcourt..wahh..mana mau makan..??

nak ke KFC (ayien paksa) ..mak aii..bukan maen ramai lagi yang beratur..penuh restoran tu..selamat..kalau tak dah tolong yahudi laknat dah aku..hehe

keputusan akhir..beli buah dekat foodcourt..
buah potong mahal nak maut..hehe
maen beli ikut gram..aduh..blasah je la..



dah makan buah..kenyang la jugak..
pergi solat..tengok tu..hehe..betapa menghidupkan sunnahnya kitorang (padahal restoran penuh)..

lepas solat..berjemaah lagi...kebanyakan yang solat nasib macam kitorang..hehe
kitorang tak tunggu lama untuk menyerbu ke restoran yang berhampiran untuk makan..

selepas kata putus dicapai..kitorang pergi makan dekat Laksa Shake..
ingat dapat la laksa made in pineng..
tapi hampeh..laksa singapore je yang diorang lebihkan..hurm..rezeki..
makan sajalah..

yang penting kitorang telah menghidupkan sunnah rasul dalam berbuka..

Gangguan..

assalamualikum..

baru2 ni aku dikejutkan dengan satu perkara yang sepatutnya aku terkejut..
bukan ape pun sebenarnya..
tapi aku sedang dilanda satu serangan elektronik yang tercetus akibat dari perbuatan sendiri..
mungkin aku dimusuhi..mungkin aku dibenci..



nombor telefon kesayangan aku telah diedarkan secara meluas untuk gadis2 gatal satu maraya (bhs nippon)..
kalau satu takpe..ini sekali dua2 nombor aku..
hua..
aku mahu menangis..

gangguan yang diterima bukan sahaja sekadar 'panggilan rindu' (miss call),tapi juga panggilan yang berisi..maksudnya ada yang just tanya khabar (aku tak kesah)..
tapi bila dah start tanya yang bukan2 pasal hal dan hak peribadi..aku sudah mula membenci..
hinggakan menceritakan perkara yang jijik..macam nak muntah aku degar ayat bodoh diorang ni..



untuk pengetahuan korang..nombor ni tersebar melalui majalah KLIK!

dekat ruang shoutout..

"hye..a'm Afif..I hate Korea..sape nak kenal msj je kat number ni 013-bla2 /017-bla3"

aku tak tahu samada untuk bahan promosi majalah diorang,tapi bila dah diganggu berkali-kali..
aku tak tahan..mahu menjerit..

nak je aku list out sume nombor phone mereka yang gatal dan pengamal seks songsang kat laman ni..

kalau korang perasan..ada ayat "i hate Korea"..ape tu..?
kenapa dengan korea..?
apa masalah aku dengan korea..??

tah minah rempit mana la yang sebarkan nombor aku nih..

PESAN BAPAK:

"kepada yang berkenaan..tolong hormat orang kalau korang nak di hormati.."
Blog Widget by LinkWithin