Cara Pikat Gadis

assalamualaikum..

tajuk kali ini ada kena mengena dengan entry ok..jadi baca dengan teliti.
ingat tak zaman dulu2.cara nak pikat gadis yang paling cun dalam kampung adalah pikat mak bapak diorang dulu.
pikat mak ayah diorang bukan senang beb.bukan macam sekarang.tayang caldina GT4 sebijik dah terjuih biji mata.belum lagi tunjuk fairlady ke rolls soyce ke.wah.maw terus comform jadi menantu.haha

kalau dulu cara pikat ibu bapa gadis adalah dengan mengalunkan berzanji memuji Allah dan berselawat keatas baginda.nak tengok situasi ni masa kenduri kahwin.sebab apa?sebab...wanita dulu dilarang keras bagi menghadiri kenduri kahwin,maksudnya menjamah nasi kenduri bersama tetamu2 lain.tak tau kenapa.

masa tu pulak ibu bapa gadis akan ada.dan masa tu lah nak tayang bakat..selalu anak remaja akan bermula berselawat kuat2..kemudian disambut orang ramai dengan menyebut allah...kalau nak tau berzanji macam mana,tengok post aku yang lepas2.ada tajuk yusuf berzanji.kalau tak silap.dah lupa...

masa ni lah ibu bapa akan pasang mata macam cctv untuk mencari suara yang paling lunak dan merdu untuk dijadikan menantu..dan remaja tadi akan didampingi dan diajak bersembang.ajak makan kat rumah.paham2 ler.nak kenalkan dengan anak diorang la.

itulah kisah dan cara nak pikat gadis zaman dulu.
persoalannya..kenapa sekarang takde lagi budaya ni..??
bukan ke kita sekarang ada Islam HAdhari lah.macam2.walaupun zaman Islam Hadhari dah lepas.tetapi islam tetap ada bukan?

jadi kenapa ibu bapa sekarang dah takde nak cari bakal menantu kat majlis kenduri kahwin?

jawapannya kerana..kenduri sekarang mana nak ada dah majlis untuk berzanji dan marhaban.sekarang main playback maa..sewa je deejay dengan sound system,siap dengan amplifier.lengkap majlis tu.dengan karoeke,joget lambak.padat dengan aksi.sebab tu!!!

sampai sekarang ni.orang yang nak buat majlis berzanji macam tu.dah jadi takut malu.takut majlis diorang takde yang nak datang.lagi takut majlis tak sama grand dengan majlis orang lain..

dunia sekarang seolah-olah memandang harta,pangkat dan rupa.tapi bila tanya si pengantin perempuan,nak calon suami yang macam mana?jawapan dia cukup sempoi.."err..saya nak yang jutawan,hartawan,kuasawan,mewahwan,wanted..".wallaney(cakap cina).."ow..jap2 jawapan tadi tak abis lagi",kata si pengantin pempuan..dia nak sambung sikit lagi."hmm.sbnarnya yang paling penting adalah,dia boleh bimbing saya"...nampak??akhirnya terkeluar ayat tu setelah semua 'wan' keluar..

bayangkan orang sekarang..pandang harta..mana budaya yang pandang agama??

adalah pulak yang dari ipoh menyampuk..

"weh!!sape kate tak pandang agama??kawin kan kena mengucap,baca doa qunut,rukun islam,iman,nikah...kawin plak kena sama agama.tak sama tak boleh..pandang agama lah tu"...

so pandang agama sebab nak kawin??lepas kawin??agama buang mana??tapak pelupusan mana??

jawab yang dari ipoh.."agama tetap Islam la sengal.sekali Islam,selamanya Islam.takkan lepas kawin nak lompat agama plak macam ADUN lompat parti..apa la kau..!!"

eh..betul ke tetap islam..??ke islam nama je..??tapi solat tak jaga,aurat tak jaga,kepala terbuka,sexy meksi sume..kan??

tak percaya..??

mari tanya diri kita..
malam anugerah juara lagu (AJL)..malam tu jugak ada Halaqah..berapa ramai yang tengok halaqah..??oh..yang dari pandamaran ada sorang,dari shah alam ada dua orang..jaga agama ke macam tu..??

sekali lagi tanya diri..

berapa ramai ibu bapa sekarang,bila musim cuti tiba pakat dok hantaq anak p pengajian pondok,tahfiz quran,belajar solat..??berapa..??berbanding hantar anak ke kelas muzik,menari..bla3..
dari sungai tungku sorang angkat tangan..ha..sikit betul..jaga agama ke..??

sedarlah..kita sekarang makin terpesona dengan nikmat dunia..kita kini dirasuk penyakin al-wahn.sedarlah!!

Lidah Soal,Nafsu Jawab,Hati betulkan...

PERISTIWA..

satu hari..empunya badan telah lakukan kesalahan di tempat kerja..
nak dijadikan cerita,dia telah ditegur.ditegur plak depan orang ramai.memang lar.takkan nak bazir masa panggil masuk bilik?dah nak jalan lagi.nak duduk lagi.panjang kisah nanti.so.dia telah ditegur.sebab ,malu n tak puas hati.dia telah mengumpat bos yang tegur dia tadi di belakang bos tu.kira macam kutuk mengutuk ler..


nak dipanjangkan kisah..

LIDAH:Patut ke kita punya salah..kita kena marah..kita mengumpat orang yang marah kita
di belakang..patut ke..??

NAFSU:memang patut pun..kita ni manusia.ada hati dan perasaan tau.patut dia kena jaga
perasaan kita sama.bukan main kutuk je.patut apa kita mengumpat tentang dia..

HATI :bukan ke dia yang buat salah.so dia kena la terima teguran tu dengan hati yang
yang terbuka..kan?kita kena la bersangka baik..tak baik mengumpat2 ni.bukan ke
kita ibarat makan daging saudara kita sendiri..?

LIDAH:kita kutuk dia la.bukan mengumpat..!!

NAFSU:tah nye..orang kutuk.bukan mengumpat.lagi pun dia malukan kita depan orang ramai
apa.dia tak fikir ke air muka kita..??kita pun ada perasaan.

HATI:ha.ini lah dia yang kita panggil bercakap pakai kepala lutut.tak pernah nak fikir.kutuk belakang ka,mengata belakang ka,hina belakang ka,cerita belakang ka,apa pun yang kita cerita dekat belakang di panggil mengumpat.dan mengumpat ni adalah dosa.nak ke kita diberi makan buah zaqum dari neraka nanti..??

LIDAH:habis.kalau dia buat salah?kita tak boleh nak kutuk pun?

NAFSU:.......

HATI:tak boleh.kita kena bersangka baik.jahat macam mana pun orang tu,busuk macam mana pun,cara nak tegur ialah,tegur berdepan.tegur yangcara dia tak kena.ini lah yang dipanggil cegah kemungkaran..

LIDAH:ok fine!kalau dia kutuk kita kat belakang?takkan kita tak boleh kutuk balik?

NAFSU:apa plak tak boleh.boleh ape?lawan lah kita kutuk mengutuk.pastu lawan caci mencaci.maki memaki.carut mencarut.last2.lawan tarik rambut..memang best..i love fighting..

HATI:macam mana kamu tahu yang dia kutuk kamu kat belakang?kalau kamu tahu maknanya dia kutuk depan kamu la..yang nak cari pasal dengan orang buat apa?ada apa dengan kutuk mengutuk tu?kan nanti jadi pergaduhan.masam muka.kan boleh putus silaturrahim.berdosa besar tau!!kita nak jadi pengikut nabi muhammad,kenalah beramal dengan amalan dia.sedangkan masa nabi tengah sampaikan dakwah dulu,orang siap baling dia dengan najis lagi.malaikat yang takde NAFSU pun sampai nak baling bukit kat orang yang baling najis tu.tapi nabi tetap sabar.kita kena lah sabar..

NAFSU:aii..nama aku pun keluar..

LIDAH:jap2..itu nabi..kita ni nabi ke?nak dapat taraf wali pun belum tentu.nak jadi nabi.lagi la susah.sabar je ke?walau orang sepak n pijak kepala kita?

NAFSU:ha..betul tu..nabi,nabi punya pasal la..dia orang terpilih.kita ni hamba biasa je.tak layak untuk sabar2 ni.so mari la maki memaki..

HATI:nak tanya sikit..apa yang penting disisi Allah..?jawab!!ha yang dari sri serdang tu..jawab!!!
diam buat apa..?jawab la..ha kamu dari Ipoh..jawab!!
pun diam.kenapa?tak tahu ke??
senang je.jawapannya mudah.yang paling penting di sisi Alah ialah Taqwa.apa itu Taqwa..??
search la kat google.tak reti2..??

LIDAH:eley..relax la beb.nak taqwa2 pergi masjid lar..tak payah berceramah kat sini.

NAFSU:hahaha..betul2.nak jadi ustaz,pergi masjid,surau..kita muda remaja lagi.kutuk je.mati lambat lagi.

HATI:haa..elok la tu.orang nasihat kata macam tu.esak nyawa dsah dekat kerongkong baru ada akai..kita ni kan manusia..Allah bersumpah demi masa dalam surah al-asr.
-Demi masa
-sesungguhnya manusia kerugian.
-melainkan,yang beriman dan beramal soleh.
-dan berpesan-pesan kepada kebaikan dan berpesan-pesan kepada kebenaran..

jangan kita ingat kita muda,kita tak boleh mati.ingat!masa kita lahir,kita disambut dengan azan.
masa mati kita akan disolatkan.antara azan dengan solat kan tak lama.ingat yang tu cukup.memang muda cuma sekali.mati pun sekali brader..!!tengah ko dok mengumpat tiba2 Allah cabut nyawa?apa pun tak boleh.malu dapat!!

Agak Lapuk..Tapi Berisi maksud yang mendalam..aku suka..!!

Sakit Hatikah Bila di Layan begitu..??

assalamualaikum..

time:7.43
cuaca:haba dan bahang petang senja
mood: rasa nak sepak orang..tapi takut kena sepak..


fine!tajuk takde kena mengena dengan entry.lokasi kini di rumah acu.penat setelah berapa jam dalam kereta tadi..
rindu pada thumbdrive yang cute tu terubat bila Ira yang comel dah pulangkan semula.sebab masuk gambar masa dekat hotel goldcourse..

aku rindu kawan2....
rasa nak jerit.."weh kawan2..!!korang dimana..??"

tapi aku terfikir.diorang ingat kat aku ke..??
hmm..

tadi kenduri cukur jambul anak pida.tahniah.dapat anak yang comel.anak je comel.mak..ceh..hahaha

jahat mulut ku mengutuk orang..cili mulut tu kang..

aku cuma pelik melihat orang disana.nama je kenduri.tanya jemput sapa.
dah.jemput ramai.masak pun banyak.
ayam aje dah berketul-ketul.
pergh..ayam goreng rempah tu..hahaha
tapi tetamu..kami aje..??
pelik.....


teringat juga pada kawan baru kat tempat kerja.dulu jahat mulut kutuk diorang.sekarang dah mula biasakan diri.
cuma aku tak jadi seperti mereka.
aku tetap aku..

sekarang tertanya-tanya.apa motif aku tulis entry ni??
hah..tulis je la..takde orang baca pun.aku peduli apa.
janji perjalanan hidup aku terjournal dengan sendirinya.


back in kilang.....

kawan baru best..semua perempuan..haha
maw jadi perempuan aku ni sudahnya..
ada beberapa lelaki.salah satu nepal lelaki.
nam..Vickey..
wah..nama glamour beb...

terer komputer.sebut apa saje.hardware n software.semua terer..
event dia boleh faham bahasa komputer...
apa tu..??tah.aku pun tak tau..
tapi yang aku tau,bhsa komputer digunakan programmer untuk buat suatu program.
tah betul ke tak..


ada sorang kawan laki..made in kemboja.
cakap thai pekat..
nama karim..weh..nama dia karim..haha.macam melayu..
tapi suka buat lawak.setiap yang aku cakap ditafsirkan dalam fahaman kotor.ye ke..??
tah lar..tapi bila aku sebut.."karim..ganti plastik baru taw.."
dia punya gelak..tak kering gusi.jatuh kerusi..
aku terfikir...


juga ada seorang perempuan..
nama Alia..
mak dia kerja kat situ gak..
so.tak boleh nak gatal sangat..wahahaha
suka kek.baru jer cerita tentang aku sarapan kek coklat yang kakak buat.
mulut dia tak berhenti cerita tentang minat dia pada kek..hahaha
boleh bawak bagi try..

ada ramai kawan sebenarnya..tapi masih proses kenal dengan diorang.baru boleh cerita.

teringat kawan tusyen dulu..
ayien,haniff,faiz,yana,shuhada,harith,bla3...

teringat jugak kawan sekolah..
haziq,syafiq,nazli,rafiq,bla3...

rasa nak text diorang je..ajak pergi genting hujung bulan ni..
tapi..tah lar...

Bila Blog Bersawang..

assalamualaikum...

maaf sebab dah lama tak update blog..bukan apa..cuma semenjak dua ni..terlalu sibuk dengan kerjaya (macam professional je)..haha
kerja kilang je pun.macam gah bebenor kenyataan..

hari ni nak story skit tentang tempat aku kerja ni..
sebelum tu nak buat kenyataan dulu..

dulu aku beria-ia takmau balik kampung sebab takut jadi apa2 kes dengan orang kat sana..
sebab orang kat sana pelik2 sikit.maaf.hanya segelintir sahaja..selebihnya amat menarik hati dan penyayang..

tapi Allah itu maha Adil..aku takmau balik..jadi ayah aku keseorangan kat sana..kesunyian tanpa aku (sunyi ke..?)..
Allah balas balik..hamik kau.kalau kat kampung hanya segelintir berperangai kurang sopan,tak bertamadun dan kurang ajar..!!
tapi kat kilang..hampir kesemuanya serupa mereka..aduhaiiii..
apakah ketentuan yang ditentukan..

kalau kat kampung aku boleh lari2.pergi rumah acu ke..pengajian malam ke..apa2 lar..

tapi kat sini,bila hampir semua orang sedemikian rupa..
aku tak tau nak buat apa..

bayangkan........

mereka yang bermulut radio karat ni dari pelbagai bangsa..melayu,cina,india,sabahan,nepal,bangla,bla3...

dan apabila mereka bersatu membentu sebuah komuniti..maka..
terbentuklah satu koloni manusia mermulut radio terbesar abad ini..
dan aku dikelilingi mereka..

kalau dulu sorang..hari ini sepuluh..bahkan berpuluh..juga beratu ratus..

nak tak nak..aku duduk sepi disebalik tembok surau..kerana komuniti ini memang kaki tak solat..ponteng solat adalah satu perkara biasa..

bila masuk waktu kerja..aku buat kerja..bila ditegur aku diam..bila di marah aku diam..bila dimaki,aku diam..

sehinggakan ada sabahan pelik kerana aku tidak bergaul dengan diorang..so..bila aku jadi gila(masuk ayer) sorang2 time kerja..bergelak..
aku terus dijerkah..!!
dimaki..!!
diugut tikam dan bunuh..!!

akhirnya..kisah berakhir di balai polis Klang..
nasib ada abang..datang bantu..memecut laju dia highway bila aku bagi taw yang aku kena ugut..

so..the moral of the story is..melepak lah dengan radio karat supaya anda tidak diugut bunuh..!!gelak ramai2...kahahkahkahkahak
Blog Widget by LinkWithin