Cara Pikat Gadis

assalamualaikum..

tajuk kali ini ada kena mengena dengan entry ok..jadi baca dengan teliti.
ingat tak zaman dulu2.cara nak pikat gadis yang paling cun dalam kampung adalah pikat mak bapak diorang dulu.
pikat mak ayah diorang bukan senang beb.bukan macam sekarang.tayang caldina GT4 sebijik dah terjuih biji mata.belum lagi tunjuk fairlady ke rolls soyce ke.wah.maw terus comform jadi menantu.haha

kalau dulu cara pikat ibu bapa gadis adalah dengan mengalunkan berzanji memuji Allah dan berselawat keatas baginda.nak tengok situasi ni masa kenduri kahwin.sebab apa?sebab...wanita dulu dilarang keras bagi menghadiri kenduri kahwin,maksudnya menjamah nasi kenduri bersama tetamu2 lain.tak tau kenapa.

masa tu pulak ibu bapa gadis akan ada.dan masa tu lah nak tayang bakat..selalu anak remaja akan bermula berselawat kuat2..kemudian disambut orang ramai dengan menyebut allah...kalau nak tau berzanji macam mana,tengok post aku yang lepas2.ada tajuk yusuf berzanji.kalau tak silap.dah lupa...

masa ni lah ibu bapa akan pasang mata macam cctv untuk mencari suara yang paling lunak dan merdu untuk dijadikan menantu..dan remaja tadi akan didampingi dan diajak bersembang.ajak makan kat rumah.paham2 ler.nak kenalkan dengan anak diorang la.

itulah kisah dan cara nak pikat gadis zaman dulu.
persoalannya..kenapa sekarang takde lagi budaya ni..??
bukan ke kita sekarang ada Islam HAdhari lah.macam2.walaupun zaman Islam Hadhari dah lepas.tetapi islam tetap ada bukan?

jadi kenapa ibu bapa sekarang dah takde nak cari bakal menantu kat majlis kenduri kahwin?

jawapannya kerana..kenduri sekarang mana nak ada dah majlis untuk berzanji dan marhaban.sekarang main playback maa..sewa je deejay dengan sound system,siap dengan amplifier.lengkap majlis tu.dengan karoeke,joget lambak.padat dengan aksi.sebab tu!!!

sampai sekarang ni.orang yang nak buat majlis berzanji macam tu.dah jadi takut malu.takut majlis diorang takde yang nak datang.lagi takut majlis tak sama grand dengan majlis orang lain..

dunia sekarang seolah-olah memandang harta,pangkat dan rupa.tapi bila tanya si pengantin perempuan,nak calon suami yang macam mana?jawapan dia cukup sempoi.."err..saya nak yang jutawan,hartawan,kuasawan,mewahwan,wanted..".wallaney(cakap cina).."ow..jap2 jawapan tadi tak abis lagi",kata si pengantin pempuan..dia nak sambung sikit lagi."hmm.sbnarnya yang paling penting adalah,dia boleh bimbing saya"...nampak??akhirnya terkeluar ayat tu setelah semua 'wan' keluar..

bayangkan orang sekarang..pandang harta..mana budaya yang pandang agama??

adalah pulak yang dari ipoh menyampuk..

"weh!!sape kate tak pandang agama??kawin kan kena mengucap,baca doa qunut,rukun islam,iman,nikah...kawin plak kena sama agama.tak sama tak boleh..pandang agama lah tu"...

so pandang agama sebab nak kawin??lepas kawin??agama buang mana??tapak pelupusan mana??

jawab yang dari ipoh.."agama tetap Islam la sengal.sekali Islam,selamanya Islam.takkan lepas kawin nak lompat agama plak macam ADUN lompat parti..apa la kau..!!"

eh..betul ke tetap islam..??ke islam nama je..??tapi solat tak jaga,aurat tak jaga,kepala terbuka,sexy meksi sume..kan??

tak percaya..??

mari tanya diri kita..
malam anugerah juara lagu (AJL)..malam tu jugak ada Halaqah..berapa ramai yang tengok halaqah..??oh..yang dari pandamaran ada sorang,dari shah alam ada dua orang..jaga agama ke macam tu..??

sekali lagi tanya diri..

berapa ramai ibu bapa sekarang,bila musim cuti tiba pakat dok hantaq anak p pengajian pondok,tahfiz quran,belajar solat..??berapa..??berbanding hantar anak ke kelas muzik,menari..bla3..
dari sungai tungku sorang angkat tangan..ha..sikit betul..jaga agama ke..??

sedarlah..kita sekarang makin terpesona dengan nikmat dunia..kita kini dirasuk penyakin al-wahn.sedarlah!!

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin