KRU:Hikayat Merong Mahawangsa-tak sabar tunggu filem ni weh..!!




Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Gambar Kem TUDM Subang Dalam Google maps

guna koordinat ni : 3° 7' 12.74", +101° 32' 50.92"

KISAH AKU DAN SEORANG BANGLA..

Assalamualaikum..

Setelah hamper 2 minggu aku berpindah ke rumah baru..
Baru hari ni aku berpeluang untuk solat umaat di masjid berhampiran..

Sebelum ni aku balik ke perlis, so jumaat aku di kangar.

Hari ni aku terpaksa berjalan kaki untuk ke masjid dengan jarak hamper 6KM.
Mula2 aku ingat nak uzurkan diri.hehe.tapi sebelum umi buka mulut,baik aku pergi.

Aku berjalan kaki sorang diri mulanya,tapi aku terpaksa membontoti seorang mamat bangla yang juga dalam perjalanan ke masjid..

Aku berfikir.daripada aku membontot dia je,ada eloknya aku tegur..

Salam aku berikan..dia sambut salam berserta senyuman..

Banyak perkara yang kiotang sembangkan.ye la,perjalanan kitorang jauh..

Antara perkara yang aku sentuh,kat mana dia bekerja,sudah berapa lama di Malaysia,dan berapa lama sudah bekerja di sini,dan termasuk juga gaji..

Bukan untuk busy body,tapi saje cari point untuk tak bosan..

Dia akhirnya bercerita tentang taukenya yang juga seorang cina.

Majikannya seorang yang tegas dan garang.bukan sahaja garang tapi juga seorang yang pemarah.

Silap sikit kena marah,itu tak kena,ini tak kena..sampaikan mamat bangla ni fed up untuk terus kerja.Cuma dengan berkat kesabaran yang dia ada dia teruskan juga kerja..

Seterusnya dia bercerita tentang basikalnya yang hilang 3 hari yang lalu.baru masuk kedai sekejap,keluar dah hilang.

Aku bagi tahu,harta benda yang dibiarkan berkunci adalah salah satu kegemaran perompak dan pencuri.mereka ni pantang nampak.terus disauk..

Seterusnya,aku bertanya tentang cara dia kemasjid sebelum ni.aku Tanya memang selalu ke dia kemasjid naik basikal..??(silly question)

Dia jawab..”ini hari half-day,jadi pergi masjid..”

Aku terkezut (terkejut sangat ler ni) ..aku Tanya lagi..

-Sebelum ni takde half-day macam mana solat..??

dia jawab..

-tade solat la.mana cukup satu jam mau mandi,makan,minum,bersiap pergi solat jumaat.
Tade cukup time.saya solat zohor saja.kalau lambat balik nanti kena marah,lagi kena maki.kena potong gaji jangan cerita.sudah selalu.

Dia jawab lagi

-gaji dah la kecik (bukan tak bersyukur,Cuma merungut).satu hari 24 ringgit saja.lagi campur O.T,pun tade cukup..

dia jawab lagi

-sebab saya sini dating sorang diri.jadi visa + Passport + rm150 setiap bulan (duit ape tah),lagi mau bayar,mana ada cukup..

dia membebel lagi..

-saya sudah dua tahun lebih sini kerja baru 10 kali solat jumaat.


Wow(dalam hati aku)..dua tahun lebih baru 10 kali solat jumaat?
Ini pelik..cuba korang bayangkan..sudah dua tahun,baru 10 kali solat jumaat..

Satu bulan purata 4 kali jumaat.didarabkan dengan 12..darab lagi dengan 2.
=96..sepanjang 96 kali jumaat,baru 10 kali dia kemasjid..??

waa…cina(taukey tadi) ni memang hampeh.tak penah faham orang islam yang ada tanggungjawab yang wajib..suka2 dia je tak bagi orang solat jumaat.

*apa pendapat korang..??

ADAB BERISTINJAK..



Assalamualaikum..


Hari ni cerita agak meloyakan.AMARAN kepada mereka yang sedang mengunyah burgerdaging+sayurlebih+soscilipedas atau kepada mereka yang sedang menikmati burger prosperity dari McD yang dilengkapi dengan sos lada hitam yang melimpah cair dan berintikan daging lembu yang dibakar sempurna bersama herba2 import dari Negara seberang sambil melayari internet menggunkan WiFi dari kedai StarBucks yang terletak di seberang kedai anda..juga kepada mereka yang cepat muntah apabila terbaca perkataan melabur yang sedang berada di hadapan computer sila tekan ALT+F4..kerana kisah ni amat tragic!!!



Kerana cerita ini akan mengganggu gugat minda anda dengan kisah aku.agak kememe kerana menceritakan hal peribadi aku semasa di ruang kecil pejabat pelaburan pusat yang tak sepatutnya diceritakan..mungkin sekarang anda sudah dapat bayangkan apa yang aku maksudkan setelah melihat kembali tajuk posting aku kali ni..


INI KISAH BENAR..


Kisah Pertama..



Dalam perjalanan kami dari Perlis ke Kulim,kami singgah di RnR Gurun untuk meluruskan pinggang dan menukar driver.disamping Mak Mak (nenek aku) yang sudah tidak tahan sehingga hamper melompat didalam kereta kerana tak tahan untuk membuang air kecil.


Aku memimpin mak mak ke tandas.aku tiba2 rasa terpanggil untuk ke tandas untuk basuh muka kerana mungkin lepas ni turn aku drive kereta.

Bila dah masuk ke tandas.apa lagi.perut seakan memahami kedudukan aku didalam tandas lantas membuat pusingan U sambil memulas stereng perut..AKU.terus terasa sakit perut yang teramat..berlari ke pejabat pelaburan pusat berhampiran..


Sambil membuang(tak senonoh!!),air aku biarkan terbuka.mengalir ia tanpa henti.bagi aku bukan aku yang bayar bil pun.lagi pula negeri kedah dapat 20cm3 air percuma.

Aku biarkan lagi.


Selesai…

Istinjak dengan sempurna ok!

Keluar..

Cuci tangan..

Pergi ke kereta..

Pandu ke kulim..



Kisah kedua..


Perjalanan dari Kulim ke Klang..

Aku pandu dengan cara terhormat walau belum miliki lesen.


Kami berkonvoi 2 biji kereta.kembar viva.

Faiz drive lagi satu kereta mengarahkan aku (satu lagi kereta) menunggu dia di restoran Sattay Hut di Kuala Selangor(kalau tak silap)..

Sementara dia menghantar sepupu kami pulang ke Politeknik Sabak Bernam.


Kami sampai dengan penuh gaya sebab dengan mudah dapat parking..

Selalu parking penuh sebab restoran ni terkenal dengan sattay gemuk..


Lepas parking,aku tak fikir panjang.terus saja ke tandas.niat hendak buang air kecil saja.

Lepas beratur hampir 15 minit (tandas penuh),aku dapat turn aku..


Bila dah masuk paham2 je la.perut sekali lagi buat hal..


Pesan guru..

Hendak buang air besar kena pastikan beberapa perkara..


1.Tengok kebersihan.(kalau bersih baru selesa)

2.cek air ada ke tak(takda air mati..jenuh dok SMS orang kat luar carikan air)

3.baca doa masuk tandas dan mulakan ‘feeling’


tanpa menghiraukan pesan guru..aku terus masuk dan….



Mungkin balasan Allah pada aku.bazirkan air dalam kisah pertama..

Kisah kedua Dia bayar ‘cash’!!


Bukan air takde.tapi air slow..


Terpaksa menahan hampir setengah jam.walau dah habis pelaburan tetap kena buat2 melabur jugak.(cerita ni tak senonoh doe)


Setelah air dalam baldi penuh aku tahan.barulah boleh beristinjak dengan sempurna.

Keluar tandas dengan wajah bangga yang teramat kerna menghadapi ujian dengan jayanya..


Moral Of The Story..

Jangan bazirkan air.membazir itu sahabat Syaitan..!!!

Mengimbau Kenangan Ke Perlis..

assalamualaikum..

baru2 ni aku ke perlis dengan family.bukan untuk melancung atau berseronok.akan tetapi ada sepupu aku yang berkahwin.so.kira macam melancung la jugak..hehe

banyak kenangan aku kat perlis.Al-maklum la..dulu kecik di perlis.
dah besar di klang.
lahir pun kat perlis.banyak kenangan yang aku teringat kat perlis ni.memang best...

by the way..pictures speak louder than words..so..apa kata biar gambar aku kat sana yang bercakap..haha



memula sekali..ni view time subuh2 kitorang dari teluk intan..cantik seyh...


ni pulak malam kenduri..sempat curi kunci pergi melepak kat kuala perlis.layan angin laut yang kuat dan mempesonakan.sambil2 tengok geng mabuk berjoget macam kat kelab malam.
hahaha..yang bercahaya dalam gambar tu.kitorang pasang sun flare.saje bikin kecoh skit...


lpas kenduri keesokan harinya..
kitorang melarikan diri ke Bukit Air.kedudukan lebih kurang 20km dari Kangar.mungkin musim kemarau.jadi air agak kering.kurang menarik.kalau dulu tempat ni memang best dan seronok.aliran airnya deras.dan ada kolam plak untuk berenang.

Air terjun ni menggabungkan hasil hakisan semulajadi dengan buatan manusia..
layan gambar..
zassss



selain air terjun dan kolam untuk mandi..kat sini gak ada tempat jungle tracking.sesuai untuk riadah sekeluarga..
dan kawasan macam ni selalunya jadi sarang maksiat.tapi kat sini sekeliling kawasan ni di tampal dengan ayat2 al-Quran dan hadis nabi.



tetapi....
ada juga...




kalau kat perlis..makanan yang paling kitorang nak cari adalah..pulut ayam..
tapi yang paling sedap ada kat padang besar.disebabkan tak cukup masa.kitorang tak berpeluan menikmati pulut ayam padang besar.yang aku ingat peniaga dia dulu Kak Ti..

tapi kat kangar pun ada.cuma kurang skit la...

tapi yang ini pun tak di nafikan.dapat mengalirkan air mata mengimbau kenangan dulu2...hahaha


seterusnya..kitorang speed ke kulim.ada sepupu aku yang lain nak bertunang..sepupu ramai memang best.dapat berkonvoi plak..

and..gambar ni view waktu On the way ke kulim..
lokasi sekitar kedah..




dan di kulim..
saat yang dinantikan setelah hampir setahun memendam rasa...
kami ke Hutan lipur Sg.Sedim..

wallaney...
yang ni tak dapat di nafikan.memang paling..paling..paling..paling..paling seronok punya tempat...
dengan air yang deras mengalir,siap boleh main kanoo,dalam sampai tak jejak lantai,hanyut2 kan badan,bla3.semua yang ekstrem kat sg boleh buat lah!!

aku berani jamin.korang takkan menyesal kalau pergi..!!




gambar kat sedim tak banyak sebab sibuk dok mandi dan meloncat terjun dari batuan tinggi..
jangan lupa datang..cuti2 malaysia..!!!hahaha

Gonna Miss U Guys..



secara teori dan praktikalnya..aku dah berhenti kerja..jujur..
hahaha

macam tak percaya.aku yang berdisiplin,kacak,penuh terampil ini berhenti kerja..tapi itulah hakikatnya..


kerana apa..??

kerana bagi aku tidak berbaloi kerja kat situ.
kerja tak susah.memang senang.
dan kelayakan aku..yela..baru pas SPM.tapi kerja yang diorang bagi tu.budak tak lulus darjah enam pun boleh buat apa..

dan sangat senang..cuma penat..
bayangkan.bangun pagi macam nak pergi sekolah.kelangkabut kejar bas.kadang2 kena tinggal bas..dah kena naik teksi..
balik pulak malam.sampai rumah dah terkangkang penat.nak mandi pun dah tak upaya..

tapi kena jugak mandi.itu je..

bangun pagi dengan mata berat.nak bukak mata sampai kena pejam balik sebab pedih..

kiranya aku pergi kerja gelap,balik pun gelap.

mungkin orang anggap aku manja.sebab merungut itu dan ini.

tapi..
bayangkan..

kerja separuh mati.
gila2 kejar OT..
basic taruh tepi..

tapi hasilnya setiap hujung bulan..

gaji aku adalah..
ta sampai 6 rat..!!

ini memang memarahkan aku..


Kecantikan ibarat..


mula2 cantik..pastu suatu masa...

Cadangkan Cara Menerangkan Secara Berhemah dan Berhikmah..

assalamualaikum..

ulangan tajuk entry..
apakah cara terbaik untuk menerangkan secara berhemah dan berhikmah..

terangkan apa..??
pada siapa..??

baca peristiwa..



PERISTIWA1

waktu:petang hari ahad..
Lokasi: 7eleven pandamaran..


seorang kawan sekolah yang bekerja kat situ tegur..dia seorang kristian tegar.dulu kitorang (aku n kwn banned dia pasal dia makan babi)..nama dia Arvintharan..
walau pun kitorang layan dia jahat (time skola rendah ok!)..dia tetap baik dgn semua orang..contoh pelajar ni..

Arvintharan:afif! 7E sekarang maw pki ramai pekerja..u nak ke..??nanti I amikkan borang..

Aku:ow ye ke..??actly i dah ada kerja..(sbnarnya ayat nak tolak sebab taknak kerja tu)

Arvintharan:owh..tape lar kalau macam tu..cuma kalau u nak gaji besar sikit boleh kerja sini..basic gaji pun dia bagi 7 lebih taw..kerja pun tak susah..

Aku:boleh tahan..basic gaji i kat kilang tu pun berape je..hmm..

Arvintharan:boleh la Afif..tman sama saya..saya sini pun tade kawan..


sebenarnya..aku bukan tak mau kerja 7E..tapi kerja tu ada sangkut sikit hal dengan arak..
bila dah sangkut dengan arak..aku memang tak boleh.haram wo..
aku pun try slow2 terangkan kat arvin..

Aku:actly arvin..i as a muslim tak boleh ada sangkut dengan arak.Nanti Allah marah (sebab dia christ,so dia mesti taw Allah)
bukan je minum dapat dosa..
buka,teguk,jual,pegang,jilat,masukkan dalam plastik,sentu,tolong kirakan,bla3..semua dosa.

arvin tersenyum masa aku terangkan..dia pun taw sebenarnya.dan dia pun berhujjah balik..

Arvintharan:saya taw afif.tapi i sincerly told u..kat 7E ni,semua pekerja pun muslim.i'm the one and only non-muslim kerja sini.
ape u mau cakap..?yang melayu tu semua bukan islam ka?tapi tiap2 waktu sembahyang pegi masjid juga.lagi ada sesetengah orang tu sembahyang pun tada.orang sana (masjid) azan,diorang sini juga gelak ketawa..boleh aje pegang arak..kadang2 diorang punya counter uruskan itu arak..lagi tolong angkat itu arak,lagi sana stor juga susun.itu boleh.diorang cakap ok aje.kadang2 atas itu pallet arak juga diorang tidur.apa lu mau cakap..??


aku mati ayat.tak tau nak jawab apa.dia yang bukan islam plak mengkritik habis2an..
tapi apa yang dia cakap tu semua betul.takde salah satu pun.
sesiapa boleh kemukakan jawapan..??



PERISTIWA2:

waktu:lepas maghrib hari rabu
lokasi:tempat kerja,dekat bilik locker..

peristiwa ni baru semalam terjadi.masih lagi aku dengan orang india.aku tak tahu kenapa orang india pandai matikan hujjah lawan dalam berdebat.
waktu sedang pakai costume (ke uniform..tah lar) kerja.aku telah ditegur oleh kak Puspa.
waktu ni aku baru lepas pulang dari solat maghrib kat surau..

kak Puspa: sudah solat ke afif..?

Aku: sudah kak!baru aje..tiba2 sakit perut plak ni..(sambila pakai stokin laju2.nak ke tandas sebab kalau nak ke tandas perlu melalui working section.dan kat working section perlu pakai full spec. pakaian kerja)

kak puspa: afif! saya mau tanya kamu satu benda..satu hari orang islam sembahyang berapa kali..?

Aku:(dalam nada ingin berdakwah) hmm..satu hari 5 kali wajib dan ada beberapa yang sunat..yang sunat tu kalau tak nak buat pun tak pe.takde dosa.

kak puspa:ow ya ka..?u banyak rajin sembahyang aa..saya tengok orang lain dalam section ni,majoriti melayu.tapi tade sembahyang.itu u punya girlfriend pun tada sembahyang.ini section kalau pagi sampai petang,hampir 50 orang taw.yang melayu saja sudah 40 lebih.tapi aa..u satu orang juga sembvahyang..apa pasal..??
u kata 5 kali satu hari wajib..??tapi diorang semua satu kali pun tada buat.itu kita punya line leader denga supervisor pun tada sembahyang.

Aku mati kutu.nak garu kepala yang tak gatal ni, nati tunjuk yang aku jawab dengan tak confident.hmm..last2 aku jawab..

Aku: kak puspa..kita hidup,lahir satu orang.mati pun satu orang.dosa kita aa,kita juga tanggung.diorang tda sembahyang,diorang berdosa.yang sudah sembahyang,sudah lepas dosa.
tapidalam islam,orang tada sembahyang,kita tade tegur,kita pun jatuh dosa taw.
saya bukan tak boleh tegur kak..saya boleh aje tegur semua orang.tapi kena taw satu..
saya muda.bahkan paling muda dekat ini section.semua makcik2 tu sudah tua.kalau saya tegur aa..diorang punya air muka apa macam..?
jatuh bukan..?
kalau diorang malu,nanti diorang msti tak mau kawan sama saya lagi.so sape mau kawan dengan saya..??



aku cuba bagi dalam bahasa yang mudah dia paham.tapi dia pun garu kepala.aku rasa dia pun tak paham.dan aku perlukan cadangan korang.camne nak jawab 2 isu panas ni..??

JAWAB..!!
Blog Widget by LinkWithin