Assalamualaikum..
Setelah hamper 2 minggu aku berpindah ke rumah baru..
Baru hari ni aku berpeluang untuk solat umaat di masjid berhampiran..
Sebelum ni aku balik ke perlis, so jumaat aku di kangar.
Hari ni aku terpaksa berjalan kaki untuk ke masjid dengan jarak hamper 6KM.
Mula2 aku ingat nak uzurkan diri.hehe.tapi sebelum umi buka mulut,baik aku pergi.
Aku berjalan kaki sorang diri mulanya,tapi aku terpaksa membontoti seorang mamat bangla yang juga dalam perjalanan ke masjid..
Aku berfikir.daripada aku membontot dia je,ada eloknya aku tegur..
Salam aku berikan..dia sambut salam berserta senyuman..
Banyak perkara yang kiotang sembangkan.ye la,perjalanan kitorang jauh..
Antara perkara yang aku sentuh,kat mana dia bekerja,sudah berapa lama di Malaysia,dan berapa lama sudah bekerja di sini,dan termasuk juga gaji..
Bukan untuk busy body,tapi saje cari point untuk tak bosan..
Dia akhirnya bercerita tentang taukenya yang juga seorang cina.
Majikannya seorang yang tegas dan garang.bukan sahaja garang tapi juga seorang yang pemarah.
Silap sikit kena marah,itu tak kena,ini tak kena..sampaikan mamat bangla ni fed up untuk terus kerja.Cuma dengan berkat kesabaran yang dia ada dia teruskan juga kerja..
Seterusnya dia bercerita tentang basikalnya yang hilang 3 hari yang lalu.baru masuk kedai sekejap,keluar dah hilang.
Aku bagi tahu,harta benda yang dibiarkan berkunci adalah salah satu kegemaran perompak dan pencuri.mereka ni pantang nampak.terus disauk..
Seterusnya,aku bertanya tentang cara dia kemasjid sebelum ni.aku Tanya memang selalu ke dia kemasjid naik basikal..??(silly question)
Dia jawab..”ini hari half-day,jadi pergi masjid..”
Aku terkezut (terkejut sangat ler ni) ..aku Tanya lagi..
-Sebelum ni takde half-day macam mana solat..??
dia jawab..
-tade solat la.mana cukup satu jam mau mandi,makan,minum,bersiap pergi solat jumaat.
Tade cukup time.saya solat zohor saja.kalau lambat balik nanti kena marah,lagi kena maki.kena potong gaji jangan cerita.sudah selalu.
Dia jawab lagi
-gaji dah la kecik (bukan tak bersyukur,Cuma merungut).satu hari 24 ringgit saja.lagi campur O.T,pun tade cukup..
dia jawab lagi
-sebab saya sini dating sorang diri.jadi visa + Passport + rm150 setiap bulan (duit ape tah),lagi mau bayar,mana ada cukup..
dia membebel lagi..
-saya sudah dua tahun lebih sini kerja baru 10 kali solat jumaat.
Wow(dalam hati aku)..dua tahun lebih baru 10 kali solat jumaat?
Ini pelik..cuba korang bayangkan..sudah dua tahun,baru 10 kali solat jumaat..
Satu bulan purata 4 kali jumaat.didarabkan dengan 12..darab lagi dengan 2.
=96..sepanjang 96 kali jumaat,baru 10 kali dia kemasjid..??
waa…cina(taukey tadi) ni memang hampeh.tak penah faham orang islam yang ada tanggungjawab yang wajib..suka2 dia je tak bagi orang solat jumaat.
*apa pendapat korang..??
0 comments:
Post a Comment