Assalamualaikum
Dalam mencari jodoh, seharusnya pergantungan itu adalah kepada Allah. Bermula dengan melihat, sehingga akhirnya jatuh minat. Seterusnya kita beristikharah untuk memohon petunjuk dan bantuan dari Allah untuk menentukan jodoh terbaik untuk kita.
Jodoh adalah pertemuan. Apabila kita bertemu seseorang hatta kawan kita sendiri, ia adalah jodoh. Apabila terpisah nya satu pertemuan, ia bukan bererti tiada jodoh, tetapi jodohnya tidak panjang. Ini adalah definisi jodoh menurut aku! bukan menurut sesiapa atau merujuk pada mana mana buku atau kitab.
Apabila satu pasangan itu telah bertunang atau bernikah, ia tidak bererti jodoh mereka akan panjang sehingga ke akhir hayat atau hingga ke syurga. Tetapi ia adalah pertemuan sementara yang telah Allah tetapkan. Sementera bukan bererti hari ini kahwin, esok atau lusa sudah bercerai. Tidak!
Tetapi, ia bersifat sementara. Ia tidak bersifat selamanya. Kerana dalam quran sendiri menyebut setiap yang bermula pasti akan berakhir. Disebabkan itu, sandaran kasih sayang dan jodoh ini seharusnya mutlak pada Allah. Jika tanpa sandaran, maka saat itu hati kita mula goyah dan kadang kala ada anak muda yang menangis berhari hari bahkan berbulan kerana berakhirnya sebuah pertemuan.
Kita harus yakin berkenaan bermula dan berakhir. Bila keyakinan kita sudah penuh, makanya kita tidak takut akan kehilangan. Sudah tentu perasaan sedih dengan kehilangan ada, tetapi, rasa redha akan hadir secara perlahan dan membuatkan kita berlapang dada dengan satu satu perpisahan.
Benda ni aku ceritakan bukan untuk memutuskan mana mana hubungan, atau menggalakan kan pengakhiran dalam hubungan. Tetapi, haruslah kita sentiasa bersedia dengan perpisahan. Pasti! Aku pasti aku sendiri akan menangis bila putusnya hubungan pertunangan aku. Lebih lagi jika tanpa alasan munasabah dan aku tidak diberikan ruang untuk penjelasan. Pasti aku sendiri akan sedih dan kecewa. Tetapi, insyaAllah, tidak akan berubah hakikat yang rasa redha itu akan hadir.
Usaha adalah tindakan kita dalam menjaga hubungan. Dengan cara apa berusaha? iaitu dengan mengadakan kesefahaman dan memupuk nilai kasih sayang diantara pasangan tidak kira lah perkahwinan, persahabatan atau apa apa pun. Usaha lah juga demi masa depan yang gemilang dengan merancang.
Merancang adalah satu bahagian dari fiqh tawaquq atau fiqh futuristik. Kita bukan sahaja merancang dengan draft. Malah kita juga merancang dengan perlaksanaan. Perlaksanaan harus lah realiti dan matlamat pada hubungan haruslah tepat dengan definisi satu satu hubungan. Kebanyakan orang yang dalam hubungan menjadi gagal untuk menjaga hubungan mereka hungga akhirnya terputusnya satu satu hubungan kerana tiada perancangan dan tiada kesefahaman.
selamat bertawakkal dan berusaha!

0 comments:
Post a Comment