Pagi Yang Indah...Bersama Pengajian Hijratun Nabi...

subuh tadi waktu tengah sedap melayan mimpi tiba-tiba badan aku digoncang terasa macam digincang...owh adik sedara rupanya yang kejutkan aku...wargh....dah pagi...???
baru semalam aku tido tetiba jer dah pagi...hurm...pai ni kata paksu ada pengajian di surau Taman Melur...wah semangat aku tegok anak2 dia bersiap..
aku pun tak nak mengalah terus mencapai berus gigi dan...wah2 ada orang plak dalam bilik air...takpe2 aku pergi ke bilik air belakang dan teruskan usaha aku taknak kalah pada adik sedara aku...

hurm agak2 dah hensem dan harum..aku pun terus ke kereta..paksu dah sedia menunggu kat dalam..kami terus pergi ke teluk intan untuk membeli tiket bas ke Klang...owh..Ari ni aku dah nak balik ke Klang..

balik dari teluk intan terus ke Taman Melur..sampai-sampai rupanya majlis dah mula..peceramah utama Ust Kamal Asya'ari masih belum tiba..dan sebagai plan B..AJK masjid mempersiapkan penceramah lain iaitu Ust Wan Azli pemilik PUNSU (Pusat Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah)..wah bukan main lagi Ust Wan berceramah..semua hadirin seakan terpaku dengan kata2 yang dilontarkan Ust Wan..Ust Wan banyak menceritakan tentang hijrah disamping tentang palestin yang kini di serang tanpa belas kasihan sejak awal disember lalu..aku pun dengan muka selamba mengeluarkan handset aku untuk me'record'kan setiap bait2 ucapan Ust..

Tak lama kemudian Ust Wan mengakhiri ceramah beliau bagi memberi laluan kepada Ust Kamal Asya'ari..wah ini lagi best ni..Ust ni memang popular semenjak ada satu ceramah beliau menceritakan tentang jenazah seorang dato' yang wajahnya bertukar menjadi babi beberapa tahun lalu..

Ust pun memulakan mukaddimah beliau..hadirin semuanya tegak badan mendengar ucapan ust..tiba2 adik saudara aku , akmal mencuit bahu aku untuk ajak pulang..aku cakap la yang ceramah belum habis..dia cakap adik sedara aku yang satu lagi,Asyraf dia tiba2 pening kepala...mungkin sebab demam kot..

aku dengan perasaan yang teramat hampa menurut saje ler..

oh ye lupa plak..esok 2.01.2009 akan diadakan demonstrasi jalanan di hadapan masjid daerah teluk intan bagi membangkang tindakan rejim zionis menyerang palestin..orang ramai di jemput hadir bagi menunjukkan yang kita benci akan tindakan rejim zionis...

      
                 "Sanggupkan kita melihat darah seorang islam yang syahid tanpa pembelaan..?"
             

Tahun Baru..Bersama Darah Perjuangan




assalamualaikum...

Alhamdulillah..baru sahaja sebentar tadi kita baru memasuki tahun baru masihi dan beberapa hari yang lalu kita juga telah memasuki tahun baru hijrah..

bila tiba tahun baru pasti juga datang azam yang baru..azam tahun lalu belum tentu kita sudahkan tiba2 dah masuk tahun baru..terpaksa kita memanjangkan lagi azam yang lama...

petang tadi sewaktu dalam perjalanan ke lumut,tiba-tiba handphone aku berbunyi menandakan ada sms masuk..owh rupanya dari sahabat yang aku kenali sewaktu menyertai perkhemahan ibadah dulu..

    sms tersebut berbunyi..:

"Assalamualikum..saudara seislamku..HAMAS telah mengisytiharkan intifadha ke-3 apabila gaza dibom semalam menyebabkan 200 orang saudara seISLAM kita syahid dan 700 lagi cedera..!!Sahabat marilah kita kirimkan doa jua qunut nazilah buat saudara2 seislam kita disana.."

               "Allahumma ya mujriyas sahab , wa ya hazimal ahzab , ihzimhum kaumalKafirin , wa laknat a'laiihim , wansurna a'ala kaumal kafiriin..."








dalam kegembiraan kita menyambut tahun baru jangan dilupa kepada saudara seislam kita yang lain...terkadang kita hanya mampu bercakap supaya berjihad tapi kita tidak melakukan apa2..tapi itu juga sudah membolehkan kita perolehi pahala..cuba kita bayangkan kalau peristiwa sebegini berlaku di negara kita..??!!tanpa saudara seislam kita tidak melakukan apa2...

wa nauzubillah hi min zaalik..

             "tidak sempurna IMAN jika kau hidup dalam kesenangan, sedang ada saudaramu                                menangis kerana kelaparan..."

                      (riwayat sahih bukhari dan muslim)

Berakhirnya Kelas Talaqqi bersama Ust Baha...

semalam aku dan adik mengakhiri kelas bertarranum kami bersama ust Baha..masih lagi kami teringat pada awal pembelajaran beberapa hari lepas..kami memang agak kekok dengan kebaikan dan cara layanan yang diberikan ust..sehinggalah kami semakin mesra dan rapat..walaupun dalam hanya beberapa hari, namun kami seakan telah lama kenal..boleh bergurau senda dan sebagainya..aku mengucapkan syukur kerana walaupun masa kami hanya singkat untuk belajar beberapa lagu sahaja , namun aku cukup gembira kerana dapat mengikut satu hadis dari Rasululah iaitu : 

             "bukan dari kalanganku mereka yang tidak melagukan Al-quran.."
                                                         
                                                (hadis riwayat Ibn Majah)


disebabkan semalam adalah kelas terakhir kami bersama ustaz..maka pelbagai tips diberikan ustaz kepada kami..cara untuk memanjangkan nafas,cara untuk meninggikan suara,cara untuk menjaga suara dan pelbagai lagi yang kami tidak tahu...

 dan semalam juga kami ada menunjukkan satu eksperimen sebagai hadiah (bukan hadiah sebab ajar kami tapi sebagai tanda terima kasih) iaitu mencampurkan air cocacola dengan mentos..wah bukn main seronok lagi ustaz melihat eksperimen itu berjaya..

dan akhirnya sebelum pulang kami memohon maaf atas ketelanjuran kata,tersalah bicara,mengutuk dimana-mana dan kami memohon agar ilmu itu dihalalkan dunia dan akhirat...


                             

Siapala 'aku' tanpa NYA...

assalamualaikum dan salam sejahtera....

untuk post pertama juz nak ucap salam perkenalan jer lar...

blog ni akan menceritakan perjalan hidup aku...seorang hamba Allah yang teramat kerdil di bumi ciptaan tuhan yang Maha Esa...

Al-Khaliq telah mencipta aku pada tanggal 25 mei 1992...dan untuk pertama kalinya aku di beri peluang untuk hidup secara survival di atas bumi Allah Yang Maha Esa....dan pada hari ke-5 aku dibumi...aku telah dinamakan Mohammad Affifuddin...tak tawu ler pe mksudnya..tp ikut kata seorang pakar arab tu...afif tu mksunya ringan..addin maksudnya agam iaitu islam...

maksud secara kasar ialah...agama yng ringan...

hahaha...


Blog Widget by LinkWithin