Berakhirnya Kelas Talaqqi bersama Ust Baha...

semalam aku dan adik mengakhiri kelas bertarranum kami bersama ust Baha..masih lagi kami teringat pada awal pembelajaran beberapa hari lepas..kami memang agak kekok dengan kebaikan dan cara layanan yang diberikan ust..sehinggalah kami semakin mesra dan rapat..walaupun dalam hanya beberapa hari, namun kami seakan telah lama kenal..boleh bergurau senda dan sebagainya..aku mengucapkan syukur kerana walaupun masa kami hanya singkat untuk belajar beberapa lagu sahaja , namun aku cukup gembira kerana dapat mengikut satu hadis dari Rasululah iaitu : 

             "bukan dari kalanganku mereka yang tidak melagukan Al-quran.."
                                                         
                                                (hadis riwayat Ibn Majah)


disebabkan semalam adalah kelas terakhir kami bersama ustaz..maka pelbagai tips diberikan ustaz kepada kami..cara untuk memanjangkan nafas,cara untuk meninggikan suara,cara untuk menjaga suara dan pelbagai lagi yang kami tidak tahu...

 dan semalam juga kami ada menunjukkan satu eksperimen sebagai hadiah (bukan hadiah sebab ajar kami tapi sebagai tanda terima kasih) iaitu mencampurkan air cocacola dengan mentos..wah bukn main seronok lagi ustaz melihat eksperimen itu berjaya..

dan akhirnya sebelum pulang kami memohon maaf atas ketelanjuran kata,tersalah bicara,mengutuk dimana-mana dan kami memohon agar ilmu itu dihalalkan dunia dan akhirat...


                             

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin