Pagi Yang Indah...Bersama Pengajian Hijratun Nabi...

subuh tadi waktu tengah sedap melayan mimpi tiba-tiba badan aku digoncang terasa macam digincang...owh adik sedara rupanya yang kejutkan aku...wargh....dah pagi...???
baru semalam aku tido tetiba jer dah pagi...hurm...pai ni kata paksu ada pengajian di surau Taman Melur...wah semangat aku tegok anak2 dia bersiap..
aku pun tak nak mengalah terus mencapai berus gigi dan...wah2 ada orang plak dalam bilik air...takpe2 aku pergi ke bilik air belakang dan teruskan usaha aku taknak kalah pada adik sedara aku...

hurm agak2 dah hensem dan harum..aku pun terus ke kereta..paksu dah sedia menunggu kat dalam..kami terus pergi ke teluk intan untuk membeli tiket bas ke Klang...owh..Ari ni aku dah nak balik ke Klang..

balik dari teluk intan terus ke Taman Melur..sampai-sampai rupanya majlis dah mula..peceramah utama Ust Kamal Asya'ari masih belum tiba..dan sebagai plan B..AJK masjid mempersiapkan penceramah lain iaitu Ust Wan Azli pemilik PUNSU (Pusat Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah)..wah bukan main lagi Ust Wan berceramah..semua hadirin seakan terpaku dengan kata2 yang dilontarkan Ust Wan..Ust Wan banyak menceritakan tentang hijrah disamping tentang palestin yang kini di serang tanpa belas kasihan sejak awal disember lalu..aku pun dengan muka selamba mengeluarkan handset aku untuk me'record'kan setiap bait2 ucapan Ust..

Tak lama kemudian Ust Wan mengakhiri ceramah beliau bagi memberi laluan kepada Ust Kamal Asya'ari..wah ini lagi best ni..Ust ni memang popular semenjak ada satu ceramah beliau menceritakan tentang jenazah seorang dato' yang wajahnya bertukar menjadi babi beberapa tahun lalu..

Ust pun memulakan mukaddimah beliau..hadirin semuanya tegak badan mendengar ucapan ust..tiba2 adik saudara aku , akmal mencuit bahu aku untuk ajak pulang..aku cakap la yang ceramah belum habis..dia cakap adik sedara aku yang satu lagi,Asyraf dia tiba2 pening kepala...mungkin sebab demam kot..

aku dengan perasaan yang teramat hampa menurut saje ler..

oh ye lupa plak..esok 2.01.2009 akan diadakan demonstrasi jalanan di hadapan masjid daerah teluk intan bagi membangkang tindakan rejim zionis menyerang palestin..orang ramai di jemput hadir bagi menunjukkan yang kita benci akan tindakan rejim zionis...

      
                 "Sanggupkan kita melihat darah seorang islam yang syahid tanpa pembelaan..?"
             

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin