Assalamualaikum...
Hari ni aku pun tak tawu nak cerita pasal ape..tapi aku nak cerita kat korang tentang ape yang dah terjadi di sekolah aku..rupa nya bila aku sampai pagi tadi kat sekolah,bukan main lagi kempen untuk majlis perwakilan pelajar..dasat gak..hahaha
Bukan pe..aku nak belagak la skit ngan korang sebab sebenarnya,sekolah aku ni adalah sekolah pertama yang menjalankan program Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)..seronok la gak sebenarnya bila dapat tahu yang semua warga sekolah SMKDH layak mengundi..haha..korang boleh ke..??
Hurm..antara lain,objektif diadakan MPP ini adalah untuk melantik seorang wakil pelajar sebagai perantara antara guru dan pelajar..jika sebelum ini suara pelajar adalah terhad..maksud aku ialah,bila seorang pelajar komplen tentang sesuatu,contohnya tentang kes kantin sekolah kita orang yang pernah ditutup dek kerana masalah kotoran yang melampau..ramai pelajar yang komplen tentang perkara ini pada guru2..tapi perkara itu hanya berhenti setakat itu saja..tak bergerak..
Selain tu gak..bila adanya MPP,jadi boleh la kitaorang merasa suasana mengundi macam pilihan raya yang sebenar..seronok beb..nanti ada undi rosak,undi tak percaya..dan kalau boleh tak mau la pengundi hantu ataupun pegawai pilihan raya tu nanti rosakkan undi pos..hahaha..
Dengan adanya MPP ini,dapat melatih kami2 untuk berpolitik walaupun tak secara besar-besaran tapi aku rasa mungkin berhasil sebab setiap dari pelajar ini suatu hari akan keluar mengundi dalam pilihan raya umum yang besar..jadi mudah bagi kami untuk mengenali yang mana baik dan yang mana buruk dan secara langsung memilih pemimpin yang betul2 berkualiti..
So..antara semua bakal pemimpin,aku ada tengok sorang ni.member aku,mase tusyen pun duduk sebelah aku..dan aku pilih dia bukan kerana dia kawan aku..tapi kerana sikap memimpin yang ada pada dia berbanding 2 bakal pemimpin yang lain serta menifesto yang dibawa oleh dia..
Nama tade lah hebat mana..tapi perwatakan dia yang menarik minat aku..nama Syafiq b Othman..memang pandai la kat dalam kelas..aku taw pandai tak menjamin oleh memimpin..seorang ketua pengawas sekolah tahun 2009..dan lagi 2 orang bakal pemimpin..sorang nama Andy Darrel Gomes..seorang pengawas sekolah..dan seorang lagi perempuan Nur Liyana..
Antara sebab yang aku tak nak pilih lagi 2 orang tu adalah kerana..aku hurai dulu apa yang ada pada andy..1st sekali..andy adalah seorang pengawas dibawah pimpinan Syafiq Othman orang yang aku nak pilih tadi la...dan kalau dia boleh memimpin kenapa tak dari awal guru2 pengawas tak lantik dia sebagai ketua pengawas..tapi kenapa mereka2 lantik Syafiq yang baru hanya form 5..dan si andy tu dah form 6..tak logik la kala kata andy tak boleh memimpin pengawas tapi boleh pimpin pelajar...
2nd..andy memang pandai bercakap..tak di nafikan yang dia ni memang hebat kalau berdebat..tak kira bahasa..maksud aku BM dan BI je la..tapi..samada boleh buat kerja ataupun tak..kita tak tahu lagi..n yang paling penting skali..aku tak nak orang yang bukan islam memmpin aku..bukan kerana buyers ke ape tapi aku memang tak boleh terima..hahaha
Ok2 yang liyana plak..dia pun sama..pandai bercakap..terer berpidato..memang terkesima aku bila dia mula pegang mic..haha..tapi dia adalah seorang perempuan..dan dia mahu memimpin pelajar lelaki..??di sekolah lelaki..??tak layak langsung..malahan dia tu masuk sekolah ni baru setahu..tak sampai setahun pun lagi..dan dia tak tau masalah pelajar lelaki dan dia masih belum memahami lelaki..so..tinggal je la Syafiq Othman..hahaha..
so..nanti tengok je la keputusannya..jumaat ni hari mengundi..selamat mengundi ntuk aku....