MPP:Demokrasi haprak tahap sekolah..!!

Assalamualaikum..

Jumaat 13.03.2009..maka berlakulah pilihan raya MPP tiga penjuru diantara syafiq,andy dan liana..aku sebenarnya nak luahkan rasa tak puas hati..bukan sebab keputusan..tapi kerana pengumuman saat akhir yang dilakukan cikgu ghaffar yang mengatakan jumlah keseluruhan pelajar yang mengundi hanyalah mewakili 20% dan selebihnya adalah kuasa guru yang memilih..

WTF (what the fruit)..!!penat2 wakil2 MPP bertungkus lumus bazirkan duit untuk berkempen supaya pelajar pilih mereka,tapi pengumuman saat akhir itu amat menyakitkan hati ramai pelajar..mana taknya,mula2 kata pilihan pelajar..tapi bila keputusan dah diumumkan,kenapa mesti pelajar hanya 20% sedangkan guru 80%..??bukankan ini perlukan PILIHAN PELAJAR..??kalau dah guru 80% baik tak payah adakan pilihanraya yang buang masa dan buang air liur..

Lagipun jumlah guru adalah jauh lebih sikit berbanding pelajar..kalau jumlah guru nak disamakan dengan jumlah pelajar mungkin kena darab dengan 2 atau 3..baru dapat jumlah yang sama dengan pelajar..jadi nak dapat 80%..??kena darab 8 lagi..!!

Ini dikatakan MPP..??wakil pelajar dipilih oleh guru..bukan pelajar sendiri..!!
Sedangkan cogan kata untuk MPP ini ialah "dari pelajar untuk pelajar"..BULL SHIT..!!
Bila aku suarakan pendapat aku kat cikgu..malas aku sebut nama dia..dia boleh cakap ?

"20% cukuplah..ada juga mengundi.."
ini satu diskriminasi..!!

Kalau aku taw nak jadi macam ni baik aku buat undi rosak..bak kata Wan dari kelas 5S3.."tulis je kat kertas undi tu 'hell no..!!'.."..lagi baik..daripada sakit hati..dah la calon pilihan tak menang..tiba2 kena pulak macam ni..!!mungkin korang tertanya-tanya..kenapa aku jadi macam ni..sedangkan duit aku satu sen pun tak keluar..

Aku jadi macam ni sebab aku nak hidup atas dasar KEADILAN..bukannya ketidakadilan macam ni..!!
Tapi ape2 pun..aku ade mintak Husna ambil kan beberapa keping gambar situasi pilihanraya..jadi layan je lah..











0 comments:

Blog Widget by LinkWithin