Aku dan tunang seringkali berkelai. Puncanya siapa, aku kurang selidik. Pernah sekali aku buat perangai dengan dia sampai dia betul betul kecewa dengan sikap aku. Biasa lah, aku akan meminta maaf kembali. Dah memang salah aku, jadi why not?
Selepas pertunangan aku dan si dia, aku telah dihubungi kembali oleh kawan kawan perempuan yang sangat rapat dengan aku. Salah seorang adalah fiza. Fiza seorang muslimah. Well yeah.. Dia adalah ketua usrah di tempat dia belajar dan suka berdebat dengan aku dari perkara kecil sampai la dalam mazhab aliran pemikiran dan juga politik. Ayahnya seorang penyokong BN tegar! Dan disebabkan aku pernah kutuk bahawa penyokong BN ini semuanya bodoh dan bebal, Fiza mula menjauhi aku. Dan lagi, bila dia telah bertemu dengan jejaka pilihannya, maka, kami officially tidak berhubung langsung.
Apabila aku dah bertunang dan fiza kembali hubungi aku, aku jadi ralat nak beri tahu pada tunang aku pasal fiza dan hubungan kami serapat mana. Tapi, akhirnya aku cerita juga. Aku tahu tunang aku cemburu dan dia banyak menahan sabar untuk itu. Tapi aku malas nak layan. Kalau dilayan, mahunya aku terpaksa tidak berhubung lagi dengan fiza?
tidak! kalau ada orang kata, aku besarkan lagi kawan daripada tunang? Jawapan aku, tak! Sebab, kawan aku, merupakan juga kawan untuk tunang aku. Kalau tunang aku ikhlas terima aku, mesti dia boleh terima kawan kawan aku dan jadikan kawan kawan aku sebagai tempat untuk lebih kenali aku. Tak gitu?
Pergaduhan ngeri aku dengan tunang aku pada suatu hari, apabila aku kantoi hisap rokok dihadapan dia. Aku jadi hilang sabar waktu itu. Malah, aku tidak pernah mahu mengalah dan kekal dengan tahap keegoan aku yang dasyat. Bahkan, sehingga kini aku masih menyesali apayang aku katakan pada dia waktu itu. Menyesal sungguh!
Umi akhirnya dapat tahu akan pertengkaran kami dan nasihatkan aku untuk berbaik dengan dia. Aku jadi tidak senang bila umi cuba mempertahankan dia. Aku merajuk. Hampir 2 bulan aku tidak pernah lagi pulang ke Klang atau hubungi Umi. Ciss! Derhaka sungguh aku.
Umi akhirnya hubungi aku minggu lalu dan katakan dia sudah aturkan perkahwinan aku dengan wanita pilihannya. Dia sudah pun menghubungi tunangku dan memutuskan pertunangan aku dan si dia. Umi juga sudah meminta aku tidak lagi hubungi bekas tunang aku
Aku tiba tiba kaku. Pandangan aku gelap! aku rasa nak tumbang. Sungguh.
Tapi aku tahan sabar dan aku tanya pada umi dalam esak tangis pada waktu itu. Aku tanyakan siapa yang bakal jadi isteri aku yang merupakan calon menantu pilihan lah sangat tu?
Umi jawab selamba~
FIZA!
Aku terkejut bukan kepalang. Jantung aku berdegup laju. Aku hanya mampu berfikir yang masa depan aku sudahpun gelap. Muslimah sewel ni kalau jadi isteri aku, maka huru hara hidup aku nanti. Habis semua benda dia nak debatkan. Habis semua benda dia baling pada aku andai kami bertengkar. Mampus! Aku kaget.
Aku pengsan. Kepala aku terhantung ke bucu dinding dan aku tidak sedar lagi.
Bila aku jaga, aku sangat mengharapkan tunangku berada di sisi aku sebab aku nak minta maaf pada dia kerana terpaksa khianati janji dan sumpah setia yang pernah aku ucapkan dulu. Tapi sebaliknya..
Aku sedar, aku berada dibawah katil dalam keadaan hanya memakai boxer. Keadaan sekeliling gelap gelita tanpa ada sebarang lampu. Aku cuba sedaya upaya perincikan suasana keliling, sah! sah! memang bilik aku di kolej. Aku berada dibawah katil aku yang penuh habuk dan sejuk. Aku tidak berbaju. Tangan aku meraba raba mencari telefon bimbit tapi tak ketemu. Aku merangkak keluar dari bawah katil dengan kepala otak aku masih lagi pening dengan apa yang aku baru lalui.
Aku memandang screen laptop yang tidak ditutup dan sedang memainkan lagu Bila Orang dah Benci yang dinyanyikan oleh Saleem.
Aku jadi teringat. Aku tertidur selepas letih pulang kerja. Dan, baru aku sedar. Celaka sungguh. Aku bermimpi rupanya tadi. Keh keh keh xD

0 comments:
Post a Comment