Ceramah Di Chenderong Balai...

assalamualaikum....

hari ini dalam sejarah....
aku ikut ayah balik kampung bersama-sama abang saiful dan isteri beliau...hehe..nerd gle ayat..

hurm...bukan pe..aku nak cerita jugak..dalam perjalanan kami dari Klang..hampir 4 roadblock kami tempuhi..dan semuanya adalah kerana satu..menakutkan sesiapa sahaja yang ingin bersama-sama MB nizar di halaman Rumah beliau..

wah..kami balik ni pun memang semata-mata nak pegi ceramah kat chenderong balai .Intan..huhu..kalau kena tahan ni,banyak pulak soal jawab nih..

urm..takpe..sebab nak dengar Anwar Ibrahim ngan MB Nizar punya penerangan,lautan api seali pun aku tak brani nak renangi...hehehe..

kami tiba kat Chenderong balai bersama paksu..sekali lagi, 'roadblock' ...adoii...
dan tiba2 aku dapat SMS yang berbunyi..."berita terkini,malam ni ceramah kat chenderong balai penceramah bertukar..antaranya ialah Md Sabu,Ust Nasaruddin Tantawi.."..dalam hati walau ada sedikit hampa,tapi bila dengar ada Md Sabu ngan Ust Tantawi..Ok je lar...

sampai jer,kami terus jalan2 dan mem beli-belahkan diri..hahaha..dah penat jalan2,kami terus duduk kat tempat ceramah..mula2 macam lengang jer,tapi lepas hampir setengah jam,tiba2 tanpa disedari..pengunjung yang hadir,melebihi 5000 orang..kawasan tu memang penuh..

lepas seorang,seorang penceramah naik untuk bagi ceramah dan penerangan dengan apa yang berlaku..menurut cikgu Wan Faris,PR bukanlah penderhaka seperti yang diura-urakan media BN..berasap jugak telinga bile dengar..

tak sangka (dah taw sebenarnya) media seperti TV1,TV2,TV3, dan lai2 channel yang sepayung dengannya telah menipu rakyat..mereka yang kita percayai rupanya penipu..!!kurang ajar.."aku percaya korang,korang 'prek' aku..!!"

takpe..sebagai orang yang mengejar kepada keadilan,aku pun menyabarkan diri..sambung balik pada ucapan tadi..

sekarang PR dan BN adalah 28 sama..maksudnya kerusi DUN sekarang adalah sama rata,dan ada 3 bebas..tak bleh pilih pemerintah melainkan dengan pembubaran DUN..jadi apa yang diperjuangkan sekarang adalah memujuk/meminta/mengharap/memohon/blablabla sultan perkenankan pembubaran DUN dan menjalankan Pilihan Raya Negeri...

namun apa yang disalah tafsirkan oleh rakyat yang kurang minda i.t ni,apa yang dilakukan oleh MB Nizar adalah derhaka..tanpa siasat terlebih dahulu terus menghukum..

kalau nak ikutkan..penderhaka yang sebenar adalah UMNO itu sendiri..kalau kita imbas balik..semasa pemilihan menteri besar Terengganu selepas PRU-12,mereka(UMNO) inginkan Idris Jusoh sebagai menteri besr,namun apa yang terjadi adalah sebaliknya apabila Sultan memilih Dato Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganu..

apa yang terjadi selepas itu adalah..ahli2 UMNO dengan selamber,biadap,kurang ajar,derhaka,melawan sultan,menentang institusi di-Raja..mereka pada masa itu menggelar sultan dengan pelbagai nama dan kutukan..ada yang memanggil sultan sebagai binatang..!!..

bukankah itu derhaka..??

dan sekarang mereka cuba menjadi hero dengan kononnya cuba menyelamatkan institusi Beraja yang pernah dihina mereka suatu mase dahulu...HIPOKRIT..!!!

tak larat rasanya nak ulas panjang2..so,aku letak link kat bawah ni penceramah2 malam tadi..nak dengar download ler..hehehe..

dan kat bawah ni ada beberapa gambar yang diambil mase ceramah tu berlansung..enjoyz..



ustaz wan faris

ustaz nasaruddin tantawi
mustafa kamil ayob
qunut nazilah untuk perak by ustaz tantawi


0 comments:

Blog Widget by LinkWithin