Selamat Hari Bapa..


assalamualaikum...

pernah aku tulis sebuah cerita mase exam BI kat sekolah tentang ayah..kehebatan seorang ayah menempuh kehidupan yang penuh ranjau..hidup ini sangatlah sukar dari kaca mata ayah..tapi mungkin cikgu tak mengerti bahasa inggerisku yang penuh dengan grammer yang tunggang langgang..bersepah tanda merah dalam essay paper aku..tapi untuk ayah..aku tak kisah..janji aku dah luahkan tentang ayah dalam essay tu..

aku mula kenal ayah n cara ayah berfikir masa umur 7 tahun..mase tu baru darjah satu..mungkin tak cukup terer nak describe tentang dia..tapi aku tahu n aku paham perangai ayah..

aku ingat lagi mase tu aku baru paham dunia..ayah kena buang negeri sampai ke klang..hanya kerana melawan seorang menteri..ape salah ke lawan orang yang salah..??

mungkin aku belum mengerti dunia hari tu..tapi sekarang...aku paham dunia dari kaca mata seorang 'aku'..

ayah seorang yang kuat bekerja..sangatlah kuat hingga takde mase untuk anak2..mungkin dulu ada sewaktu umi menjaga seorang anak kecil bernama Haikal..ayah sering berada di rumah..malah setiap hari ayah bawa Haikal pergi berjalan-jalan sambil nyanyi lagu 'senyumlah' yang seingat aku nyanyian Dato M Daud Kilau..dari seorang yang kecil dampai lah boleh berjalan..ayah sayangkan Haikal..tapi tiba2 haikal kena pindah...ikut mak la..ape lagi...hehehe

semenjak dari hari tu..ayah semakin sibuk dan sibuk..malah kadang2 sampai tak balik ke rumah sehingga 2,3 hari..
memang sound strange..tapi hakikatnya..itulah ayah..

sekarang ayah kena bertugas di Kem Tahanan Teluk Intan..dulu dia bertugas di Kem Tahanan Semenyeh..

ayah bekerja siang dan malam tanpa kenal erti penat dan lelah..tak pernah rasanya..dia suk dengan kerja dia..sampaikan sanggup beraya di pejabat..hehe
aku taw..korang mesti fikir yang ayah gilakan O.T..tapi itulah hakikat sebnarnya...

ayah sibuk mencari wang untuk mencapai matlamatnya..dia suka beli tanah dan buat projek tanaman..walau tak sistemati macam Acu..tapi aku gembira tengok ayah macam tu...sekurang-kurangnya dia ada satu matlamat yang jelas...

baru2 ni ayah buat tindakan paling mengembirakan seluruh umat keluarga Pak Nasir..bapak aku ler tu..heheh

dia telah beli sekeping tanah jdalam anggaran 1.4 ekar dengan harga yang aku tak tahu..hehehe
tak nak bagi tahu pun...
ayah turun naik bank pertanian untuk itu..
untuk pinjaman..sebelum ni kalau buat pinjaman..ayah akan bayar setiap bulan dan terkadang bila terlupa...Notis bank akan sampai ke rumah..baru la kelang kabut nak bayar..
tapi kali ini ayah buat perubahan dengan minta bank potong daripada gajinya..HEBAT..

bagi aku satu perkara yang membanggakan kerana aku tak perlu fikir setiap bulan untuk ke bank rakyat dan membayar wang pinjaman ayah...hehe

aku pun sudah besar untuk tak mengerti hasil titik peluh ayah...mungkin perangai dan sifat aku belum matang sepenuhnya..tapi aku tak suka buat ayah kecewa dengan menjadi seorang Mat rempit,mat dadah,mat ganja dan bermacam jenis mat yang ada kat dunia ni...

walaupun cerita aku tentang hari bapa dan tentang bapa aku...point utama aku ialah....

BELIA BENCI DADAH..hehe
bukan2...

aku nak ucapkan selamat hari bapa pada ayah...kalau melalui sms..ohh...kredit aku sengaja tadak aku mahu mengisi kerana bakal mengganggu tumpuan aku sebagai seorang pelajar...
so...dekat sini aku ucapkan selamat hari bapa untuk ayah dan pada seluruh ayah,bakal ayah,sudah ayah, tak nak jadi ayah, dan juga pada yang menjadi ayah kepada anak tak mengenal ayah...

SELAMAT HARI BAPA..AKU SAYANG KORANG SEMUA...

Koleksi Undang-undang Seluruh Dunia


ZAMRI kecik's

SWISS :

* Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDIA :

* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN :

* polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA :

* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM :

* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO :

* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat “memprovokasi” rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA :

* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

YUNANI :

* Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA :

* Dilarang menempel plester luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS :

* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL :

* Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

AMERIKA :-
- ARIZONA :

* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.

- ALASKA :

* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

- ARKANSAS :

* suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

- CALIFORNIA :

* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

- COLORADO :

* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.

- CONNECTICUT

* Dilarang mencium istrinya di hari Minggu.

- FLORIDA :

* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

- WASHINGTON :

* Dilarang menyusui anak di tempat awam.

MALAYSIA

* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang


ehsan:CINA ISLAM

Malang Datang Kelas Lewat..

assalamualaikum...

hari ni tersangat lah malang...aduhh...takde la malang sangat sebenarnya..

pagi tadi bangun pagi terus mandi..ingat nak hantar Umi ke Klang Sentral..tapi umi tak bagi...hehehe..so aku tak suka membuang masa dengan melepak..aku keluar la pegi joging..

pergi jonging dengan Kak Cik...tapi hampeh..aku lari tak sampai satu pusingan dah semput..dulu bukan nak cerita..tapi kalau takat padang pandamaran tu aku pandang sebelah mata je...4,5 round selambar aku redah..

tapi pagi ni mungkin kerana cuaca sejuk dan agak berjerebu..nafas jadi pendek (ada kena mengena ke..?)

balik tu terserempak dengan jiran..berjoging jugak korang..tapi tak sembang lama..just guraw2 kasar je...hehe

sampai rumah aku baring...dengan peluh yang banyak...sedar tak sedar aku terlelap..bangun2 dah jam 9.30 pagi...wahahaha

aku punya kelas start jam 10.15 pagi...aduhh...nak meredah jalan Jem lagi..nak menuju ke kalang tu dah la satu bala..hehehe

tapi sampai je aku terus berlari..sampai depan Delta..terserempak dengan Yana..dia nampak macam sakit..tapi aku dah terlewat aku just tegur macam tu je..dia sempat cakap "blajar ajin2 ea..."
waa...aku dengar da macam orang tak bermaya je...hurm...aku berlari naik ke tingkat 3 dan aku tengok...

KELAS PENUH...!!

aduh...!!!

betapa penat aku berlari..meredah jalan Jem dengan penuh gaya dan kemachoan terunggul..
sampai2 kelas penuh...
aduhhh....sakitnya hati...
aku taw baik aku sembang dengan Yana lama2..hea...

permohonan maaf untuk Abg Long..

assalamualaikum...

beberapa hari lalu...
aku terima panggilan dari abang..ada satu pakatan untuk kenakan abang long yang hari tu ditangkap dengan tuduhan mengintai aku..!!

pais telefon dan bercakap dengan aku dan umi..dia mintak supaya aku call abang long dan suruh dia datang kerumah..tapi dengan alasan umi nak jamu diorang makan..

tanpa diketahui pakatan disebaliknya yang nak 'membasuh' abang long yang sudah tertangkap mengintai, dia datang kerumah bersama isteri dan anaknya,Tuah..

sampai saje umi membuka pencak kata, menyerbu tanpa helmet,menanyakan tentang kamera litar tertutup di pasang abang long...
dengan muka selamba abang long mengerutkan dahi dan berkata..

"owh...kamera tu...abang long pun dah lupa..kamera tu abang long guna untuk menintip jiran..dia tu bukan betoi sangat..dulu pernah curi PS2 bang long..tu yang pasang tu...cuma kalau masa abnag long ada kat rumah,bang long sangkut kat tingkap bilik air.."

penuh berhujjah ala2 ahli parlimen abang long keluarkan fakta..dengan penuh loghat utara yang tak pernah hilang dari bahasanya..

umi pun agak malu aku tengok...mungkin kerana syak wasangkanya sebelum ini yang memburuk-burukkan abang long (aku pun lagi la malu)...

umi pun mengemukakan hujah mintak maaf...sebelum ni dia tak pakai helmet sudah bertukar wajahnya..kerana agak malu..aku hanya diamkan diri di tepi umi..hehehe

umi mengucapkan ribuan maaf pada abang long..aku pun mintak maaf juga..tapi di sebabkan aku dah tulis dalam blog burukkan dia...
selayaknya aku mohon maaf juga melalui blog...ini bukan bermakna aku tak mintak maaf depan2 tau...

cuma aku tulis ni supaya ada permohonan maaf secara terbuka...dan mereka yang pernah baca cerita sebelum ni tahu yang aku amat2lah bersalah dalam hal ini...

pada paktam,ayah ngah,mak ngah,mak-mak,bang izam,pak ya,abang aku pais dan semua yang pernah baca tajuk sebelumnya...aku mohon maaf atas keterlanjuran perangai,sifat dan emosi...

adioss...

kata2 pujangga..

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabilamasyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negaramenjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadihormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat,pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat,kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS,
apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabilatempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mulamengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak matilambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.Rambut pun jarang sikat
Yang perempuan, pakai mini sekerat.Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.Kadang-kadang ternampak ben da ' bulat ' .
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat ..Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita ' bukti ' lah kita buat.Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlahpula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang dimerata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
.Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

sumber CECIBOR(pak din)

Aku diintai Semasa Mandi..!!




assalamualaikum...

hari ni err..maksud aku..sekarang aku nak cerita kat korang tentang peristiwa menyayat hati yang aku nak ceritakan kat korang yang berlaku pada diri aku...tak lupa kat umi..

semalam..aku bermalam kat rumah bang long..bukan abang kandung..tapi abang saudara..memang panggilan dia abang long sebab anak sulung dalam keluarga dia..

aku bukan nak burukkan dia..tapi ni semua telah terbukti yang dia memang punyai perangai yang tersangat lah huduh..iaitu...

mengintai..mesti korang ingat yang mengintai ni ialah macam panjat dinding belakang tandas dan mengendap dalam keadaan seakan terdesak nafsu...aku nak kata kurang dapat belaian nafsu tak boleh jugak sebab dia dah kawin...

aku sndiri yang jadi pembukak sembah masa sambut pengantin datang dengan Nazli..kami bertempur pamirkan aksi silat masa tu...

kembali kat cerita...masa aku mandi..selepas umi mandi..aku punya mata meliar dalam bilik air tu..pasti aku ternampak macam bekas paip air..macam spare part untuk paip patah..mula2 aku tak kesah..tapi aku terperasan satu benda..

dalam paip tu ada segumpul plastik sampah warna hitam..aku tertanya pada diri sendiri.."ape la kreatif benar pemikiran..taruh plastik sampah dalam paip...tapi aku terkejut bila dapati ada macam mentol lampu dalam gumpulan plastik tu..

aku tanpa buang masa terus saje rentap paip tu....aku makin curiga bila belakang paip tu ada wayar..aku terus cabut wayar tu..aku sudahkan mandi aku...

keluar dari bilik air,aku telefon pais..dengan arahan aku bertindak..pais arahkan aku ambil paip tu bawak keluar dan tunjuk pada dia kat perak...aku terus ambil...mula2 aku tak terfikir yang abang saudara aku yang pasang..mungkin sifat nakal jiran sebelah yang pasang..

tapi bila aku cari punca wayar tu rupanya bersambung ke bilik dia..
aku kaget macam nak pengsan...
aku tak buang masa terus ambil benda tu bawak masuk beg dan berpura-pura tak tahu...

aku nasihatkan korang...hati2 bila mandi tak kira di rumah saudara,sahabat mahupun adik beradik sendiri..
dalam situasi aku,aku tak tahu apa motif dia dan aku tak mahu tahu pun...dia tu akupadam dalam diari hidup aku..!!

hari letih ku..!!

assalamualaikum...


semalam adalah hari malang..pais telefon suruh balik kampung secepat mungkin..aku dengan umi tak banyak kerenah terus pergi ke KL sentral naik tren dari Pelabuhan Klang...
sampai je terus naik putra LRT ke stesen masjid jamek untuk terus naik star LRT untuk ke Dataran Rakyat..err lebih tepat lagi,Puduraya...

kami bergegas mencari tiket bas..aku sentiasa dalam keadaan laju untuk cepat apatkan tiket bas..tapi kesian pada umi aku yang sudah berusia..berjalan agak perlahan...

sampai saje kat puduraya,kami tanya pada semua kaunter tiket bas..tapi memang malang..tiket hari ini dan esok..HABIS..!!

memang malang...pastu kami berlari ke dataran rakyat sebab nak kejar tren terakhir ke pelabuhan klang..tapi pais telefon balik suruh tanya pada teksi..
disebabkan kesian pada umi,aku suruh umi tunggu dekat stesen star LRT masjed jamek supaya aku boleh berlari ke puduraya..malas nak naik tren lagi..

tapi umi enggan..dia pun ikut..aku terpaksa berjalan perlahan..tapi aku jumpa seorang pemandu teksi di tepi jalan..terus aku tanya berapa tambang untuk ke Teluk Intan..setelah bertanya pendapat kawan2 dia..dia meminta RM300..untuk perjalanan sehala..!!

dalam hati aku..GILA..!!

tapi kami just mintak dia hantar kami ke KL sentral..hurm..dalam perjalanan pais sekali lagi telefon dan dia mintak kami ke rumah abang long di cheras...setelah tanya pada pemandu,kami mintak dia singgah di KL sentral untuk beli tiket keretapi ke Tapah Road pada keesokan harinya...malam ni kami bermalam di rumah abang long di cheras...

hari amat meletihkan telah berlalu..cuma aku kesian pada umi..sudah agak berumur,mesti dia penat..sedangkan aku yang muda bertenaga ni pun letih...

Tangan VS Sudu Dan Garfu..

Orang kita apabila makan di hotel atau restoran mula segan nak makan dengan tangan sedangkan makan dengan tangan adalah sunnah Rasulullah SAW.
Mat Saleh pelik dengan tabiat orang Melayu makan dengan tangan ni pada anggapan diaorang makan dengan tangan ni kotor manakala makan dengan sudu dan garfu lebih bersih.
Kita makan dengan tangan selain dari mengikut sunnah ialah;

1. Makan dengan tangan adalah lebih bersih dari sudu dan garfu sebab kita sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

2. Kita yakin tangan kita lebih bersih kerana tangan kita hanya kita seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

3: Tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang....
Blog Widget by LinkWithin