malam ni aku solat tarawikh di Pusat Aktiviti Sosial (PAS) Chenderong Balai..
seronok..
buat pertama kali dalam hidup..aku berjumpa satu golongan manusia yang berlumba-lumba perang suara..
perang ni berlaku antara golongan tua dan golongan muda..
disebabkan aku duduk di dalam..aku bersama golongan tua..
perang suara bermula setiap kali tamat 2 rakaat..
bila pak bila mula berzikir memuji rasul..
makmum ramai2 akan menyambut zikir tu..
masa tu..test power..suara siapa paling kuat..
masa ni nak bertempik sekali pun takde sape yang kesah..
memang seronok..penuh bersemangat golongan tua dan golongan muda..
berlumba-lumba nak memuji dan berselawat keatas rasul...
tamat solat tarawikh..
kami dapat tazkirah ramadhan dari ustaz Tarmizi Abd Rahman..antara Ustaz paling Wanted kat Negeri Perak (aku dengar cerita la)
ustaz ni paling aku minat sebenarnya...cara penyampaian dia bersahaja..
70% adalah jenaka penuh pengisian..
antara pengisian ialah..
ustaz mengingatkan umat islam supaya meneruskan jihad di jalan Allah..
kerana apa..??
mentaliti orang melayu..
bila tiba ramadhan orang akan mula tinggalkan perkara yang wajib seperti menuntut ilmu,pengajian,ceramah,usrah dan macam2 lagi..
mereka mula melakukan ibadah sunat seperti solat tarawikh dan tadarus..
sedangkan menuntut ilmu,ceramah,usrah dan pelbagai lagi berkaitan adalah jihad di jalan allah..
jihad itu adalah wajib bagi umat islam..
akan tetapi umat islam alpa dengan mengejar yang sunat dan tinggalkan yang wajib..
ustaz juga meminta supaya disampaikan peringatan tersebut kerana..
apabila perkara yang wajib sudah mula ditinggalkan..maka bala Allah boleh turun bila2 masa sahaja...
banyak perkara terkesan dekat hati aku..tak tahu nak sebut macam mana..
tapi aku dapat rasakan yang ramadhan kali ini adalah yang paling buruk..maksud aku cara aku tempuhi ramadhan kali ini adalah yang paling kurang menyenangkan..
banyak perkara aku terlepas pandang..
aku mula cintakan dunia..seolah-olah penyakit 'al-wahn' sudah mula merasuk aku..
mungkin dengan setiap peringatan ni dapat sedarkan aku..dan mula menempuh ramdhan ini dengan penuh rasa tawadduk pada allah..
bila ustaz sebut tentang usrah..aku teringat ustaz Fathan..dulu kami bersama-sama perjuangkan islam..tapi aku mula beralih arah..
mungkin aku tak bersependapat dengan ustaz..tak pasti siapa yang betul siapa yang salah..
aku rindukan aku yang dulu..
Ya Allah..kenapa hariku hari ini lebih buruk dari semalam..??
aku mahukan perubahan..dan perubahan bermula dari hati..penyakit hati harus aku buang terlebih dahulu..
tiba2 teringat selawat syifa'...
0 comments:
Post a Comment