Ubat Hati Dengan Al-Matsurat


assalamualaikum....

hari ni aku nak cerita tentang satu kitab kecik yang ditulis oleh asy-syahid,sheikh hassan al-banaa..
kitab kecik ni tak sampai RM2 pun..bley didapati di gedung2 ilmu..tak pasti lar ada ke tak kat kedai buku popular ke atau mana2 kedai buku yang taukey dia cina...urm..aku tak nak cerita panjang..kitab ni mengandungi pelbagai rahsia2 doa...semua doa yang ada dalam kitab kecik ni adalah doa amalan Rasulullah S.A.W...doa2 rasulullah biasanya adalah mujarab..



kitab ini dimulakan dengan "a'uzubillah hi samii i'ilaliim miminassyatan nirrajim.."
susah gak nak menulis nih..hehehe

maksudnya.."aku bermohon perlindungan Allah,Maha mendengar,Maha mengetahui dari ganguan syaitan yang direjam.."mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan apa2 pun aktiviti harus menyerahkan diri kepada-Nya..

bacaan al-fatihah dalam zikir al-ma'thurat merupakan bacaan yang agung.mengandungi pahala yang besar jika membaca dan menghayatinya.Rasulullah bersabda maksudnya..

"demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya..belum ada surah yang diturunkan di dalam taurat,injil dan zabur atau al-quran yang dapat menandinginya (al-fatihah)..Dialah tujuh Mithani dan quran yang agung diberikan pada ku.."

dari annas r.a..rasulullah bersabda yang maksudnya..

"siapa yang mengucapkan ucapan di waktu pagi ucapan

"a'uzubillah hi samii i'ilaliim miminassyatan nirrajim.."
maka dia dilindungi dari ganguan syaitan yang direjam dari pada waktu pagi
hingga ke petang

kitab ini juga mengandungi tiga ayat terakhir dari surah al-baqarah yang juga penawar kepada setiap gangguan jin dan syaitan...

ada hadis yang bermaksud

"sesiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah al-baqarah di awal pagi nescaya dia tidak didekati oleh syaitan 1sampai ke petang..dan jika di baca pada waktu malam maka syaitan tidak mendekatinya sampai ke pagi..dan tidak dilihatnya apa yang buruk menimpa dia dan keluarganya..."

(riwayat al-darimi dan baihaqi)

hadis di atas disokong pula satu lagi hadis dari nabi muhammad S.A.W yang diriwayatkan dari ibnu mas'ud..

"sesiapa yang membaca sepuluh ayat iaitu ayat2 dari surah al-baqarah,ayat kursi dan dua ayat selepasnya serta hujung surah al-baqarah nescaya syaitan tidak akan berani masuk kerumahnya sampai ke pagi.."

begitu jugalah semua bacaan zikir yang terkandung dalam kitab al-ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusannya nabi Muhammad..hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa yang ingin menghayati nya dan mengamalkannya dalam kehidupannya sehari-hari..wah2 dah macam ustaz plak aku nih...takpe..dakwah punya pasal tak kire..hehehe

urm..dah takde ape lagi aku nak terangkan rasanya..hurm..kalau korang tak pernah lihat atau jumpa kitab al-ma'thurat ni dan ada keinginan untuk baca..korang bley order kat aku..hehe..tapi bukan free ha..harganya kitab kecik ni cuma RM 1.80 SAHAJA..dan tambah2 lar skit untuk duit minyak,dan kos penghantaran aku nak pegi beli kitab nih..hehehe...

ha..kalau ada pape yang tak paham dan korang nak mengetahui lebih lanjut tentang kitab ni..cam biasa ler..
moga kita sama2 dapat mengamalkannya...

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin