Pasrah dan Redha : Janji jaga Diri :)

Assalamualaikum

Tubuh manusia secara mudahnya terdiri dari fizikal dan rohani. Kerana 2 eleman ini, mewujudkan satu identiti iaitu manusia. Manusia yang ada fizikal atau jasmaninya tanpa roh, maka manusia itu kita kategorikan sebagai mayat. Tidak lagi bernyawa. Secara sastera nya pula, manusia yang tidak mengisi rohani mereka dengan sempurna, maka akan mati lah tubuh mereka walau tubuh itu sebenarnya masih hidup

Apa yang ingin di sentuh, bukan lah berkenaan kematian atau pengisian rohani. Tetapi berkenaan penjagaan diri.

Diri manusia, dikuasai oleh 2 elemen iaitu akal dan nafsu. Nafsu mampu menguasai tubuh andai ia tidak dikawal. Nafsu terkadang mengawal tubuh menyebabkan tubuh kita akhirnya menjadi sakit. Selalunya nafsu ini tindakannya tanpa berfikir dan menyebabkan tubuh akan merana.

Akal pula mampu mengawal manusia andai saja kita meletakkan dan tahu cara akal berfungsi. Cara akal berfungsi mudah. Caranya adalah dengan berfikir. Maka jika kita berfikir, maka berfungsilah akal itu. Kerana kerja akal adalah untuk berfikir. Dalam menjadikan kita manusia, kita tidak terlepas dari dikawal oleh 2 elemen ini dan ia juga menjadi asbab kita belajar tentang dunia, manusia, dan ilmu pelajaran sedangkan pengajaran sebenarnya adalah datang dari Allah.

Dalam menjaga tubuh, kita harus tahu untuk mengawal 2 elemen ini. Terlalu luas jika mahu dihuraikan satu persatu. Akan tetapi hanya difokuskan kepada pengkelasan dalam menerima tanggapan dan perasaan.

Aku tidak lah berilmu dalam membincangkan bab ini. Akan tetapi sekadar berfikir dari pengetahuan logik sahaja tanpa merujuk mana mana ahli falsafah atau ulama' yang fokuskan keilmuan mereka dalam bidang ini.

Secara mudahnya, apabila manusia itu menjaga tubuh mereka dari kesakitan, maka harus juga dia menjaga akal nya. Akal ini seringkali dikaitkan dengan hati. Dan secara terusnya, apabila manusia ini menjaga tubuh mereka, mereka juga harus menjaga hati mereka. Dalam bab menjaga hati, terkadang dikatakan terlalu subjektif kerana ia melibatkan hati dan perasaan. Tetapi, boleh lah kita bincangkan secara ilmiah berkenaan perkara ini :)

Dalam menjaga hati, kita harus kehadapan kan nas quran dan hadis serta kehadankan akal kita dalam menanggapi sesuatu. Kebanyakan manusia, terlalu meletakkan nafsu dalam menanggapi sesuatu lantas meletakkan konklusi yang salah dalam soal hati dan perasaan. Sehingga mereka terlupa membezakan diantara pasrah dan redha.

Pasrah adalah menyerah. (petikan filem ombak rindu). Berbeza dengan redha iaitu yakin dan pasti tanpa meletakkan sebarang kesedihan atas keputusan atau situasi ( definisi sendiri ).

Apabila kita menerima satu ketentuan, kita dengan yakin berkata redha dengan sesuatu itu dan dalam masa yang sama, kita menangis di dalam hati. Ini bukan lah konsep redha. Ini adalah konsep pasrah. Pasrah ini lebih kepada mengaku kalah sebelum berjuang. Pasrah adalah satu sikap yang tidak sepatutnya ada dalam diri manusia. Kerana pasrah ini sifatnya terlalu menurutkan nafsu dan tidak berfikir, maka ia menyanggahi prinsip meletakkan akal terkehadapan dalam menanggapi sesuatu.

Seharusnya sifat manusia itu, Doa, Usaha, Ikhitiar, Tawakkal dan balik kepada doa. Ini barulah konsep yang betul dalam redha. Walau selepas semua usaha itu kita lakukan, tetapi rezeki tidak di pihak kita, itu baru lah nama nya redha. Kita tak akan tangisi perkara itu kerana kita telah melakukan satu usaha terbaik dan meletakkan tawakkal kepada Allah selain berdoa. Juga apabila iktiqad kita yakin benar pada perancangan Allah yang tidak pernah menganiaya hambanya, maka tangisan melihat kebahagiaan itu pergi tidak akan datang kerana kebahagiaan sebenar dari Allah itu akan datang juga akhirnya.

Ini adalah apa yang islam ajarkan. Ini adalah apa yang islam didik kita. Kita meletakkan sepenuh keyakinan rezeki pada Allah. Dan dalam masa yang sama berusaha untuk rezeki itu dan bertawakkal supaya Allah berikan terbaik untuk kita. Jangan kita terlalu gopoh meletakkan kesimpulan awal dengan pasrah atas ketentuan.

..........................................................................................................................................................

Janji jaga diri, melibatkan juga hati, peribadi, kesihatan, pemakanan, iman dan lain lain. Bukan hanya jaga diri secara literal dengan tidak meletakkan diri dalam posisi bahaya sahaja, tetapi ia lebih dari itu.

Denda untuk yang memungkiri janji. Ambil pengajaran ini dan sampaikan pada orang lain. Moga Allah pelihara kamu tunangku. Moga Allah sentiasa menjaga kamu walau saatnya tangan ku mampu mengapaimu. Inilah sikap ku. Aku suka mendidik orang lain dan bermakna, aku juga sedia untuk di didik. Aku masih belajar dan dalam masa yang sama suka mengajar. Jangan terasa atau tersinggung dengan sikapku. Tetapi tegurlah perbuatan ku supaya aku tidak terus sesat dalam kelekaan.

Terima kasih kerana sudi membaca tulisan dari sudut pandang seorang 'Aku' :)


Destinasi Cinta

Assalamualaikum

"satu teguran keras kepada diri sendiri saat terleka dibuai bahagia cinta "

Cinta adalah anugerah. Siapa berani yakinkan aku yang cinta adalah bebanan? mari kita berhujjah secara ilmiah. Bagi aku cinta adalah satu anugerah. Hatta setiap degup jantung dan setiap hela nafas kau berfungsi adalah kerana cinta. Saat cinta kau labuhkan pada sesama manusia, saati itu juga yang memberikan kau rasa cinta itu sedang mencintai kau.

Akhir akhir ini, aku kerap kali dalam kerinduan. Aku tak nafikan. Aku tak malu mengaku. Kerana aku bangga dalam kerinduan. Kerana apa? Kerana kerinduan yang dititipkan kepada hati ini adalah kerinduan yang diberikan Allah. Tanpa perkenan Allah, maka kau tidak bisa lagi merasa rindu, tidak lagi mampu merasa cinta dan dicintai. Tulus aku katakan, setiap rindu, cinta dan keasyikan pada dunia adalah kerana pemberian dari Allah. Dipinjamkan sebentar di dalam hati.

Apabila menyedari hakikat kita sedang mencintai dan dicintai, maka hakikat itu harus kita kembalikan kesyukuran atas nikmat itu kepada Allah. Ada yang menyatakan kerinduan dan kecintaan itu suatu yang menyiksakan. Itu bergantung. Bergantung kepada cara kau melayan perasaan itu. Seharusnya, dalam menjalani alam percintaan, kau tidak boleh berenggang dengan Allah. Seharusnya setiap kali kau teringatkan orang yang kau rindui, kau ucapkan syukur. Ucapkan kalimah istighfar. Ucapkan kalimah kalimah yang membuatkan kau dekat dengan Allah.

Kerana Allah lah yang telah meminjamkan rasa itu. Oleh itu, seharusnya kau pasrahkan hati dan meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah untuk sentiasa kekal dalam kerinduan kepada perkara yang kau rindu.

Seharusnya juga, kerinduan kita ini menjadikan kita lebih kuat dan gagah untuk menghadapi hari hari mendatang. Kerana, andai saja kita gagal jalani hari ini tanpa kekuatan dan kita lalui dengan lemah, kita mungkin tidak mampu lagi menikmati hari seterusnya dengan kerinduan yang sama.

Apabila kerinduan kita itu telah kita pasakkan kepada Allah dengan mencari redha Allah, maka insyaAllah Allah akan permudahkan.

"Allah.. Tidak ada manusia atau apa benda atau satu perancangan besar sekalipun mampu halang atas apa yang Allah mahu berikan. Dan tidak ada benda atau satu perancangan besar dan hebat sekalipun mampu beri atas apa yang Allah tidak izinkan. "

Setelah keyakinan kita kuat, maka tawakkal kepada Allah. Kerana kelak, Allah akan berikan satu keputusan dari jalan yang tidak pernah kita sangkakan. Ini adalah bab aqidah. Yakin dengan keputusan Allah. :)

Alam Yang Merintih

Assalamualaikum

telah ku terima khabar dari si dia
jauh yang dekat sebenarnya
membuat hati kembali tidak tenteram
kembali rindu yang membukam
hidup yang tidak aman
juga hari yang tidak lagi nyaman

Aku menjadi tidak terarah
luka hati kian parah
penangan cinta membuat parah
sawan galau dan tidak senang
tekanan buat aku tak lenang
menongkah hidup yang penuh jerih
teringatkan dikau terasa pedih

tiap kali tidur kau hadir
membawa senyum yang manis
membuat telatah yang lucu
ketawa mu itu menggamit rindu

ahh.. Ini semua datang dari syaitan!
bisik hatiku..

Pesan seorang adik saat aku ceritakan masalah
syaitan harus ku tentang jangan pernah kalah
pengaduan pada Allah tidak pernah salah
harus bangkit melangkah gagah
kerana syurga idaman kita
kerana neraka hanya tempat pendusta
kerana dunia titian kesana
harus bagaimana kau hadapinya?

Terasa ditampar wajahku
terasa hatiku yang remuk dicantum semula
semangat yang dulu pergi
kini hadir kembali
menolak aku maju kehadapan
menggagalkan hasutan syaitan

insyaAllah. Kau sentiasa di dalam doa
saat dahi menyentuh lantai
merendah diri sebagai si abdi yang hina
tidak layak meminta kerana aku hanya hamba
merintih dengan ujian
menangis dengan cubaan
tertawa dengan kurniaan
bersyukur dengan pemberian

Ya Allah ya Tuhanku
Tuhan yang menjaga setiap hati
Tuhan yang lunak pada hamba hamba Nya
Tuhan yang pemurah terhadap setiap haba
Tuhan pengasih pada setiap yang meminta
Tuhan yang tidak pernah menganiayai hamba Nya

Sungguh kami akui ketuhanan engkau sebagai tuhan
sungguh kami akui kekuasaan engkau
Hanya kepada engkau tuhan yang kami sembah
Hanya kepada engkau kami memohon pertolongan

Jaga lah hati hati kami ya Allah
Peliharalah batas kasih sayang kami
Peliharakan lah cinta diantara kami
Jadikanlah kecintaan diantara kami kembali untuk mencintai engkau Ya Allah
Jadikanlah kerinduan diantara kami kembali untuk merindui rasul Mu
Jadikan lah kasih sayang diantara kami terus dalam lembah pernikahan
Satukan lah kami dari dunia hingga ke syurga firdaus
Dan jadikanlah diantara kami zuriat keturunan  yang soleh dan solehah
supaya kelak menjadi pemimpin kepada diri mereka sendiri serta keturunan mereka dan masyarakat.

Ya Allah.
Satukan lah hati kami
Satukan lah kami di dunia dengan pernikahan
Satukan lah ya Allah sebagaimana engkau satukan Nabi Yusuf dan Zulaikha
Satukan lah kami sebagaimana engkau satukan Nabi Ibrahim dan Hajar
ya Allah kau satukanlah kami sebagaimana kau satukan kekasihmu Muhammad dengan Khadijah
 Satukan lah ya Allah jangan engkau pisahkan
Dekatkan lah ya Allah jangan engkau jauhkan
Wahai tuhan yang maha mengasihi hambanya

Engkau lebih tahu ya Allah.
Saat aku terleka dengan kesesatan dunia
Alam ini menangisi kesesatanku
Saat aku terleka dengan kesesatan dunia
Alam ini merintih dengan kesesatan itu

- Afif Nasir Al-Banjari -
28 Oktober 2012
Pelabuhan Klang Selangor

Untuk mu duhai cahaya.
jangan pernah penat menegur sikapku
jangan pernah lelah menahan karenah ku
jangan pernah berubah hatimu
Jika aku berubah menjadi celaka,
jangan pernah teragak untuk menegurku
jika aku berubah menjadi hina
terus lah sabar dengan karenahku dan berusahalah untuk ingatkan aku

InsyaAllah. Kita sama sama setia pada pertunangan ini
sama sama setia pada janji

Ucapan Dan Hati

Assalamualaikum :)

Selalu sangat orang tua tua sebut apa yang diucapkan, itu adalah sebenarnya datang dari hati. Bermakna setiap apa yang hati atau kita fikirkan, itu yang akan jadi apa yang kita ucapkan. Apa yang kita cakapkan adalah bagaimana caranya kita berfikir. Jika bijak, maka bijak jugalah apa yang kita cakap.

Bagi aku yang jahil ni, apa yang dikatakan oleh orang orang tua itu ada benarnya. Tapi bersyarat.

Syarat utama haruslah apabila orang yang berkata kata itu dalam keadaan neutral dan tidak dipengaruhi oleh situasi atau peristiwa yang dia sendiri terlibat didalam nya. Sebagai analogi mudah, ada orang yang apabila abrangnya dirompak dan diragut, walau pun dia alim, kemungkinan besar boleh juga keluar dari mulut dia caci maki dalam masa yang sama kalimah Allah bermain di hati. Kita yang jadi pemerhati luar, boleh saja katakan, dia ini kuat maki orangnya. Dan kita mudah saja melabel dia adalah seorang yang suka mencarut dan memang selalu lepak dengan kaki carut.

Itu adalah contoh. Huraiannya mudah. Orang yang kena ragut, adalah seorang alim dan sentiasa berzikir pada Allah. Tapi apabila dia dalam situasi yang melibatkan barang dirampas dan dia dipukul, dia tidak lagi dapat menahan marah dan nafsunya untuk maki dan mencarut.

Secara kesimpulan mudahnya, mana mana manusiasekali pun, apabila dia telah terkeluar dari zon selesa, dia boleh berubah. Zon selesa bermakna, apabila dia tidak lagi berada dalam satu ruang yang membolehkan dia menjadi seorang yang baik. Jadi, tidaklah kita harus mengatakan yang dia adalah seorang kaki carut dan kaki maki. tak gitu?

baiklah. sudah faham?

perkara ini samalah juga halnya apabila seorang yang selalu berfikir sebelum melakukan tindakan dan seringkali menjaga setiap hati orang sebelum mengambil tindakan, apabila dia tiba tiba rasa cemburu terhadap sesuatu, maka saat itu dia telah terkeluar dari zon selesa dan tindakan dia jadi melulu lantas menyakitkan hati orang yang dia tak sanggup lihat air mata mereka mengalir.

ini bukan bermakna dia memang tidak pernah menjaga hati sesiapa. Tapi sebalik nya dia sebenarnya telah terkeluar dari zon selesa dan tiba tiba tindakan dia telah tersalah langkah.

orang macam ni, jangan lah disalahkan dia. Dia juga manusia biasa. Kadang kadang semua tindakan dia bukanlah bersandar iman semata. Nama pun manusia.  :)

Senyum dan Syukur

assalamualaikum :)

Dua orang menyertai kem perkhemahan - Ali & Abu.

Mereka berdua diberitahu akan diberi bahan² kemudahan utk survival mereka tempoh satu malam.

Dlm pemikiran Ali:
"Asalkan ada air & api dah cukup utk satu malam."

Dlm pemikiran Abu:
"Patutnya mereka beri telur 2 biji, tin sardin satu, roti atau mee maggi, air mineral 1.5 litre, lighter, periuk, selimut, ubat nyamuk"

Bila pegawai datang hanya mancis, periuk & jala diberi bersama khemah di tepi sungai.

Ali berasa bersyukur & malam itu mudah dilalui keran apa yang diperlukan sudah mencukupi. Ali meneruskan kerjanya mendirikan api, menangkap ikan, memasak air & mengharungi malam itu dengan penuh semangat.

Abu pula terasa susah bagai hidup di neraka untuk melalui malam tersebut kerana apa yang sepatutnya diterima tidak dapat & menyalahkan pegawai perkhemahan atas kesusahannya. Kebanyakan masa sepanjang malam dihabiskan merungut, ikan tak dapat ditangkap, api tidak dapat dihidupkan maka air pula tidak dimasak.

Dalam cerita ringkas ini, fahamilah kebanyakan kesusahan dalam kehidupan yang dirasai oleh hati adalah akibat minda sendiri, bukan kerana orang lain. Biasanya kesusahan datang apabila benda yang dihajat tidak kesampaian - mengharapkan benda yang tiada & bukan menghayati benda yang ada dalam tangan.

Ramai kita suka menjadi Abu, mengganggap merungut itu boleh menggembirakan atau keluarkan diri drpd kemelut. Walhal cara Ali ialah cara paling berkesan utk kekal SENYUM & mencapai sesuatu dlm kehidupan.

Bila terasa susah, henti berfikir, henti merungut, buat saja apa kerja yg patut, fokus, & nescaya anda akan jadi seperti Ali yang tidak merasa susah dlm mengharungi malam yg berpanjangan.

SENYUM.


- Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man -

Sepatutnya Semalam

Assalamualaikum

Aku sedar sepatutnya aku mulai membayar denda dengan hubungi si dia semalam iaitu 17/10/2012.
Ini kerana denda yang aku hadapi sepatutnya tidak boleh hubungi si dia sejak dari seminggu lepas. Ini adalah hasil dari denda kerana hubungi si dia sebelum hari jumaat tiba.

Tapi kenapa aku tak hubungi si dia semalam? Sedangkan dia ada hubungi aku. Kenapa? jeng jeng jeng

Thehehee :D

Bukan apa. Semalam sedikit sibuk dan balik dari kerja terlalu letih dan terus lelapkan mata. Masa aku terjaga untuk qiam, aku perasan ada mesej dari si dia. Tapi aku tabahkan hati tak balas. Semata mata kerana si dia batalkan denda hari tu dan jumaat belum menjelma. InsyaAllah.. Malam ni lepas balik dari kerja nak tido lewat lewat dan tunggu sampai pukul 12 dah hubungi dia :D

InsyaAllah moga Allah mudahkan proses pengenalan ni :)

Sejarah Yang Mengajar

Assalamualaikum.

Sejarah adalah perkara lalu yang menjadi ingatan atau catatan dalam kehidupan manusia. Akan tetapi kebanyakan orang jarang mengambil pengajaran daripada sejarah. Kata Ibn Khaldun "...Mereka yang melupakan sejarah, akan cenderung untuk mengulangi sejarah.. "

Kebanyakan orang pula lupa bahawasanya sejarah bukan sekadar apa yang ditulis dalam buku sejarah dan dari sejarah berbelas atau berpuluh tahun atau beratus atau beribu tahun dahulu saja, akan tetapi, ia juga melibatkan sejarah diri kita sendiri.

Lahirnya kita ke dunia ini adalah satu sejarah peribadi yang patut dibanggakan. Kerana tidak semua bayi yang lahir itu selamat. Dan tidak semua yang lahir itu pula sempurna sifatnya. Terkadang ada yang lahir tidak cukup bulan dan sebagainya. Apabila selamat ia adalah perkara pertama yang boleh dibanggakan. Kemudian apabila kita diazan atau diiqamatkan,ia adalah perkara seterusnya yang sangat boleh dibanggakan dan menjadi satu catatan peribadi dlam kehidupan kita.

Dalam menelusuri sejarah kehidupan kita, kita sebenarnya telah pun dididik oleh Allah semenjak kita lahir supaya kita berfikir. Sedar atau tidak, kita pada awalnya belajar menyusu dan seterusnya belajar untuk makan dan belajar untuk bercakap dan pelbagai lagi. Pembelajaran kita yang diajar oleh ibu bapa tanpa kita sedari sebenarnya adalah pengajaran daripada Allah. Allah mengajar kita berjalan. Dia beri kita jatuh dan akhirnya kita bangun untuk berjalan lagi dan sering kali itu kita jatuh. Tanpa kita sedari, rupa rupanya kita sudah boleh pandai berlari.

Dan hari ini, kita sudah boleh bermain bola, berjalan dan berlari sesuka hati dan bila bila masa yang kita mahukan.

Tidak ramai yang sedar hakikat pengajaran dari Allah ini dan dek kerana itu, setiap kali mereka ditimpa ujian dan musibah, mereka tidak terus kepada Allah tetapi sebaliknya merungut dengan ujian dan meratib masalah tanpa mereka mahu mencari dimanakah titik masalah atau punca yang menyebabkan mereka menjadi begitu.

Allah menghantar ujian, dan diselangi dengan sengsara, semata mata mahu untuk kita belajar dan akhirnya kembali kuat lebih dari sebelum kita menerima ujian.

Sejarah kita jatuh sebenarnya bukan sekali. Tetapi sudah beribu kali sebenarnya kita jatuh dan menerima musibah. Tidak saja pada kehilangan orang tersayang. Tetapi sewaktu kita gagal dalam kehidupan.

Jangan menafikan yang kita pernah bermasalah dengan orang sekeliling. Kita pernah bermasalah dengan guru. Kita pernah bermasalah dengan ibu bapa kita dan pelbagai. Ini lah ujian yang disandarkan kepada kita untuk kita belajar dan belajar untuk bersabar supaya tetap tenang hadapi ujian dan cabaran yang akhirnya tanpa kita sedar, apabila masalah itu selesai, kita bukan saja semakin kuat, tetapi, kita juga sudah belajar bagaimana hendak mengawal masalah. Bukan begitu?

*point utama aku tulis cerita ni tak sampai sebenarnya. Ada kisah disebalik kisah.  :)

Fasa Kehancuran!

Assalamualaikum

Apabila kita merendah dan melihat orang lain kesusahan, tidaklah dapat menghilangkan kesusahan dan kedukaan kita, akan tetapi, sekurang kurangnya dapat meyakinkan diri bahawasanya sentiasa ada orang lain lebih susah dan duka dari kita.

Bukan bermakna aku dalam kesusahan dan kedukaan. Akan tetapi, sikap meletakkan empati pada kisah orang lain membuatkan aku rasakan kesusahan yang aku hadapi adalah lebih baik berbanding kisah orang lain.

Persaudaraan sedarah aku yang aku telah mengangkat janji semenjak januari lalu kini seolah olah sedang menghadapi satu bencana. Dalam kekuatan kumpulan ku sendiri ada manusia yang menjadi duri dalam daging pada pertubuhan dan kepada ketua. Padahal jika diamati kisah ini sangat remeh dan terlalu kebudak budakan kalau hendak dilayan. Beberapa kali perbincangan aku dengan ketua yang datang ke kuala pilah meminta pendapat dan berbincang tentang kekuatan kumpulan. Aku sebagai seorang adik yang masih muda dalam perjuangan, tidak banyak dapat membantu. Malah nasihat dari ku mungkin saja tidak mampu mengubah apa apa memandangkan kebanyakan hal sangat menyentuh masalah peribadi.

Dan aku dikejutkan lagi mengenai satu gerakkan abang abang besar yang ingin menikam ketua dari belakang dan tidak meletakkan hormat pada ketua. Juga menyentuh hal peribadi. Hal perempuan dan cemburu akan kehebatan orang lain selain berkira pada usaha dan jasa.

Ini yang telah berlaku dalam pertubuhan kami dan aku mulai rasa tawar hati. Padahal mereka ini apabila bicara tentang perjuangan semangatnya tinggi melangit. Tetapi apabila barah berkira dan juga cemburu akan kejayaan orang lain diletakkan dihadapan, maka tunggu lah saat kehancuran!

Kehancuran dalam memusnahkan empayar yang telah lama dibina. Ini pada pandangan ku adalah satu perkara yang seharusnya dibendung. Dek kerana itu aku hanya ada seorang adik dan tidak mahu mengambil adik adik baru. Kerana aku sendiri takut mereka yang aku ambil sebagai adik nanti tidak mampu meletakkan komitmen malahan merosakkan pula empayar besar dan bahagia ini.

Kesudahan pada mengambil adik tanpa usul periksa,inilah bahana nya. Mereka mudah berpaling dan belot terhadap perjuangan. Kesedihan itu lah yang kita terpaksa terima dan akhirnya membuang mereka yang hanyut.

Fasa kehancuran sedang berlaku. Allah sedang tunjukkan bahawa apa sahaja yang didasari sifat dengki dan iri serta berkira pada perjuangan akan membuahkan bara yang membakar seluruh emapayar.

Sayang seribu kali sayang. Kami menjadi mangsa keadaan.

Minggu ni insyaAllah aku akan ke Melaka melawat saudara saudara disana. Mendengar masalah mereka. Mencari penyelesaian terbaik dalam masalah ini. Moga Allah permudahkan :)

Rajawali Terbang Tinggi

assalamualaikum

tingginya sayup di udara
merentas awan membelah samudera
melanggar benteng antara sedar dan lena
membuktikan dirimu gagah perkasa
selebar sayap segak dibuka
menutup awan kelam suasana

Gerak langkah mu menjadi buah mulut
gerak gayamu menjadi tarikan
sehingga ramai yang menjadi kelkatu
cuba mendekati lampu
akibat terangnya cahaya
akibat indah nya rupa

kau masih lagi gagah terbang diudara
tanpa pedulikan apa dan siapa
mendongak langit dan merentas nusantara
tanpa pedulikan kicau burung burung kecil yang terbang lebih rendah darimu
tanpa pedulikan cicipan keriangan si pipit tertawa
tanpa pedulikan mergas tua di daratan sana

Bagi mu, luas nya bumi tidak terhad hanya di tanah
sedangkan kau menguasai ruang udara
bebas kesini dan kesana
hebatnya kau cahaya.

sedang aku si burung belibis
sembunyi ku di siang hari
keluarku bila rembulan terang
mencari makanan di dataran hijau
sambil memerhati kau yang terbang tinggi

kilauan cahaya dari kibasan sayapmu mempersona
lantas terlintas niat untuk terbang bersama
bila agaknya dapat bersua
setelah hati meratib cinta
setelah jiwa ku pahat nama
setelah nekad terbang bersama

si belibis yang pemalu sifatnya
namun pantang menyerah segaknya
mengatur rencana mendekati sang raja
pada tuhan dia meminta
didekatkan hati yang hina pada sang raja
supaya disatukan hingga ke syurga

taqdir Allah yang maha Esa
sang raja lapar ingin mencari mangsa
terbang merendah bagi mengisi ruang terbuka pada sifatnya
rendah sehingga menjejak tanah

saat itu, si belibis sudah mula mengembangkan sayap
mendekati sang raja penuh abab
meminta terbangnya tidak lagi tinggi
untuk bersama dunia dan ukhrawi
bersatu hingga ke syurgawi

sang raja tertarik dengan sikapnya belibis
lalu diterima syarat dengan tapis
mendasari tuhan sehingga habis
supaya tidak hanyut angkara syaitan
di qubur kelak badan dirotan

belibis gembira tiada penghujung
meletakkan tuhan sebagai penyambung
tidak mengharap pujian melambung
tetapi memohon kasih itu bertembung
hingga mihrab syurga menjadi kampung

sang raja tiba tiba sedar akan fitrahnya
terbang tinggi kealam maya
meninggalkan dunia serta isinya
dan belibis yang pernah mencintainya
ditinggalkan dengan penuh persoalan.

belibis akhirnya mengerti jua
sifat sang raja itu lah cara
mentaati tuhan petintah agama
saling mendoakan dalam kerinduan
saling menasihati dalam kebuntuan
tidak putus dalam kenikmatan

- akan bersambung -

Afif Nasir Al-Banjari
Kuala Pilah Negeri Sembilan
16 Okt 2012 @ 12.41am

kepada cahaya yang tidak pernah padam sinarnya
menerangi suramnya hati
menerangi kelamnya jiwa :)
 

Jemaah?

Jemaah itu tempatnya berumpul dan bersatu :)

Kisah Sahabat

Assalamualaikum

intro tanpa lagu
sepi tidak seperti selalu

manusia dan salah faham terhadap titik pertindihan atas perhubungan. Kita menganggap mereka saudara,sebaliknya mereka menganggap kita tidak setanding mereka.

Aku mengenalinya mulai dari laman sesawang dan melekat sebagai sahabat saat kami bersama dalam satu diskusi. Aku sangat menghormati dia dan menganggap dia sebagai mentor aku dalam menuntu ilmu. Aku cuba menuntu ilmu sebanyak mungkin bagi membolehkan aku mampu bersuara dalam kebanyakan status yang dia naikkan. Aku menuntut ilmu sebanyak mungkin bagi membolehkan dia tersedar yang kadang-kala dia salah dalam menanggapi tafsiran umum masyarakat.

Mungkin kerana niat yang salah, hubungan kami tidak seindah dulu. Dia seolah-olah meminggirkan diri. Lebih lebih lagi setelah pertunanganku. Aku sudah tahu punca tetapi atas permintaan tunangku, aku banyak berlapang dada. Aku tidak mahu kerana keegoan kami masing masing akan menyebab terganggunya hubungan 3 hala (aku - tunang dan aku - sahabat) .

Keterbukaan aku akhirnya memakan diri. Sikap berlapang dada aku akhirnya mencalarkan hubungan kami. Bukan hubungan aku dan tunang,tetapi hubungan aku dan sahabat. Firasat awal mengatakan ini akan berlaku dan sangat aku takuti akhirnya terjadi. Aku tidak mahu perasaan serba salah aku menyukarkan hubungan aku dan tunang. Tapi apa kan daya, perasaan itu menekan hati namun masih ku kawal dan sabar.

Aku cuba selesaikan perkara ini dengan meminta pendapat ramai orang termasuk umi dan yang paling utama,munajat kepada Allah. Akhirnya,dengan kesimpulan singkat yang aku buat tapi telah difikirkan sesempurna mungkin, aku nekadkan diri berhadapan dengan konfrontasi. Bukan dengan dalaman ku sendiri. Tapi dengan dia yang aku gelar sahabat.

Aku mahukan kata putus. Kata akhir. Kata penyudah kepada sejarah yang telah kau bina dengan tangan kau sendiri. Jujur aku pinta dari hati kau untuk jawab persoalan persoalan yang aku berikan. Tulus aku harapkan semua jawapan itu adalah benar. Apa yang kau kata adalah benar.

Kerana, apa yang kau suap aku hari ni, takkan dapat kau minta untuk kau telan semula di masa hadapan. Aku telah telan dan hadam setiap bait lafaz yang kau berikan.

aku yakin dan pasti,tiada siapa faham apa yang aku tulis kerana melompat dari situasi ke situasi. Tapi, apa yang aku tulis, ini lah yang aku fikir. Jika bacaan mu celaru, maka itulah gambaran minda ku. Moga malam ini dapat lagi ku bertemu kekasih hatiku. Moga istiqamah cintaku pada Nya yang satu untuk bertemu di Syurga firdaus :)

Warkah Dari Perbatasan

intro TKO

Dengan rasa berat hati aku sembunyi,
Dengan kekasih abadi aku bersunyi,
Sebentar!
Tinggalkan ku dengan attar dan rumi,
Menari tanpa bumi,
Menyanyi tanpa bunyi,

Ku nantikan telunjuk picu yang berderai,
Kemenangan tanpa tentangan akan termetrai,
Gapai!
Dah melambai tak mahu mencapai,
Ingar lukis garis nipis antara damai dan lalai,
Santai!
Ya,
Tapi jangan terlalu,
Pergiku lama,
Tapi bukan selalu,

Syair yang kau lafaz,
Semuanya dah ku hafaz
Sedikit zat-zat Mu saat ku hembus nafas,

Perang seribu malam hampir tamat,
Ku hampir selamat namun itu belum muktamad!

Peluru keras memecah gelas!
Warkah dari perbatasan harap dibalas!

Salut~

Catatan Hati

assalamualaikum

buat yang membaca.

salam sejahtera buat kalian. Aku tidak tahu dia akan membaca atau tidak. Aku tidak tahu kalian yang membaca atau tidak. Tetapi aku ingin sekali menulis

Aku ingin luahkan perasaan aku. Ingin sekali aku beritahu dia betapa aku rindukan dia. Ingin sekali aku beritahu dunia bahawa dia yang aku cinta. Ingin sekali aku umi bahawa, aku ingin dia menjadi halal buatku secepat waktu. Aku risau, aku tidak mampu menampung rindu yang teramat sehingga menusuk jiwa.

Ingin sekali aku beritahu dan mengadu kepada sesiapa sahaja yang kini, aku tidak lagi aman di hati. Tidak lagi senang di jiwa. Solat ku tidak lagi buatkan aku tenang. Zikirku tidak lagi buatkan aku lapang. Sedang fikiran ku tidak lagi aman dari memikirkan dia.

Ingin saja aku melakarkan pada dunia bahawa aku sedang rindu pada dia. Ingin saja aku khabarkan pada dunia yang setiap malam aku termimpikan dia. Ingin saja..

Bukan aku tidak boleh update status di Facebook dengan mengkhabarkan pada dunia bahawa aku rindu dia. Mungkin dia akan baca,mungkin tidak akan membaca.

Tapi dengan melakukan begitu, Aku sebenarnya mementingkan diri.

Kerana apa? kerana masih banyak lagi masalah umat yang harus difikirkan. Terlalu banyak masalah fiqh yang harus diberikan pencerahan. Dunia tidak lagi adil seperti dulu. Harus aku hadir dalam dunia ini tidak terlalu mementingkan diri dengan masalah cinta dan hatiku sendiri.

Sabarlah duhai hati. InsyaAllah..
Dipermudahkan dia menjadi milikmu satu hari nanti :)

Seandainya..

Andainya kau tahu dosa ku dan kegelapan menyelubungi hatiku, nescaya wajahku akan kau tabur dengan pasir!

Syukur kau tidak memandang dosa kelmarin. Optimisnya kau.. Alhamdulillah :)

Manusia dan Hakim



Assalamualaikum

Pelik sungguh dengan reality manusia.Bukan kerana penciptaan manusia itu.Tapi kerana meletakkan minda ‘hakim’ sebagai panduan hidup.Mereka yang menggunakan minda ini selalunya mudah melabel orang lain sebelum kenal rapat dengan seseorang.
Bukan mengatakan yang aku tidak begitu,tapi bila setiap kali melihat orang yang salah kekal sebagai looser dan terus salah,aku rasakan perbuatan ini adalah tidak patut.Setiap orang ada melakukan salah dek kerana salah itu mengajar kita tentang kehidupan.Tapi jika kesalahan itu diungkin saban hari dan mengatakan orang yang tinggi ilmunya,alim pada akhlaknya,berilmu pula dalam agama sebagai tidak patut melakukan dosa,itu adalah tanggapan salah sama sekali!Itu merupakan tanggapan jumud dan tidak berfikir pada akal yang sihat dan waras!

Tiada manusia yang maksum kecuali para nabi dan rasul yang terlindung dari melakukan dosa walaupun dosa yang kecil.tapi kita hanya manusia biasa.Kesalahan dan dosa yang kita lakukan adalah normal.Normal pada maksud aku adalah manusia itu sendiri tidak terlepas dari melakukan dosa.Tambahan lagi di akhir zaman yang nabi sendiri beri amaran tentang fitnah akhir zaman yang sangat dasyat.Mampu kau harungi hari2 kau tanpa melihat dosa? Mampu kau lalui hari2 kau tanpa melihat aurat? Kalau dahulu mungkin tapi tidak sekarang.Keliling kita penuh dengan manusia yang sentiasa melakukan dosa samada sedar ataupun tidak.Jadi siapa kita untuk menyatakan si polan bin si polan itu mulia dan tidak harus melakukan dosa? Kepala hotak kau!

Kau seolah2 berada di alam tidak reality jika katakan demikian.Jika kau sendiri dalam sehari tidak melakukan kesalahan,tapi kau masih lagi salah jika tidak menegur orang yang lakukan kesalahan.Salah jika tidak menegur orang yang melakukan kemungkaran! Salah itu menunjukkan kau tak sempurna.Jika kau sendiri tak sempurna,kenapa kau harapkan si polan bin si polan sebagai sempurna jika dia tidak boleh lakukan kesalahan?

Sebetulnya,kau ambil sikap lebih terbuka dan tidak melabel si polan bin si polan yang kau katakan mulia dan tidak boleh melakukan dosa dengan tidak menghakimi dia.Jika dia salah,kau harus tegur! Bukan meletakkan satu symbol pada dia dan katakan dia tidak lagi boleh pakai dan kata2 nya hanya layak buat buat menegur anjing kencing merata2.Kepala hotak kau berjambul!

Tugas dan beban dakwah serta tegur-menegur bukan hanya terletak di bahu orang tertentu.Tapi pada semua orang.Semua orang wajib untuk mengajak manusia ke jalan Allah.Setiap manusia wajib beriman dengan surah Al-Asr dan hadis nabi tentang melihat kemungkaran.Tapi kau awal2 lagi dah menjadi hakim dengan label orang tertentu sebagai manusia yang tidak boleh pakai.

Kata2 aku pada kau,kepala hotak kau! Terus lah jumud dengan tidur bawah tempurung yang kau bina sendiri sebagai ‘gap’ antara mentality kau dan orang lain!

Gembira Tanpa Bicara

assalamualaikum

aku ini orang nya tidak sempurna
sedangkan kau jauh melangit terima sanjungan di sana

aku ini orangnya tidak berada
sedangkan kau mungkin saja berharta

aku ini orangnya hina
sedangkan kau jauh lebih mulia

aku ini penuh dengan dosa
sedangkan kau terpelihara dari noda

aku tidak bijak dalam pelajaran
sedangkan kau jauh terkehadapan

aku ini tiada rupa
sedangkan kau miliki wajah jelita

aku ini masih jahil
sedangkan kau,berilmu dan tidak bakhil

aku ini sifatnya amarah
sedangkan kau penyabar tidak gundah

aku ini sikapnya egois
sedangkan kau itu sikapnya optimis

aku ini orangnya tegas
sedangkan kau lembut dalam kias

aku ini cakapnya merapu-rapu
sedangkan ucapan mu adalah ilmu

aku ini sikapnya sukar diubah
sedangkan kau mudah dan ramah

aku ini perangainya gila-gila
sedangkan kau pemalu dan  tidak rela

aku ini :'(

terima kasih kerana sudi terima diri yang hina ini. Doaku dalam setiap sujud akhir, moga Allah satukan kita hingga ke syurga. Terima kasih wahai cahaya :)

perbahasan dan sikap penerimaan



Assalamualaikum

Kadang2,aku sendiri jadi pelik dengan mentaliti manusia dalam perhubungan.Bila adakan perdebatan ilmiah samada secara lansung atau tak lansung,akhirnya akan menjadi perpecahan dek kerana perbezaan ideologi dan dalam menyatakan pendapat.

Tak kira samada dalam perdebatan politik atau berkaitan isu semasa.Perpecahan yang aku maksudkan ialah perubahan dalam status perhubungan.Kalau sebelum ni,berkawan secara baik atau rapat dan sering utara kan maslahat dalam masalah kehidupan harian,berkongsi pengalaman dan sebagainya,akan tetapi,bila perdebatan atau perbezaan pendapat berlaku,maka perhubungan atau ukhwah yang terbina asalnya atas ikatan persahabatan musnah begitu sahaja.

Kadang2 juga,dalam masa berdebat,dan perbezaan pendapat berlaku,aku akan berusaha mencari fakta2 berkaitan isu dan menyatakan hujjah secara baik.Tapi tidak pada pihak berlawanan yang kehilangan hujjah serta modal untuk teruskan perdebatan.Akhirnya mula menyerang peribadi lawannya dan menggunakan kata2 makian dan melabel lawan sebagai ‘tunjuk pandai’ atau samakan lawannya atau musuh politiknya dengan haiwan2 najis.

Dalam bab teguran juga begitu.Mungkin pernah terjadi pada aku,tapi aku sendiri secara peribadi akhirnya akui kesilapan dan mula ambil sikap seperti tidak pernah berlaku dan dalam masa yang sama cuba perbetulkan teguran.Berbeza dengan mereka yang menegur aku sebelumnya.Sewaktu menegur dulu bukan main nasihatkan tentang keterbukaan minda,menerima apa saja teguran,merendahkan ego dan sebagainya.Tapi bila giliran aku menegur,mula mereka tunjukkan sikap kurang matang dengan meletakkan aku sebagai tidak layak menegur mereka dek kerana kesalahan aku yang lalu dan katakana pada ku untuk perbetulkan dulu dan sempurnakan dahulu diri sendiri sebelum menegur orang lain.
Pada hakikatnya mereka sendiri lupa tentang ayat yang mereka bacakan kepada aku sewaktu menegur aku dahulu iaitu dari surah Al-Asr.

Aku terbuka dalam menerima pendapat dan krtitikan dan dalam masa yang sama cuba sampaikan tentang pendapat aku sendiri dan selagi boleh aku akan cuba berpegang dengan pendapat sendiri sebelu aku gunakan pendapat orang lain.Dalam menegur dan perbezaan pendapat juga begitu.Aku terbuka dalam berdebat dan bila di akhir debat,aku masih kembali kepada hakikat perhubungan dan ukhwah.Berlainan bagi mereka yang mula meminggirkan diri dan menjauhkan diri.Seolah2 apa yang aku cuba sampaikan dan lakukan adalah salah sama sekali dan pendapat yang aku pegang adalah salah!

Mereka mahukan aku terima pakai pendapat mereka sedangkan hujjah yang mereka gunakan sebagai dasar menyokong pendapat mereka tidak kukuh.
Mentality seperti ini sangat aku tidak gemar.Mungkin aku seorang kiasu dan tidak mahu kalah dalam menyatakan pendapat dan pendirian.Tapi bila berakahirnya pebalahan mengenai pendapat,aku kembali sebagai seorang kawan.tapi KAU?! 

mungkin aku sering memandang salah orang lain tanpa relfeksi yang benar. entahlah. mohon ada bantuan dari sahabat sekalian :)
Blog Widget by LinkWithin