Kisah Sahabat

Assalamualaikum

intro tanpa lagu
sepi tidak seperti selalu

manusia dan salah faham terhadap titik pertindihan atas perhubungan. Kita menganggap mereka saudara,sebaliknya mereka menganggap kita tidak setanding mereka.

Aku mengenalinya mulai dari laman sesawang dan melekat sebagai sahabat saat kami bersama dalam satu diskusi. Aku sangat menghormati dia dan menganggap dia sebagai mentor aku dalam menuntu ilmu. Aku cuba menuntu ilmu sebanyak mungkin bagi membolehkan aku mampu bersuara dalam kebanyakan status yang dia naikkan. Aku menuntut ilmu sebanyak mungkin bagi membolehkan dia tersedar yang kadang-kala dia salah dalam menanggapi tafsiran umum masyarakat.

Mungkin kerana niat yang salah, hubungan kami tidak seindah dulu. Dia seolah-olah meminggirkan diri. Lebih lebih lagi setelah pertunanganku. Aku sudah tahu punca tetapi atas permintaan tunangku, aku banyak berlapang dada. Aku tidak mahu kerana keegoan kami masing masing akan menyebab terganggunya hubungan 3 hala (aku - tunang dan aku - sahabat) .

Keterbukaan aku akhirnya memakan diri. Sikap berlapang dada aku akhirnya mencalarkan hubungan kami. Bukan hubungan aku dan tunang,tetapi hubungan aku dan sahabat. Firasat awal mengatakan ini akan berlaku dan sangat aku takuti akhirnya terjadi. Aku tidak mahu perasaan serba salah aku menyukarkan hubungan aku dan tunang. Tapi apa kan daya, perasaan itu menekan hati namun masih ku kawal dan sabar.

Aku cuba selesaikan perkara ini dengan meminta pendapat ramai orang termasuk umi dan yang paling utama,munajat kepada Allah. Akhirnya,dengan kesimpulan singkat yang aku buat tapi telah difikirkan sesempurna mungkin, aku nekadkan diri berhadapan dengan konfrontasi. Bukan dengan dalaman ku sendiri. Tapi dengan dia yang aku gelar sahabat.

Aku mahukan kata putus. Kata akhir. Kata penyudah kepada sejarah yang telah kau bina dengan tangan kau sendiri. Jujur aku pinta dari hati kau untuk jawab persoalan persoalan yang aku berikan. Tulus aku harapkan semua jawapan itu adalah benar. Apa yang kau kata adalah benar.

Kerana, apa yang kau suap aku hari ni, takkan dapat kau minta untuk kau telan semula di masa hadapan. Aku telah telan dan hadam setiap bait lafaz yang kau berikan.

aku yakin dan pasti,tiada siapa faham apa yang aku tulis kerana melompat dari situasi ke situasi. Tapi, apa yang aku tulis, ini lah yang aku fikir. Jika bacaan mu celaru, maka itulah gambaran minda ku. Moga malam ini dapat lagi ku bertemu kekasih hatiku. Moga istiqamah cintaku pada Nya yang satu untuk bertemu di Syurga firdaus :)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin