Assalamualaikum
Pelik sungguh dengan reality manusia.Bukan kerana penciptaan
manusia itu.Tapi kerana meletakkan minda ‘hakim’ sebagai panduan hidup.Mereka
yang menggunakan minda ini selalunya mudah melabel orang lain sebelum kenal
rapat dengan seseorang.
Bukan mengatakan yang aku tidak begitu,tapi bila setiap kali
melihat orang yang salah kekal sebagai looser dan terus salah,aku rasakan
perbuatan ini adalah tidak patut.Setiap orang ada melakukan salah dek kerana
salah itu mengajar kita tentang kehidupan.Tapi jika kesalahan itu diungkin
saban hari dan mengatakan orang yang tinggi ilmunya,alim pada akhlaknya,berilmu
pula dalam agama sebagai tidak patut melakukan dosa,itu adalah tanggapan salah
sama sekali!Itu merupakan tanggapan jumud dan tidak berfikir pada akal yang
sihat dan waras!
Tiada manusia yang maksum kecuali para nabi dan rasul yang
terlindung dari melakukan dosa walaupun dosa yang kecil.tapi kita hanya manusia
biasa.Kesalahan dan dosa yang kita lakukan adalah normal.Normal pada maksud aku
adalah manusia itu sendiri tidak terlepas dari melakukan dosa.Tambahan lagi di
akhir zaman yang nabi sendiri beri amaran tentang fitnah akhir zaman yang
sangat dasyat.Mampu kau harungi hari2 kau tanpa melihat dosa? Mampu kau lalui
hari2 kau tanpa melihat aurat? Kalau dahulu mungkin tapi tidak
sekarang.Keliling kita penuh dengan manusia yang sentiasa melakukan dosa samada
sedar ataupun tidak.Jadi siapa kita untuk menyatakan si polan bin si polan itu
mulia dan tidak harus melakukan dosa? Kepala hotak kau!
Kau seolah2 berada di alam tidak reality jika katakan
demikian.Jika kau sendiri dalam sehari tidak melakukan kesalahan,tapi kau masih
lagi salah jika tidak menegur orang yang lakukan kesalahan.Salah jika tidak
menegur orang yang melakukan kemungkaran! Salah itu menunjukkan kau tak
sempurna.Jika kau sendiri tak sempurna,kenapa kau harapkan si polan bin si
polan sebagai sempurna jika dia tidak boleh lakukan kesalahan?
Sebetulnya,kau ambil sikap lebih terbuka dan tidak melabel
si polan bin si polan yang kau katakan mulia dan tidak boleh melakukan dosa
dengan tidak menghakimi dia.Jika dia salah,kau harus tegur! Bukan meletakkan
satu symbol pada dia dan katakan dia tidak lagi boleh pakai dan kata2 nya hanya
layak buat buat menegur anjing kencing merata2.Kepala hotak kau berjambul!
Tugas dan beban dakwah serta tegur-menegur bukan hanya
terletak di bahu orang tertentu.Tapi pada semua orang.Semua orang wajib untuk
mengajak manusia ke jalan Allah.Setiap manusia wajib beriman dengan surah
Al-Asr dan hadis nabi tentang melihat kemungkaran.Tapi kau awal2 lagi dah
menjadi hakim dengan label orang tertentu sebagai manusia yang tidak boleh
pakai.
Kata2 aku pada kau,kepala hotak kau! Terus lah jumud dengan
tidur bawah tempurung yang kau bina sendiri sebagai ‘gap’ antara mentality kau
dan orang lain!
0 comments:
Post a Comment