Assalamualaikum
Kadang2,aku sendiri jadi pelik dengan mentaliti manusia
dalam perhubungan.Bila adakan perdebatan ilmiah samada secara lansung atau tak
lansung,akhirnya akan menjadi perpecahan dek kerana perbezaan ideologi dan
dalam menyatakan pendapat.
Tak kira samada dalam perdebatan politik atau berkaitan isu
semasa.Perpecahan yang aku maksudkan ialah perubahan dalam status
perhubungan.Kalau sebelum ni,berkawan secara baik atau rapat dan sering utara
kan maslahat dalam masalah kehidupan harian,berkongsi pengalaman dan
sebagainya,akan tetapi,bila perdebatan atau perbezaan pendapat berlaku,maka
perhubungan atau ukhwah yang terbina asalnya atas ikatan persahabatan musnah
begitu sahaja.
Kadang2 juga,dalam masa berdebat,dan perbezaan pendapat
berlaku,aku akan berusaha mencari fakta2 berkaitan isu dan menyatakan hujjah
secara baik.Tapi tidak pada pihak berlawanan yang kehilangan hujjah serta modal
untuk teruskan perdebatan.Akhirnya mula menyerang peribadi lawannya dan
menggunakan kata2 makian dan melabel lawan sebagai ‘tunjuk pandai’ atau samakan
lawannya atau musuh politiknya dengan haiwan2 najis.
Dalam bab teguran juga begitu.Mungkin pernah terjadi pada
aku,tapi aku sendiri secara peribadi akhirnya akui kesilapan dan mula ambil
sikap seperti tidak pernah berlaku dan dalam masa yang sama cuba perbetulkan
teguran.Berbeza dengan mereka yang menegur aku sebelumnya.Sewaktu menegur dulu
bukan main nasihatkan tentang keterbukaan minda,menerima apa saja
teguran,merendahkan ego dan sebagainya.Tapi bila giliran aku menegur,mula
mereka tunjukkan sikap kurang matang dengan meletakkan aku sebagai tidak layak
menegur mereka dek kerana kesalahan aku yang lalu dan katakana pada ku untuk
perbetulkan dulu dan sempurnakan dahulu diri sendiri sebelum menegur orang
lain.
Pada hakikatnya mereka sendiri lupa tentang ayat yang mereka
bacakan kepada aku sewaktu menegur aku dahulu iaitu dari surah Al-Asr.
Aku terbuka dalam menerima pendapat dan krtitikan dan dalam
masa yang sama cuba sampaikan tentang pendapat aku sendiri dan selagi boleh aku
akan cuba berpegang dengan pendapat sendiri sebelu aku gunakan pendapat orang
lain.Dalam menegur dan perbezaan pendapat juga begitu.Aku terbuka dalam
berdebat dan bila di akhir debat,aku masih kembali kepada hakikat perhubungan
dan ukhwah.Berlainan bagi mereka yang mula meminggirkan diri dan menjauhkan
diri.Seolah2 apa yang aku cuba sampaikan dan lakukan adalah salah sama sekali
dan pendapat yang aku pegang adalah salah!
Mereka mahukan aku terima pakai pendapat mereka sedangkan
hujjah yang mereka gunakan sebagai dasar menyokong pendapat mereka tidak kukuh.
Mentality seperti ini sangat aku tidak gemar.Mungkin aku
seorang kiasu dan tidak mahu kalah dalam menyatakan pendapat dan pendirian.Tapi
bila berakahirnya pebalahan mengenai pendapat,aku kembali sebagai seorang
kawan.tapi KAU?!
mungkin aku sering memandang salah orang lain tanpa relfeksi yang benar. entahlah. mohon ada bantuan dari sahabat sekalian :)
0 comments:
Post a Comment