Fasa Kehancuran!

Assalamualaikum

Apabila kita merendah dan melihat orang lain kesusahan, tidaklah dapat menghilangkan kesusahan dan kedukaan kita, akan tetapi, sekurang kurangnya dapat meyakinkan diri bahawasanya sentiasa ada orang lain lebih susah dan duka dari kita.

Bukan bermakna aku dalam kesusahan dan kedukaan. Akan tetapi, sikap meletakkan empati pada kisah orang lain membuatkan aku rasakan kesusahan yang aku hadapi adalah lebih baik berbanding kisah orang lain.

Persaudaraan sedarah aku yang aku telah mengangkat janji semenjak januari lalu kini seolah olah sedang menghadapi satu bencana. Dalam kekuatan kumpulan ku sendiri ada manusia yang menjadi duri dalam daging pada pertubuhan dan kepada ketua. Padahal jika diamati kisah ini sangat remeh dan terlalu kebudak budakan kalau hendak dilayan. Beberapa kali perbincangan aku dengan ketua yang datang ke kuala pilah meminta pendapat dan berbincang tentang kekuatan kumpulan. Aku sebagai seorang adik yang masih muda dalam perjuangan, tidak banyak dapat membantu. Malah nasihat dari ku mungkin saja tidak mampu mengubah apa apa memandangkan kebanyakan hal sangat menyentuh masalah peribadi.

Dan aku dikejutkan lagi mengenai satu gerakkan abang abang besar yang ingin menikam ketua dari belakang dan tidak meletakkan hormat pada ketua. Juga menyentuh hal peribadi. Hal perempuan dan cemburu akan kehebatan orang lain selain berkira pada usaha dan jasa.

Ini yang telah berlaku dalam pertubuhan kami dan aku mulai rasa tawar hati. Padahal mereka ini apabila bicara tentang perjuangan semangatnya tinggi melangit. Tetapi apabila barah berkira dan juga cemburu akan kejayaan orang lain diletakkan dihadapan, maka tunggu lah saat kehancuran!

Kehancuran dalam memusnahkan empayar yang telah lama dibina. Ini pada pandangan ku adalah satu perkara yang seharusnya dibendung. Dek kerana itu aku hanya ada seorang adik dan tidak mahu mengambil adik adik baru. Kerana aku sendiri takut mereka yang aku ambil sebagai adik nanti tidak mampu meletakkan komitmen malahan merosakkan pula empayar besar dan bahagia ini.

Kesudahan pada mengambil adik tanpa usul periksa,inilah bahana nya. Mereka mudah berpaling dan belot terhadap perjuangan. Kesedihan itu lah yang kita terpaksa terima dan akhirnya membuang mereka yang hanyut.

Fasa kehancuran sedang berlaku. Allah sedang tunjukkan bahawa apa sahaja yang didasari sifat dengki dan iri serta berkira pada perjuangan akan membuahkan bara yang membakar seluruh emapayar.

Sayang seribu kali sayang. Kami menjadi mangsa keadaan.

Minggu ni insyaAllah aku akan ke Melaka melawat saudara saudara disana. Mendengar masalah mereka. Mencari penyelesaian terbaik dalam masalah ini. Moga Allah permudahkan :)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin