Destinasi Cinta

Assalamualaikum

"satu teguran keras kepada diri sendiri saat terleka dibuai bahagia cinta "

Cinta adalah anugerah. Siapa berani yakinkan aku yang cinta adalah bebanan? mari kita berhujjah secara ilmiah. Bagi aku cinta adalah satu anugerah. Hatta setiap degup jantung dan setiap hela nafas kau berfungsi adalah kerana cinta. Saat cinta kau labuhkan pada sesama manusia, saati itu juga yang memberikan kau rasa cinta itu sedang mencintai kau.

Akhir akhir ini, aku kerap kali dalam kerinduan. Aku tak nafikan. Aku tak malu mengaku. Kerana aku bangga dalam kerinduan. Kerana apa? Kerana kerinduan yang dititipkan kepada hati ini adalah kerinduan yang diberikan Allah. Tanpa perkenan Allah, maka kau tidak bisa lagi merasa rindu, tidak lagi mampu merasa cinta dan dicintai. Tulus aku katakan, setiap rindu, cinta dan keasyikan pada dunia adalah kerana pemberian dari Allah. Dipinjamkan sebentar di dalam hati.

Apabila menyedari hakikat kita sedang mencintai dan dicintai, maka hakikat itu harus kita kembalikan kesyukuran atas nikmat itu kepada Allah. Ada yang menyatakan kerinduan dan kecintaan itu suatu yang menyiksakan. Itu bergantung. Bergantung kepada cara kau melayan perasaan itu. Seharusnya, dalam menjalani alam percintaan, kau tidak boleh berenggang dengan Allah. Seharusnya setiap kali kau teringatkan orang yang kau rindui, kau ucapkan syukur. Ucapkan kalimah istighfar. Ucapkan kalimah kalimah yang membuatkan kau dekat dengan Allah.

Kerana Allah lah yang telah meminjamkan rasa itu. Oleh itu, seharusnya kau pasrahkan hati dan meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah untuk sentiasa kekal dalam kerinduan kepada perkara yang kau rindu.

Seharusnya juga, kerinduan kita ini menjadikan kita lebih kuat dan gagah untuk menghadapi hari hari mendatang. Kerana, andai saja kita gagal jalani hari ini tanpa kekuatan dan kita lalui dengan lemah, kita mungkin tidak mampu lagi menikmati hari seterusnya dengan kerinduan yang sama.

Apabila kerinduan kita itu telah kita pasakkan kepada Allah dengan mencari redha Allah, maka insyaAllah Allah akan permudahkan.

"Allah.. Tidak ada manusia atau apa benda atau satu perancangan besar sekalipun mampu halang atas apa yang Allah mahu berikan. Dan tidak ada benda atau satu perancangan besar dan hebat sekalipun mampu beri atas apa yang Allah tidak izinkan. "

Setelah keyakinan kita kuat, maka tawakkal kepada Allah. Kerana kelak, Allah akan berikan satu keputusan dari jalan yang tidak pernah kita sangkakan. Ini adalah bab aqidah. Yakin dengan keputusan Allah. :)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin