Kawan Aku Si Budak Hingusan

Assalamualaikum

Dulu, masa zaman sekolah menengah, aku rapat dengan ramai kawan perempuan. Sebab aku lebih mudah nak dekat dengan diorang memandangkan aku susah nak menundukkan ego lelaki. Selain tu, tak ramai kawan lelaki aku, boleh aku bawak duduk berhujjah dan berdiskusi.

Berbeza dengan orang perempuan, mereka lebih sudi mendengar idea idea pelik aku, dan dalam masa yang sama ego diorang tinggi untuk mematahkan hujjah aku. Di situ aku timbulkan satu diskusi. Dari sibuk dok bincang pasal dunia dan apa benda hiburan mengarut, aku ajak diorang diskusi kebanyakan pasal penindasan, hak orang perempuan dan sebagainya.

Pernah aku bergaduh dengan satu orang kawan perempuan aku ni dalam bab poligami. Dia sangat emosi bila aku cakap poligami ni sapa haramkan atau benci, boleh jatuh rosak aqidah. Dia punya emosi, sampai suruh aku jadi perempuan dan gantikan tugasan perempuan serta ambil semua emosi orang perempuan. Supaya baru aku tahu perasaan perempuan yang kuat cemburu dan sebagainya. Akhirnya aku mengalah dan buat konklusi dalam hati - Allah nak beri pahala, tingkatkan darjat dan syurga atas sebab sabar. Itu benda mudah. Tak boleh fikir :p

Dalam bab hati dan perasaan, aku selalu dengar seorang sahabat aku ni. Aku rasa, dalam banyak banyak kawan perempuan masa di sekolah menengah, aku paling rapat dengan dia. Walaupun kami berbeza sekolah, tapi kami berhubung memalui telefon secara SMS atau kadang kadang dia akan call aku untuk mengadu masalah sambil menangis nangis.

Dia selalu ceritakan perihal masalah hati dan sebagainya sampai last last aku sekali rasa macam nak menangis sebab tak jumpa jalan solusi melainkan minta dia bersabar. Aku tak menangis sebab dia oke!

Masa di tingkatan 6, aku sempat 2 minggu dengan dia. Kami jadi satu sekolah dan kebetulan satu kelas. Aku yang dilabel pak bilal masa di sekolah, sampai kena hentam teruk dengan cikgu dan ustazah sebab ada mulut mulut dok mengata aku selalu dekat dengan dia. Dah rapat, memang la dekat -_-

Ada sekali, kami dalam kelas, cikgu lambat masuk, jadi aku ambil peluang untuk berbual dengan dia dan buat provokasi. Masa sedang seronok bersembang, tiba tiba cikgu sejarah masuk dan terus buat teguran keras pada aku dalam nada menengking. Aku relax buat selamber. Tapi kawan aku, menangis. Aku terus jem!

Kebetulan hari itu adalah hari terakhir aku di sekolah sebab aku nak sambung diploma. Jadi, aku pun mintak maaf dengan cikgu tu dan keluar dari kelas. Masa tu, hati rasa nak marah dan malu juga. Memandangkan aku adalah ketua kelas. Tapi aku biarkan je sebab malas nak fikir.

Aku lepak di kantin sambil bersembang dengan ustaz khairullail sambil makan. Tiba tiba dia datang dengan menangis cakap nak berhenti sekolah. Aku lagi la jem. Sikit punya hal pun nak berhenti sekolah? adehh

Dia minta aku hantar dia balik, dan aku kebetulan bawa kereta masa tu, hantarkan. Tapi tak terus balik. Kami lepak di padang joging dan tunggu dia nangis sampai puas. Lepas tu, aku terus hantar dia balik

Selepas masuk ke kolej, aku dengar dia dapat sambung belajar ke UiTM. Bagus untuk dia. Kami jarang berhubung lagi lepas tu.

Selepas aku bertunang, aku banyak berahsia dan banyak buang kawan perempuan dalam hidup aku. Aku sangat takut kalau kalau tunang aku cemburu. Dan dia yang dah lama aku tak contact, lagi la aku tak contact. Aku maksudkan buang kawan perempuan bukan dengan tidak berkawan langsung dengan diorang. Tapi aku dah tak mulakan untuk berhubung dengan diorang. Dah takde tangan gatai gatai nak mesej dulu tanya khabar sebagainya.

Sebab aku nak jaga hati tunang aku. Benda mudah je. Aku rasa, diorang pun faham. Dan diorang pun ada yang terlebih faham, sampai menjarakkan diri dari aku atas alasan, nanti tunang aku marah. Bagus la. Tunang aku garang tau! hehehehe :p

Tiba tiba, hari ni, dia PM aku kat facebook. Aku pun macam - wahh. budak ni hidup lagi rupanya xD
Aku pun share la pasal aku dah bertunang. Dia dengan selambar kodok je marah marah aku dan akhir sekali cakap - Sudah la kau!

Aku tertanya tanya, apa teruk sangat kalau rahsiakan pertunangan? Kau buang aku sebagai kawan macam tu je? hebat.

Tanak kawan dengan aku? Silakan :)

Garapan Sistem Negara Dalam Berkeluarga

Assalamualaikum

Mudahnya mulut melafazkan kata kata cinta dari seorang pencinta kepada seseorang yang dicintainya untuk dijadikan suami atau isteri. Kata kata yang diucapkan tanpa asas atau perancangan yang rapi, akhirnya akan menjerumuskan diri dalam angan angan melampau yang akhirnya merosakkan tubuh dan merosakkan ibadah.

Tulisan ini adalah muhasabah dan luahan hati aku sendiri bila melihat kawan kawan di facebook yang update status bercinta bagai. Bila aku tanyakan bila nak kahwin atau apa perancangan yang telah kau rancang bagi membolehkan kau menyara sebuah keluarga? jawapan bebal yang aku dapat sangat lah menyakitkan hati.

Bukan bangga diri kerana diri ini telah meletakkan perancangan rapi dalam mengambil tanggungjawab, tapi aku sedih dan kecewa kerana aku membiarkan diri sendiri menjadi pemburu ilmu dalam masa yang sama, aku biarkan orang di sekeliling menjadi mangsa pembodohan masyarakat yang sedang giat aktif berjalan tanpa kita sedari.

Apabila ingin berkeluarga, perancangan melaksanakan sebuah negara haruslah menjadi bayangan sendiri. Benar! Sebuah Negara!

Ahli dalam mahligai yang akan kau bina adalah rakyat dan kau lelaki sebagai suami adalah sebagai pemerintah dalam negara yang kau bina sendiri. Maka haruslah kau merancang secara berhemah dan teliti dalam melaksanakan serta menguruskan hal ehwal negara kau.

Dalam negara kecil yang kau bina, kau tak payah la nak poyo lantik ahli jemaah menteri bagai dalam memerintah. Cukup kau dan isteri menjadi penggerak negara yang kau bina.

Elemen elemen penting dalam mencipta negara kau seharusnya merangkumi elemen sebuah negara. Bab ekonomi dan Pendidikan adalah elemen penting yang wajib dititik beratkan. Jika kau nodai disiplin elemen penting ini, maka, kau sedang membawa negara kau kearah kehancuran dan jangan terkejut jika negara kau akan bergolak oleh rakyat yang mahukan keadilan dan inginkan perut mereka di isi. Mampu kau hadapi?

Ekonomi

Kewangan yang dijanakan kedalam akaun negara kau, seharusnya menjadikan negara tu lebih maju dengan pembangunan akhlak dan menjadi sebuah negara maju. Tidak tersekat hanya sekadar di takuk yang sama sehingga kau pencen dari alam pekerjaan dan mula perlahan dalam menjana kewangan.

Pelaburan luar dan kekayaan dalam kewangan harus dikumpulkan dan dalam masa yang sama, berikan kebaikan kekayaan itu dalam keluarga atau negara kecil yang kau bina ini. Ini untuk kebaikan dan keselesaan bersama. Sanggup kau tengok anak anak kau menderita kelaparan dan kesedihan kerana janaan kewangan kau tidak kukuh? Negara nak kaya, usaha mau lebih!

Pendidikan

Pendidikan sebagai elemen penting. Jika kau tidak mampu mendidik rakyat kau tentang kehidupan, maka kau sudah gagal dalam membina satu generasi akan datang yang akan membawa delegasi cemerlang yang telah kau rencanakan. Anak anak adalah pewaris masa depan. Ayat klise macam ni selalu kau dengar dan laungkan dengan semangat, tapi dalam bab perlaksanaan boleh jadi fail kerana sistem yang salah. Tidak mustahil!

Pendidikan juga seharusnya mengimbangi dunia dan akhirat. Tiada halangan terhadap bidang ilmu. Teruskan membiarkan rakyat anda bijak walaupun lebih bijak dari kau sebagai pemimpin. Jadi kalau taknak anak atau rakyat korang seperti isteri dan anak anak lebih bijak, kau harus lebih bijak dari mereka. Rancang dan rencanakan apa yang telah kau letakkan dalam draft.

Akhirnya secara kesimpulan, matlamat dialam perkahwinan haruslah jelas. Kalau perkahwinan sekadar mahu berseronok atau mengisi ruangan rindu dendam dan percintaan secara halal, maka matlamat belum cukup jelas. Kerana, perkahwinan bukanlah untuk setahun atau sepuluh tahun, tapi insyaAllah hingga ke akhir hayat kita mahukan kebahagiaan dalam berkeluarga.

Hentikan angan angan kosong seperti drama drama melayu yang menjadi alat pembodohan masyarakat. Letakkan matlamat jelas dihadapan. Hidup adalah untuk lengkap melengkapi. Sama sama merancang, sama sama mahukan kebahagiaan dunia akhirat.

Salam sayang~

Sebuah Negara?

Assalamualaikum

Bagi aku, negara islam bukan lah negara yang ada majoriti didalam nya ramai penduduk islam atau majoriti penganut penduduknya adalah beragama islam. Akan tetapi, aku lebih suka fokuskan kepada prinsip negara itu sendiri. Walaupun negara itu adalah negara kufur sekali pun, tetapi ia kena dengan prinsip sebuah negara islam, maka ia adalah sebuah negara yang adil.

Aku tidak pandai untuk bincangkan berkenaan negara islam atau prinsipnya dari sudut maqasid syarieyah. Tetapi aku cuba huraikan berkenaan Institusi dalam sebuah negara islam. Ia berbeza dengan tajuk, tapi sedarilah, ini adalah prinsip asas sebuah negara yang Islamik dari segi perlaksanaan dan perancangan. Ia adalah model, juga mewakili prinsip yang sepatutnya sebuah negara islam itu ada.

Semasa perbincangan bersama Leftenan Kolonel Haji Anas di Bandar Baru Bangi beberapa tahun dulu, ada di terangkan berkenaan model ini. Ia adalah model dari sudut pandang Hizb Tahrir. Samada ia mewakili secara mutlak pandangan HT atau tidak, tidak lah aku ketahui, tetapi ini adalah apa yang diterangkan kepada aku.

Dalam kehidupan manusia, harus ada 2 prinsip iaitu, hablum minallah dan hablum minannas.

1. Hablum Minallah

Berbaik baik dengan Allah. Dari makna yang lainnya, ia adalah satu pendekatan manusia dengan tuhan. Ia adalah satu perintah wajib iaitu terdapat dalam rukun islam dan rukun iman. Antara isi rukun Islam iaitu Solat 5 waktu adalah salah satu cara mendekat kan diri manusia kepada tuhan.

Dalam tempoh 24jam, hanya beberapa minit diperlukan untuk kita menghabiskan waktu untuk mendekat kan diri kepada Allah iaitu dalam solat 5 waktu sehari. Ini adalah wajib. Bermakna, setelah menjalankan 5 waktu ini secara asasnya, manusia telah pun sempurnakan sebahagian prinsip asas islam iaitu, berbaik baik dengan Allah.

Dalam sehari, kita hanya gunakan beberapa minit sahaja untuk dekatkan diri pada Allah. Boleh dikatakan, maksima, adalah 30minit untuk kita luangkan waktu selesaikan solat 5 waktu. Kiraan ini tidak termasuk solat sunat qabliah, Ba'diah dan solat malam.

Jadi di mana kita nak campakkan baki tempoh 24 jam tadi? masih berbaki kira kira 23 jam dan 30 minit.

ianya seharusnya kita masukkan ke dalam hablum minannas.

2. Hablum minannas.

Di dalam urusan harian kita, kita lebih banyak berjumpa dengan manusia. Di sekeliling kita adalah manusia. Jadi, seharusnya berbaik baik dengan manusia ini kita pentingkan juga untuk menjaga keharmonian dalam sesebuah perhubungan

Dalam sesebuah negara, kita harus aplikasikan berbaik baik dengan manusia di dalam konteks fiqh kenegaraan / Siasah Syarieyyah.

Dalam sesebuah negara, seharusnya diterapkan prinsip prinsip asas seperti kewangan, ekonomi, jihad (hubungan luar negara), pendidikan, undang undang, ketenteraan, dan pelbagai lagi.

Kewangan.

Negara akan mencari jalan untuk menjana sebuah perniagaan yang menguntungkan seperti menjalankan GLC dan pelaburan pelaburan luar. Juga boleh membeli saham dalam syarikat syarikat yang menguntungkan dan kewangan akan kembali kepada negara seterusnya kewangan tersebut digunakan untuk pembangunan sebuah negara.

Ekonomi

Ia adalah termasuk dalam bab kewangan. Ekonomi dan pelaburan yang membawa pulangan kepada negara. Penerimaan cukai dari rakyat dan ianya akan kembali kepada rakyat.

Hubungan Luar Negara

Dalam bab hubungan luar negara, adalah amat penting selain memperkenalkan identiti negara sendiri, malah ia turut menyumbang dalam bab ekonomi. Selain menjadi medan dakwah dengan memeperkenalkan wakil wakil negara kepada negara luar, ia dapat menjadi penyumbang dalam jihad serta dapat membantu negara luar dalam kesusahan samada bantuan kemanusiaan atau bantuan ketenteraan.

Pendidikan

Pendidikan adalah satu sistem yang untuk mendidik rakyat dalam sesebuah negara. Sistem yang diperkenalkan juga haruslah merangkumi semua aspek seperti agama, sains, sukan dan pembangunan.

Undang undang

Undang undang adalah satu badan penting yang menjadi satu badan menilai dan mengimbangi ketelusan apabila berlakunya satu pelanggaran sistem.

huraian ini adalah secara umum dan amat ringkas. Ia sengaja aku perkenalkan untuk nota peringatan sendiri. Sebenarnya, apa yang diperkenalkan dalam sebuah negara, boleh juga berjalan dalam diri sendiri. Boleh kita katakan ia adalah sebagai satu jalan memperkenalkan sistem negara secara micro kepada diri sendiri.

Siapa yang paham apa yang aku tulis, boleh la aplikasikan dan manipulasi sendiri sistem ini :D

Ayat Ayat Cinta

Assalamualaikum

Hari ni terasa jerih betul. Awal awal pagi aku tak nampak kesan apa dan seperti biasa ke kelas. Dalam kelas, aku teringatkan kepada timbalan pengarah II kolej aku yang teringin benar nak jumpa aku sejak jari isnin haritu. Ada surat cinta katanya. Surat cinta lah sangat -___-

Lepas zohor, aku terus ke bilik dia dan bersembang berkenaan salah laku yang telah aku buat beberapa minggu lalu. Aku cerita kan keadaan sebenar dan kejadian sebenar. Dia kemudian memberikan aku satu laporan bertulis yang telah ditulis oleh Timbalan Pengarah I kolej.

Pada awal laporan, memang aku akui sama seperti cerita yang telah aku ceritakan pada semua orang termasuk umi, ayah, tunang, adik beradik dan semua la. Tapi terasa perit betul bila baca di akhir laporan satu tindakan aku yang tidak aku lakukan. Malah dicatat disana sebagai biadap dan keterlaluan. Hancur hati umi dan ayah kalau baca laporan tu. Disangkakan aku anak soleh, rupanya soleh-asal-boleh. Itu pun kalau diorang tak dengar cerita dari mulut aku dan terus percayakan laporan tu bulat bulat.

Perasaan aku masa dalam bilik Timbalan Pengarah II adalah sangat tidak keruan. Aku beritahu yang laporan itu bertentangan dengan apa yang berlaku. Aku beritahu juga yang aku sendiri punyai 2 orang saksi bersamaku. Aku dinasihatkan untuk membuat surat penafian pada pertuduhan itu.

Tiba saatnya aku tanyakan apa hukuman yang bakal aku terima. Aku dikhabarkan, aku bakal digantung diturunkan semester. Sekarang aku berada di penghujung semester 5. Bererti, aku akan mengulangi semua silibus latihan dan praktikal dalam semester 5. Ini aku kira sebagai lebih biadap dari laporan biadap tadi T__T

Aku tak bertambah resah dan marah. Nak je aku buat amukan sebagaimana jebat dulu mengamuk di istana. Tapi aku berlagak tenang dan memberikan hujjah menikam Timbalan Pengarah II. Tiba tiba dia diperlukan di pejabat. Aku ambil kesempatan itu untuk berikan mesej pada umi dan tunangku. Aku mohon mereka doakan aku supaya aku terus sabar. Dalam hati, aku takkan sabar dah! Aku akan buat amukan ni sampai kepada Dato setiausaha!

Tiba tiba umi telefon, aku jawab dan beritahu keadaan semua. Umi nasihatkan aku dengan berhemah. Tapi dasar anak lelaki yang amarah kuasai diri, aku cuma menangis dan mengiakan apa umi cakap. Tapi hati aku masih lagi dengan niat yang sama.

Tiba tiba untuk kali ke dua

"Tenang. Tak apa afif. Afif dah ambil wudu'? Dah dhuha? dah mengadu pada Allah? dah baca ayat ayat cinta dari Allah? Tunangku, pasti ada hikmahnya nanti. Tenang ya bakal suamiku. Sujud dahulu pada ilahi. Ini dunia sementara, jangan mudah kecewa, jangan mudah membara :) senyum itu lebih indah buatmu. Lepas 30minit, afif fikir semula apa yang perlu dilakukan ya. Sekarang senyum dulu. Allah telah merancang sesuatu yang terbaik buatmu jika kamu bersabar."

Mesej dari tunang aku

Aku tak dapat tahan air mata yang tadi keluar sikit sikit terus laju keluar. Aku tertunduk di hadapan meja timbalan pengarah. Nasib dia tak ada kerana ada urusan di pejabat.

Aku lekas balas mesej tunangku. Dan lekas seka air mata. Aku bagaikan disuntik satu semangat dan kekuatan. Aku terasa sungguh berdosa kerana biarkan emosi dan amarah menguasai aku.

Atas kes ini, aku jadi teringat beberapa ayat ayat cinta yang pernah aku baca. Membuatkan semangat aku kembali melonjak. Dan semangat aku meredhai perbuatan dan tuduhan orang pada aku.

 "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?
Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia (Allah) mengetahui orang yang dusta."

[Al-Ankabut : 29:2-3]

"Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kua
sa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan......."
[Ali Imran : 3:26]
Tawakkalku semakin kuat. Usaha aku semakin hebat. Tidak berhenti di sana. Aku kuatkan langkah kaki. Mengasak mereka dan berikan mereka erti kebenaran. 
Sekarang, kes sudah jadi tertangguh. Menunggu keputusan yang baru. Doakan aku. Moga saja kebenaran tetap benar dan terbukti benar. Kebatilan tetap batil dan terbukti batil. Allah lebih tahu :)
Terima kasih tunangku. Allah hantar mu pada ku tidak sia sia. Bukan aku menafikan usaha umi. Tapi terkadang, kita sebagai anak, inginkan satu suara dari luar yang membuat kita semakin kuat dan semangat. Moga Allah satukan kita. Moga syurga itu tujuan kita :)

* Umi post kat wall facebook aku. - "Pada saat manusia membenci mu tanpa alasan yang jelas, Ingatlah! Allah tetap menyayangi mu tanpa syarat"

Kata kata membuktikan kasih sayang. Hari ini aku semakin kuat :)

Didikan Ayah siri 3

Assalamualaikum

Kata ayah, bila kita belajar untuk susah, kita akan sentiasa bersyukur bila senang. Ayah ajar kami dengan kesusahan. Tak pernah ajar kami dengan kemewahan. Dek kerana itu, kami anak anak ayah tak malu untuk buat apa yang kami tahu ianya adalah halal. Dek kerana itu, kami tahu serba sedikit dalam mengawal masalah dikala dalam kesusahan.

Kami diajar kutip tin tepi jalan. Itu yang ayah buat masa muda. Masa tinggal dengan ayah mertua nya iaitu arwah tok ayah. Ayah mengutip besi dan menjualkannya. Sampai orang cakap menantu tok ayah kaki kutip dan tak ada masa depan. Menantu tok ayah memalukan keluarga dengan mengutip sampah.

Arwah tok ayah malu sendiri. Yelah. Arwah adalah seorang imam besar di masjid Prai. Tapi, menantu nya macam sampah masyarakat kerana suka mengutip sampah di tepi jalan. Mengutip tin dan besi.

Mereka lupa agaknya, bila kita mengutip besi dan tin, bukan saja dapat menjaga alam sekitar, malah dapat menjana kewangan sendiri.

Perkara ni terbukti bila aku kembali ke bukit tengah rumah arwah tok ayah pada waktu musim cuti. Masa tu, aku lihat orang sekitar jalan pengkalan juga rancak mengutip tin dan besi di tepi jalan. Sampai ada di kedai kedai makan mereka membincangkan berkenaan pendapatan mereka hari itu. Agak lumayan. Sehingga, ada yang sanggup mengorek tanah untuk dapatkan besi. Ada yang sanggup pecah masuk bengkel bengkel lori dan kereta untuk dapatkan besi. Sedangkan 10 tahun atau 20 tahun sebelumnya, orang yang sama melabel ayah sebagai sampah masyarakat. Ini manisnya bersabar dengan prinsip :)

Apa yang ayah ajar, mengutip dan membersihkan alam, membuatkan kita hidup dengan pendapatan sendiri berbanding meminta derma dan menagih mengharap bantuan orang lain. Logiknya mudah, bila kita kumpul barang barang recycle, kita jualkan di pusat kitar semula, kita dapat duit. Mudahkan?

Sebab tu, pendatang pendatang luar, boleh hidup bila datang ke Malaysia. Diorang tak malu untuk kutip besi, tin, surat khabar lama dan lain lain untuk dijualkan dan peroleh pendapatan sampingan. Kalau rajin sedikit, mereka boleh jadikan pendapatan bulanan kalau duitnya mereka kumpul. Dan gaji dari hasil kerja, mereka hantarkan ke kampung untuk menampung keluarga di sana

Terbukti! Ayah ada seorang pekerja indonesia yang sangat rajin bekerja. Parto namanya. Dia adalah seorang yang rajin bekerja. Bukan saja pandai bertukang membuat rumah, tapi kerja kerja kebun dan tanaman juga parto pandai. Parto yang banyak membantu ayah dalam merealisasikan tanaman rozel di tanah ayah di Pulau Indah. Parto yang bertanggungjawab membina batas, menyiram tanaman yang hampir 3 ekar luasnya. Dan selepas waktu kerja, parto akan membawa motor honda c70 yang ayah belikan untuknya dan bayarannya dipotong dari gaji parto. Parto akan bawa motosikal itu dan melalui jalan jalan di kampung melayu pulau indah,

Bukan berjalan cuci mata, tapi jalan jalan cari rezeki. Mana saja kelibat tin dan besi, parto akan kutip dan kumpulkan. Wayar wayar tembaga yang dibuang orang, parto akan ambil dan buangkan bahagian plastik yang membalut wayar dan menggulung tembaga nya. Setiap hujung bulan, parto akan menjualkannya. Itulah duit makan dan duit minyak parto. Gaji kerja dengan ayah? Parto akan hantar duit tersebut ke kampung.

Dikhabarkan, parto memiliki sebuah rumah banglo bersaiz 60x70 di kampungnya Indonesia. Parto juga ada 2 orang isteri di sana. Termasuk yang ada di Malaysia, Parto ada 3 orang isteri. Anak anak, aku kurang maklum. Tapi kebanyakan anak perempuannya, akan diberi kahwin dalam usia yang muda untuk mengurangkan tanggungan. Hanya dengan bekerja dengan ayah dan mengutip tin, keluarga parto dan parto sendiri senang lenang samada di Malaysia ataupun Indonesia.

Banyak dari kita hari ini terlalu memilih kerja dan beralasan dalam melaksanakan tugasan kita. Akibat terlalu memilih, maka ramailah anak muda atau graduan universiti yang menjadi penganggur dan mengharapkan belas ehsan ibu bapa sendiri walau usia telah mencecah 25 tahun. Sangat malu.

Siapa yang hidup di Malaysia, tapi masih susah, adalah perkara yang menyedihkan - Ayahanda Nasir Sahlan :)

Luka Seribu Rindu

assalamualaikum

telah terkhabar satu kisah duka
dari tanah hati di sudut tubuh
seakan gagal berfungsi sifatnya
meraih segala duka
menikam hati tanpa bicara

Merintih tanah itu tanpa suara
hanya air mata yang keluar di sisi wajah
mencermin duka
mencermin tidak tertahan lagi derita
duka itu dibiarkan
disapu dengan kekuatan

Jauh terpisah jarak
lambat terpisah waktu
halal yang panjang
tersekat dalam perjalanan
menanti kesudahan sebuah janji
meratap dengan puisi

Jauh itu dekat katamu
Doa itu penghubung kata ku
Itu belum penanda kesudahan
dalam lemas rindu dihadapan
sedang halal itu juga bukan penutup
kepada janji bertaut
kepada masa tersangkut
hingga nyawa putus
tiada lagi mulus

telah tersandar doa
telah menangis wajah
telah terluka hati
janji masih sepi
masa itu pengikat
Ruang membuat buntu
Sedang Allah jua lah penentu

Hakikat kehidupan yang semakin tenat
Dan tubuh sudah tidak kuat
menahan kerinduan yang melarat
saat luka menjerat
pedih terasa
sungguh memahat :'(


Salam Kerinduan dariku

Didikan Ayah Siri 2

Assalamualaikum

Pernah satu ketika bila tiba musim cuti sekolah, ayah kerahkan aku dan adik berniaga habis habisan. Aku dan adik akan ikut ayah ke tempat kerja dan kami akan masuk ke setiap pejabat dan menjual kerepek kerepek yang dibungkus kecil oleh umi. Kami akan target untuk 3 waktu iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan petang iaitu pada waktu orang sedang lapar.

Mula mula memang rasa bebal dan rasa nak lawan ayah. Kenapa anak anak orang lain boleh happy happy dapat PS2 atau PS3 dan seronok main di rumah, tapi kami anak anak ayah kena buat kerja ni? ayah tak ada duit ke nak bagi kami makan?

Persoalan tu aku biarkan. Kadang kadang sampai menangis sendiri bila ada kawan kawan ayah yang tegur, "kau budak sekolah, kau patut sekolah. Bukan tanggungjawab kau cari duit". Diorang seolah olah membela sebagai hati kecil aku yang memberontak untuk tidak mahu mencari duit di usia muda. Tapi hakikatnya, aku tidak mampu menjawab ketika itu.

Seawal pendidikan tadika, aku dan adik diajar untuk berniaga. Tapi bila darjah 5 atau darjah 6 aku nak buang sifat berniaga ni? tak mungkin.

Aku lawan perasaan memberontak. Aku katakan yang ayah ada sebab tersendiri minta kami begitu.

Pernah satu ketika, kami anak anak ayah dikerahkan untuk kutip tin di tepi jalan, kutip surat khabar lama di rumah orang. Sampai jiran jiran seusia aku memanggil aku budang pungut. Dek kerana kerja memungut apa yang dibuang orang. Masa tu aku sudah cukup matang dan tahu menghargai duit. Jadi aku sedikit tidak kisah dengan sindiran kawan kawan.

Kata umi " orang yang mengata tu, diorang anak orang kaya." . Jadi aku anak orang miskin? heh~

selagi aku kisahkan apa kata orang, selagi tu aku masih di kongkong. Jadi aku tak pedulikan.

Ramai jiran jiran yang menelefon ayah meminta aku dan adik datang ke rumah dan mengambil surat khabar lama yang dah menimbun di dalam stor mereka. Aku akan kutip dan ikat. Kami kemudian akan bawa hasil kutipan tadi tidak kira surat khabar atau tin dan di jual di kedai recycle. Berhasil.

Sehinggalah pada satu hari, budak yang pernah memanggil aku budak kutip, dia juga mengutip tin di tepi jalan -__-"

Pada saat itu, dia juga menjadi peraih surat khabar lama di kuarters kami dan dia juga menjadi pesaing kami anak anak ayah dalam jalankan projek barang recycle. Pada waktu tu, dalam hati aku sengih besar. Kejayaan! Dulu dia mencemuh, sekarang dia jilat balik ludah dia. Kah kah kah

Pernah satu ketika, waktu aku dalam tingkatan 5, aku menjadi driver ayah dan bawa ayah ke teluk intan. Ya! Kampung ayah di sana. Dalam perjalanan, ayah nasihatkan aku, kata ayah, ayah nak anak anak ayah pandai berniaga sebab ayah tahu hidupnya tak lama. Dia nak anak anak dia tahu untuk cari duit sendiri, dan tidak meminta atau merayu simpati pada orang lain bila ayah dah tak ada. Aku menangis dalam hati dengar kata kata ayah.

Itu adalah satu jawapan yang aku cari sejak aku kecil. Jawapan kenapa harus aku berniaga? kenapa aku tidak boleh jadi seperti anak anak normal yang lain?

jawapan ayah buat aku muhasabah

maaf. cerita aku agak terabur. Otak sedang merindui memang begini barangkali~

Falsafah Tok Tam

assalamualaikum

Kembara utara telah membuatkan aku kembali bertemu dengan orang orang lama yang dulunya sangat rapat dengan keluarga aku tapi setelah kami kena berpindah ke klang, jadi kami telah lama juga terputus hubungan.

Akhirnya, kami kembali bertemu dengan keluarga angkat ayah. Tok tam.

Arwah tok tam yang perempuan (aku tak tau nak sebut nek tam atau apa?) sudah hampir 2 tahun meninggal. Sewaktu dikhabarkan pemergian nya, ayah tak dapat balik ke perlis kerana urusan kerja yang menimbun. Dan kini, kami kembali dan bertemu waris waris serta tok tam lelaki ( aku memang panggil tok tam :D)

Tok tam adalah ayah angkat kepada ayah. Sewaktu mula mula ayah menjejakkan kaki di perlis, ayah hidup dalam kekurangan. Tiada tempat mengadu dan sangat susah. Ayah akhirnya bertemu dengan mak angkatnya (arwah) yang banyak membantu ayah dalam khidmat nasihat dan kewangan. Ayah juga sangat rapat dengan anak anak tok tam.

Rumah tok tam agak jauh dari rumah lama kami di padang besar. Dan setiap hujung minggu, ayah selalu ke rumah tok tam. Mungkin kerana layan tok tam hampir sama dengan layanan seorang ibu kepada anaknya. Ayah sangat rapat dengan tok tam dan selal bercerita pengalaman dan meminta nasihat. Ayah juga selalu bawa kami anak anak ayah.

Masa zaman aku mengenali dunia, lebih kurang umuran di PASTI dan sekolah rendah, kami sudah sedikit senang. Bukan kaya, tapi tidak lagi sesusah masa ayah mula mula menjejakkan kaki ke perlis. Jadi aku pada waktu itu, tidak nampak banyak sebab kenapa ayah kerap mengunjungi keluarga tok tam dan menganggap mereka keluarga.

Sehinggalah sewaktu aku di tingkatan 3, ayah lari kembali ke Perlis atas sebab tak tahan tekanan orang atasan yang menukar tempat kerja nya sesuka hati. Dari Pelabuhan Klang ke depoh tahanan Semenyih. Ayah rasakan penukaran itu tidak wajar dan sangat jauh dari rumah dan tanah ayah di pulau indah yang ketika itu sedang mekar dengan tanaman rozel.

Ayah tidak lari ke teluk intan, tapi sebaliknya ke Perlis. Ayah mencari abang Din iaitu menantu Tok Tam. Ayah duduk di sana lebih sebulan (singat aku). Dan pada waktu cuti, aku naik bas dari klang untuk menjejak ayah di perlis.

Ayah tinggal dengan Pak Din (panggilan aku pada abang din) (Pak Din juga sudah arwah. 1 bulan sebelum arwah tok tam meninggal ) . Pak Din adalah seorang peraih buah mempelam dan arwah juga memiliki sebuah bot nelayan yang sederhana besar.

Dari arwah pakdin, aku dan ayah belajar macam macam perkara mengenai perniagaan buah. Dari mengenal buah yang elok sehingga mengenal buah rojak (kurang kualiti). Orang ramai akan menghantar buah mempelam yang dikait mereka kepada pakdin. Dan pakdin akan menjualkan buah yang telah dikumpulkan dan di kelaskan mengikut jenis jenis, dan akan di hantar ke kilang di Ipoh.

Pakdin seorang yang tidak kedekut ilmu. Apa sahaja yang membuat duit, pakdin sentiasa ambil peluang. Apa saja ilmu yang pakdin ada, pakdin turunkan pada kami. Mungkin kerana, ayah aku telah dianggap seperti adiknya sendiri.

Kembali kepada cerita Tok Tam.

Setelah arwah tok tam perempuan meninggal, tok tam lelaki kini berkahwin baru. Perempuannya tidak lah terlalu tua. Dan tidak juga terlalu muda. Prinsip yang dia ajarkan pada aku sewaktu kami bersembang 4 mata, dia katakan yang perempuan yang dia baru kahwini, adalah seorang yang rajin. Bukan anak dara, tapi adalah seorang janda. Pandai memasak dan tahu merendah diri. Sama macam arwah toktam perempuan dulu.

Nampak?

Perkahwinan baru nya masih tidak lari dari prinsip yang dia pegangi.

1. Harus mampu membantu dalam susah dan senang
2. Tahu merendah diri.

Dan perkahwinan yang dia cari, masih tidak melupakan arwah isteri lamanya. Kerana itu, dia masih memuji arwah isterinya dan mencari pengganti serupa dengan arwah isterinya. Dalam berkahwin juga, dia telah membantu seorang janda yang kematian suami. Hebatkan?

Cubaan Yang Bagus

Assalamualaikum

Baru dapat online di laptop setelah beberapa hari aku jadi runner dan bodyguard kepada abang. Berniaga emas dan mula kembali melangkah dalam dunia perniagaan. Masih belum habis penat, sentiasa saja ada tugasan baru.

Tapi bebanan kerja itu mengajar aku. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Cliche kan? peduli la..

Dan dan dan....

Seminggu ni juga aku gagal untuk berhenti hubungi tunang aku. Ini telah melanggar perjanjian damai diantara kami. Sepatutnya hanya seminggu sekali iaitu pada hari jumaat.

Dan disebabkan satu minggu ni sangat padat dengan jadual tersendiri, dengan perjalanan musafir jarak jauh, aku sering saja berhubung. Aku tidak tahu samada si dia selesa dengan amalan macam ni. Tapi firasat kuat mengatakan yang si dia tidak selesa. Aku pasti kerana dia yang mulakan untuk kami sama sama menjaga ikhtilat.

Aku rasa, sudah sampai masanya untuk aku tegas dan tegas kuasa dua dalam menjaga ikhtilat ini. Sebelum ni, aku kuat. Tapi disebabkan ada beberapa faktor, aku sendiri akhirnya layu. Layu yang sudah hampir hukumnya gugur tak mekar. ohh

Apa saja yang cepat rasa bahagia, semuanya adalah ujian. Kegembiraan satu hari yang panjang, pasti akan menangis di malam hari akibat kesedihan. Aku sangat takut dengan ujian ini. Paling aku takut, kegembiraan dan kebahagian yang aku rasakan sekarang adalah sekadar istidraj. Sangat bahaya!

Bab Rindu

Aku tahu kau ada perasaan yang serupa. Merindui pencinta kepada apa yang dia cintakan adalah fitrah. Jadi apabila tekanan datang dan soalan soalan pelik diajukan, tolong fikirkan pada tahap yang panjang sebelum menghukum aku. Kerana, aku jarang berikan sebab atas apa yang aku buat, tapi aku tahu rasionalnya. Cuma, sentiasalah tegur. Jangan pernah penat untuk tegur. Jangan pernah berhenti untuk tegur.

Sebab kadangkala, aku sendiri hanyut dan lalai. Manusia jenis apa tak lalai? Jadi, teguran itu adalah kunci kejayaan dalam hubungan. InsyaAllah aku takkan anggap teguran dari siapa siapa pun adalah sebagai balasan sangkaan buruk. InsyaAllah kita sama sama ada sifat bersangka baik.

InsyaAllah. Minggu depan, aku akan semakin kuat. InsyaAllah minggu depan, aku akan semakin tabah. :)

Cahaya itu tidak pernah malap. InsyaAllah semakin menyinari. Terima kasih tunangku :)

Biawak Di Tepi Tasik

Assalamualaikum

warkah telah ku terima,
moga balasannya bermanfaat juga :)

Tunang ku adalah seorang muslimah hebat. Bukan kata aku sorang. Tapi kata kata yang aku petik dari sahabat, kakak, adik dan lain lainnya.
Aku sendiri kadang kadang berasa sangat tidak layak berada di tempat aku sekarang. Boleh mengalir juga air mata bila memikirkan benda sengal ni

Aku ceritakan semua masalah aku pada adik. Dia pendengar yang setia. Aku ceritakan pada dia semua! semuanya!

Termasuk kisah sahabat yang kononnya redha tapi di belakang mengungkit ngungkit dan sebagainya. Aku tak pernah ceritakan semua ni pada tunangku. Aku tak mahu rosakkan hubungan kami dek kerana biawak biawak yang hanya menjelirkan lidah di pinggir tasik.

Aku sukakan diskusi. Jadi bila bercerita dengan adik, aku jadikan seolah olah diskusi. Maka akan keluarlah idea, dan sebagainya untuk aku menjaga hubungan pertunangan ini dan mengawal masalah. Aku tidak meletakkan diri aku dalam posisi mudah dan bahagia. Langsung tak ada! sebab terlalu selesa dan perasan bagus ni akhirya akan membunuh aku dan membuatkan aku jadi manusia yang ada secebis ilmu, tapi tak pernah merasa syukur dengan nikmat dari Allah.

Ada hikmah aku rahsiakan kisah ini, sebab utama adalah aku tak mahu masalah atau mana mana manusia mengganggu hubungan yang baru kami mulakan. Kalau masalah macam ni pun tak boleh handle, macam mana aku nak handle batang tubuh aku, isteri aku dan anak anak aku bila tiba saatnya nanti?

Jadi ini yang dikatakan biawak dari dalam tubuh kita. Buangkan sifat biawak yang menghalang kita untuk maju. Jangan cakap ilmu pandai, tapi bab praktikal, haram jadah mengungkit.

Aku tak ingin burukkan sesiapa. Aku tahu, setiap orang ada level pemikiran mereka. Dan aku akui, aku masih rendah. Dan disebabkan rendah, aku selesa dengan rasa tahu bersyukur. Malas sembang lah. Lagi cerita, lagi buat aku rasa nak tumbuk orang.

Sebab apa? Sebab katanya redha, tapi masih tolak aku sebagai kawan. Katanya redha dan mahu menyendiri dari dunia luar. Tapi masih kau berhubung dengan orang orang tertentu. itu sikap double standart apa jenis tu? Katanya redha, tapi mengungkit.

Jujur aku kata, ini lah yang aku kategorikan biawak biawak di tepi tasik. Balas lah apa kau nak balas. Aku sikit tak peduli dah. Hujung tahun depan, aku tetap akan ke sana. Jumpa atau tidak, aku dah tak peduli. Support tempat tinggal atau tidak, aku ada duit sendiri. Support makan minum atau tidak, aku tahu jaga diri. InsyaAllah. Aku ada perancangan besar yang lebih dari ini.

Didikan Ayah Siri 1

Assalamualaikum

Sejak kecil dulu, ayah telah mula mendidik kami anak anak dia dengan satu ilmu perniagaan yang aku yakin, tak ramai ibu bapa berani ambil tindakan gila ni. Ayah bekerja sebagai seorang penjawat awam. Ada gaji tetap dan rasanya mampu untuk laburkan pada anak anak dia dengan kesenangan. Kesenangan merujuk kepada, apa yang anak dia mahukan, ayah mampu berikan. Tapi, ayah tidak ambil pilihan tu malah sebaliknya, dia mendidik kami anak anak ayah dengan cara yang gila.

Ayah minat berniaga. Dari kecil, ayah didik kami dengan berniaga. Dulu, ayah ada belikan umi oven besar gabak yang macam Eye On Malaysia versi panas membakar. Dan umi akan buat kek pisang, roti roti sosej, dan macam macam jenis roti. Dan ayah sebagai pegawai pemasaran. Ayah akan pasarkan di kantin kantin di kilang kilang dan ada yang ayah akan jual sendiri

Apa yang ayah jual sendiri, ayah akan pimpin tangan aku dengan adik untuk ikut ayah berniaga. Dulu umi ada buat kek pisang dan ayah akan jerit "Quai Kek!! Quaii Kek" maksudnya kek pisang dalam bahasa thai. Ayah akan bawa kek pisang dalam bakul dan bawa kami pusing pusing di medan arked niaga di Padang Besar. Ayah sebenarnya, bukan saja mengajar kami berniaga dan membuktikan yang kalau di Malaysia, hidup meminta minta, sangat sedih dan dalam masa yang sama, ayah mengajar kami untuk bergaul.

Habis semua orang ayah bergaul. Pengajaran paling utama yang kami dapat adalah berkenaan layanan sama rata pada setiap manusia. Asalnya niat adalah untuk melariskan perniagaan. Kerana kalau dah baik dengan semua orang, maka orang tak banyak karenah kalau nak beli barang yang kita jual. Tapi lama kelamaan, amalan ni jadi kebiasaan dan ini lah sikap kami sehingga hari ini.

Sehinggalah bila ayah ditukarkan ke Klang atas sebab karenah birokrasi politik, perniagaan ayah di Padang Besar terhenti. Kami, ayah tinggalkan hampir setahun kerana ayah pindah dahulu ke Klang. Dalam tempoh setahun, macam macam kerja kami buat. Setiap minggu, umi akan bekalkan kami Rm1 untuk beli makanan di pasar malam berdekatan dengan rumah di Kampung Batu 20, dan selalunya kami akan beli makanan yang kami teringin nak makan seperti laksa dan sebagainya. Aku selalu beli laksa sebab makan kegemaran aku adalah laksa!

Tapi, disebabkan dah terbiasa berniaga, satu hari aku dengan perangai gila gila, beli satu keping stiker jenama jenama terkemuka. Dalam sekeping stiker tu pula, ada lebih kurang 10 stiker kecil lain lain jenama. Antara jenama top dulu seperti Nike, Adidas, Puma dan lain lain. Aku bazirkan duit belanja hujung minggu yang takkan umi berikan lagi untuk modalkan berniaga.

Aku bawa balik sekeping stiker tu, dan aku potongkan setiap jenama yang ada dengan corak corak menarik. Aku jadikan pelbagai saiz. Jadi dari sekeping stiker besar, aku telah dapat hampir 10 stiker kecil berlainan jenama dan saiz. Esok nya aku bawa ke sekolah dan tunjukkan pada kawan kawan. Alhamdulillah. Ramai kawan kawan beli dan jualan kali pertama habis. Sekeping stiker kecil tu aku jual 20sen -30sen bergantung saiz. Dan hari pertama, aku telah untung bersih hampir Rm2. Keuntungan 100%. Kerana aku bermodalkan hanya Rm1. Dan aku dapat semula Rm3. Ditolakkan modal Rm1, maka aku untung bersih Rm2.

Bermula dari itu, aku mulakan perniagaan sengal ni tanpa bimbingan siapa. Minggu berikutnya, aku beli lagi dan masih jualkan pada kawan kawan. Tapi hanya mampu bertahan untuk 3 minggu sahaja. Sebab kawan kawan sudah mula bosan dan dah tak tahu mana nak tampal stiker tu. Sebab bahagian tepi meja diorang dah mula penuh.

Jadi aku tukar strategi, aku dah tak beli stiker jenama pelik tu. Tapi sebaliknya aku beli stiker karakter kartun. Aku laburkan Rm3 sekaligus untuk stiker dan aku masih ulang benda yang sama. Potong setiap stiker kecil. Disebabkan aku ni pelik dan selalu berbeza dengan orang lain, kartun kegemaran aku juga berbeza dengan orang lain. Waktu tu tengah top dragon ball. Tapi aku tak minat, aku ambil watak power rangers. Hasilnya, kerugian. Tak ada orang nak beli. Modal lebuh, untung tak nampak.

Tidak berhenti di situ, selepas kami berpindah ke Klang, ayah ajarkan kami untuk belajar cari duit sendiri. Bukan meminta. Sebagai contoh, nak beli buku sekolah, baju sekolah dan sebagainya, ayah tidak terus beli. Tapi ayah akan belikan satu bungkus besar 10kg kerepek pisang, dan umi akan bungkuskan dalam pek kecil untuk di jual sebungkus Rm1. Dan apa yang ayah pernah ajar kami waktu kami masih hingusan, kami ulang semula cuma bezanya, kali ini tanpa bimbingan tangan ayah lagi. Kami bererak sendiri.

Ayah akan bawa kami ke pejabatnya dan kami akan ke pejabat pejabat sekitar dan jualkan kerepek. Ayah ajar waktu waktu strategik untuk mula menjual. Dan alhamdulillah! Kami mampu beli baju sekolah, buku sekolah, bayar bil eletrik rumah, bil air, dan macam macam. Semuanya hasil dari jualan. Umi sebagai akauntan akan beri kami komisen dan kami akan gunakan duit itu untuk belanja. Daripada 10kg kerepek, mampu bayar macam macam. Untungkan?

- Akan Bersambung -

Anak Buah Ayah Cik

kacak tak saya? xD
Nama Saya Nabeeha. Saya budak manja dan kerek. sekian~


 Assalamualaikum.

Ahli baru dalam keluarga kami bertambah lagi. Bermula dengan Nur Nabeeha anak kak cik dan sekarang Arrazi anak akak Nurul.

Ye awak. Arrazi.

kenapa bukan fatih? Sebab kakak tiba tiba berubah hati dan taknak berikan nama Alfatih tu. Tapi jangan risau. Saya tetap bangga panggil Arrazi sebagai Fatih. Sebab kali pertama saya jumpa Fatih, dan sebutkan nama Fatih, dia tersenyum. Senyuman yang boleh menggegarkan jiwa. Senyuman dia saja buat hilang semua keletihan, rasa nak demam dan segala penyakit yang ada sebelumnya.

Mungkin boleh diberikan pada pesakit kencing manis dan darah tinggi. Moga ada kesembuhan pada mereka :p






Kak Long melawat Adik dia baru lepas keluar labour room :D

Si kuku runcing Fatih @ Arrazi - Ada bakat main gitar macam ayah cik dia :)

Sedang dicukurkan rambut oleh Tok Njang :)

Fatih baru keluar labour room

Nur Nabeeha - Manja itu sifat saya. Kau jangan nak mengada ngada tak mau layan!

Yunabeehalis Zaraii~

Model gigi takda~

Nur Nabeeha - Pelakon watak mengada ngada manja. Bila menangis, masuk kereta, kompom ketawa balik -__-"

Pak Lang Faiz dan Ayah Fatih ( Ayah Wan) baru gilir gilir azankan :)

Pak Lang Faiz belikan baju besar x)

Ini totally bukan anak anak wa hokey!

Derita Merindu

Assalamualaikum

Rindu

Derita

Rindu

Masih derita

Rindu

Bersabar lah duhai hati. Jangan terlalu di fikirkan. Kelak binasa badan

Harus Tegas

Assalamualaikum

Tegas bukan bermaksud berkeras. Tapi ia ada banyak cara untuk expresi kan sikap tegas.

 Ada orang gunakan kekerasan secara mutlak untuk buktikan yang dia adalah seorang yang tegas. Jenis macam ni tidak pernah beri muka pada orang lain dan kononnya berprinsip.

 Ada orang gunakan kelembutan untuk expresikan sikap tegas. Selalunya banyak menggunakan bahasa sarkastik secara halus dan terkadang bahasanya sarkastik tahap kasar yang di sampaikan dalam cara lembut.

Ada orang tidak mampu tegas langsung dan hanya menurut hingga akhirnya nanti dia sendiri tertekan dengan pilihan yang dia buat. Pilihan yang tidak mampu bertegas. Bertegas dengan prinsip dan sebagainya. Orang macam ni selalu bercakap belakang dan merungut. Bila masalah terkumpul dan dah bertimbun, masa tu baru nak meletup dan ungkit sejarah lama.

Ada orang cuba buktikan yang dia tegas dengan tidak senyum dan tampak kan diri garang. Orang macam ni selalunya akan tertekan dengan diri sendiri juga akibat orang ramai ramai akan pulaukan dia. Masa tu dia akan jadi kesepian dalam menghadapi dugaan :p

Ada orang suka ambil tahu hal orang lain dan kritik orang lain untuk membuktikan yang dia adalah seorang yang tegas dan ada prinsip. Prinsip dalam menimbulkan salah orang dan tenggelamkan salah sendiri barangkali.

Ada orang suka bercakap tegas sepertinya dia tegas tetapi sebenarnya keras lidah dari tulang. Lidahnya saja yang bekerja tetapi tindakan dia langsung tidak tegas. Orang macam ni kita panggil sebagai 'cakap tak serupa bikin'. Akan kelaut juga barangkali.

Ada orang tidak bercakap, tetapi menunjukkan hasil kerja yang membuktikan dia ada prinsip dan tegas dengan prinsip. Orang macam ni kita panggil 'diam diam ubi berisi'. Kalau dia seorang penggali kubur, maka cangkulnya tidak pernah karat kerana sering saja digunakan.

Ada orang suka menaip dan mengkritik orang tanpa reflek diri sendiri. Kononnya orang itu harus begitu dan begini, tapi diri sendiri pemalas dan suka melingkar atas katil dari keluar makan dan sanggup sakit perut kena serangan gastrik update blog sebab takda mood nak makan. Alasan bodoh yang dia selalu beri, sebab tak dapat text dari tunang. Orang macam ni kita jangan layan. Sebab suka susahkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain. Dah la mengada ngada. Konon konon nanti tunang dia nak mesej dan paksa makan. Pastu baru dengan tersenyum girang nak melangkah cari makan. Orang ini patut saja kita biarkan dia mengerang kesakitan atas katil dan mati kebuluran. Biarkan dia!!

Biarkan Aku Pergi

Assalamualaikum

makin kerap aku berusaha meninggalkan dunia jahil, semakin kerap itu juga ia masih kembali mengejar aku. Dan semakin aku terasa ingin kembali ke dunia jahil, saat itu juga aku terasa kematian semakin hampir menjemput. Saat itu juga aku terasa sangat berdosa dengan masa silam. Terasa sangat berdosa. Sungguh!

Apakah Allah sudah menerima taubatku? Apakah saat kematian menjemput itu iman ku masih lagi tipis dan kedudukan aku di sisi Allah masih dalam keadaan hina? Sungguh galau perasaan ini.

Aku tidak sanggup lagi menghadapi perasaan ini. Sungguh berat. Biarkan aku pergi. Terus saja ke sana. Mungkin saatnya sudah tiba :'(

Sekadar Yang Aku Mampu

assalamualaikum

Hari lahir kau? nak hadiah? cakap je hadiah apa kau nak. InsyaAllah :)

nak handphone baru? nak lappy baru? nak kereta nissan GTR? nak Honda CBR? insyaAllah..

InsyaAllah malam ni aku terjaga dari tidur dan qiam. Masa tu nanti aku doakan moga Allah mudahkan kau dapat semua yang kau nak.

Bila kau ada impian, kau ada matlamat. Bila ada matlamat, kau kena usaha untuk matlamat. Bila usaha, Allah pasti akan bagi punya lah. Sebab kita dah usaha. Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakkal dan Doa balik.

Ini kan yang islam ajar? supaya nanti, bila kau dapat, kau akan hargai :)

tapi kita kena ingat.

bila saja menjelang hari lahir, membuktikan kita semakin hari meningkat umurnya.

betul?

memang betul pun! dan kita tak boleh lupa juga, semakin kita pendek umur satu hari.

Betul? Kenapa diam? thehehehe :D

Oleh itu, jadikan impian kita satu langkah menuju syurga. Dalam syurga nanti, jangan lupa minta Nissan GTR untuk aku satu. Parking siap siap kat depan pintu syurga. Mana lah tahu rezeki aku kena hadapi neraka dulu.
Blog Widget by LinkWithin