Assalamualaikum
Kata ayah, bila kita belajar untuk susah, kita akan sentiasa bersyukur bila senang. Ayah ajar kami dengan kesusahan. Tak pernah ajar kami dengan kemewahan. Dek kerana itu, kami anak anak ayah tak malu untuk buat apa yang kami tahu ianya adalah halal. Dek kerana itu, kami tahu serba sedikit dalam mengawal masalah dikala dalam kesusahan.
Kami diajar kutip tin tepi jalan. Itu yang ayah buat masa muda. Masa tinggal dengan ayah mertua nya iaitu arwah tok ayah. Ayah mengutip besi dan menjualkannya. Sampai orang cakap menantu tok ayah kaki kutip dan tak ada masa depan. Menantu tok ayah memalukan keluarga dengan mengutip sampah.
Arwah tok ayah malu sendiri. Yelah. Arwah adalah seorang imam besar di masjid Prai. Tapi, menantu nya macam sampah masyarakat kerana suka mengutip sampah di tepi jalan. Mengutip tin dan besi.
Mereka lupa agaknya, bila kita mengutip besi dan tin, bukan saja dapat menjaga alam sekitar, malah dapat menjana kewangan sendiri.
Perkara ni terbukti bila aku kembali ke bukit tengah rumah arwah tok ayah pada waktu musim cuti. Masa tu, aku lihat orang sekitar jalan pengkalan juga rancak mengutip tin dan besi di tepi jalan. Sampai ada di kedai kedai makan mereka membincangkan berkenaan pendapatan mereka hari itu. Agak lumayan. Sehingga, ada yang sanggup mengorek tanah untuk dapatkan besi. Ada yang sanggup pecah masuk bengkel bengkel lori dan kereta untuk dapatkan besi. Sedangkan 10 tahun atau 20 tahun sebelumnya, orang yang sama melabel ayah sebagai sampah masyarakat. Ini manisnya bersabar dengan prinsip :)
Apa yang ayah ajar, mengutip dan membersihkan alam, membuatkan kita hidup dengan pendapatan sendiri berbanding meminta derma dan menagih mengharap bantuan orang lain. Logiknya mudah, bila kita kumpul barang barang recycle, kita jualkan di pusat kitar semula, kita dapat duit. Mudahkan?
Sebab tu, pendatang pendatang luar, boleh hidup bila datang ke Malaysia. Diorang tak malu untuk kutip besi, tin, surat khabar lama dan lain lain untuk dijualkan dan peroleh pendapatan sampingan. Kalau rajin sedikit, mereka boleh jadikan pendapatan bulanan kalau duitnya mereka kumpul. Dan gaji dari hasil kerja, mereka hantarkan ke kampung untuk menampung keluarga di sana
Terbukti! Ayah ada seorang pekerja indonesia yang sangat rajin bekerja. Parto namanya. Dia adalah seorang yang rajin bekerja. Bukan saja pandai bertukang membuat rumah, tapi kerja kerja kebun dan tanaman juga parto pandai. Parto yang banyak membantu ayah dalam merealisasikan tanaman rozel di tanah ayah di Pulau Indah. Parto yang bertanggungjawab membina batas, menyiram tanaman yang hampir 3 ekar luasnya. Dan selepas waktu kerja, parto akan membawa motor honda c70 yang ayah belikan untuknya dan bayarannya dipotong dari gaji parto. Parto akan bawa motosikal itu dan melalui jalan jalan di kampung melayu pulau indah,
Bukan berjalan cuci mata, tapi jalan jalan cari rezeki. Mana saja kelibat tin dan besi, parto akan kutip dan kumpulkan. Wayar wayar tembaga yang dibuang orang, parto akan ambil dan buangkan bahagian plastik yang membalut wayar dan menggulung tembaga nya. Setiap hujung bulan, parto akan menjualkannya. Itulah duit makan dan duit minyak parto. Gaji kerja dengan ayah? Parto akan hantar duit tersebut ke kampung.
Dikhabarkan, parto memiliki sebuah rumah banglo bersaiz 60x70 di kampungnya Indonesia. Parto juga ada 2 orang isteri di sana. Termasuk yang ada di Malaysia, Parto ada 3 orang isteri. Anak anak, aku kurang maklum. Tapi kebanyakan anak perempuannya, akan diberi kahwin dalam usia yang muda untuk mengurangkan tanggungan. Hanya dengan bekerja dengan ayah dan mengutip tin, keluarga parto dan parto sendiri senang lenang samada di Malaysia ataupun Indonesia.
Banyak dari kita hari ini terlalu memilih kerja dan beralasan dalam melaksanakan tugasan kita. Akibat terlalu memilih, maka ramailah anak muda atau graduan universiti yang menjadi penganggur dan mengharapkan belas ehsan ibu bapa sendiri walau usia telah mencecah 25 tahun. Sangat malu.
Siapa yang hidup di Malaysia, tapi masih susah, adalah perkara yang menyedihkan - Ayahanda Nasir Sahlan :)

0 comments:
Post a Comment