Kawan Aku Si Budak Hingusan

Assalamualaikum

Dulu, masa zaman sekolah menengah, aku rapat dengan ramai kawan perempuan. Sebab aku lebih mudah nak dekat dengan diorang memandangkan aku susah nak menundukkan ego lelaki. Selain tu, tak ramai kawan lelaki aku, boleh aku bawak duduk berhujjah dan berdiskusi.

Berbeza dengan orang perempuan, mereka lebih sudi mendengar idea idea pelik aku, dan dalam masa yang sama ego diorang tinggi untuk mematahkan hujjah aku. Di situ aku timbulkan satu diskusi. Dari sibuk dok bincang pasal dunia dan apa benda hiburan mengarut, aku ajak diorang diskusi kebanyakan pasal penindasan, hak orang perempuan dan sebagainya.

Pernah aku bergaduh dengan satu orang kawan perempuan aku ni dalam bab poligami. Dia sangat emosi bila aku cakap poligami ni sapa haramkan atau benci, boleh jatuh rosak aqidah. Dia punya emosi, sampai suruh aku jadi perempuan dan gantikan tugasan perempuan serta ambil semua emosi orang perempuan. Supaya baru aku tahu perasaan perempuan yang kuat cemburu dan sebagainya. Akhirnya aku mengalah dan buat konklusi dalam hati - Allah nak beri pahala, tingkatkan darjat dan syurga atas sebab sabar. Itu benda mudah. Tak boleh fikir :p

Dalam bab hati dan perasaan, aku selalu dengar seorang sahabat aku ni. Aku rasa, dalam banyak banyak kawan perempuan masa di sekolah menengah, aku paling rapat dengan dia. Walaupun kami berbeza sekolah, tapi kami berhubung memalui telefon secara SMS atau kadang kadang dia akan call aku untuk mengadu masalah sambil menangis nangis.

Dia selalu ceritakan perihal masalah hati dan sebagainya sampai last last aku sekali rasa macam nak menangis sebab tak jumpa jalan solusi melainkan minta dia bersabar. Aku tak menangis sebab dia oke!

Masa di tingkatan 6, aku sempat 2 minggu dengan dia. Kami jadi satu sekolah dan kebetulan satu kelas. Aku yang dilabel pak bilal masa di sekolah, sampai kena hentam teruk dengan cikgu dan ustazah sebab ada mulut mulut dok mengata aku selalu dekat dengan dia. Dah rapat, memang la dekat -_-

Ada sekali, kami dalam kelas, cikgu lambat masuk, jadi aku ambil peluang untuk berbual dengan dia dan buat provokasi. Masa sedang seronok bersembang, tiba tiba cikgu sejarah masuk dan terus buat teguran keras pada aku dalam nada menengking. Aku relax buat selamber. Tapi kawan aku, menangis. Aku terus jem!

Kebetulan hari itu adalah hari terakhir aku di sekolah sebab aku nak sambung diploma. Jadi, aku pun mintak maaf dengan cikgu tu dan keluar dari kelas. Masa tu, hati rasa nak marah dan malu juga. Memandangkan aku adalah ketua kelas. Tapi aku biarkan je sebab malas nak fikir.

Aku lepak di kantin sambil bersembang dengan ustaz khairullail sambil makan. Tiba tiba dia datang dengan menangis cakap nak berhenti sekolah. Aku lagi la jem. Sikit punya hal pun nak berhenti sekolah? adehh

Dia minta aku hantar dia balik, dan aku kebetulan bawa kereta masa tu, hantarkan. Tapi tak terus balik. Kami lepak di padang joging dan tunggu dia nangis sampai puas. Lepas tu, aku terus hantar dia balik

Selepas masuk ke kolej, aku dengar dia dapat sambung belajar ke UiTM. Bagus untuk dia. Kami jarang berhubung lagi lepas tu.

Selepas aku bertunang, aku banyak berahsia dan banyak buang kawan perempuan dalam hidup aku. Aku sangat takut kalau kalau tunang aku cemburu. Dan dia yang dah lama aku tak contact, lagi la aku tak contact. Aku maksudkan buang kawan perempuan bukan dengan tidak berkawan langsung dengan diorang. Tapi aku dah tak mulakan untuk berhubung dengan diorang. Dah takde tangan gatai gatai nak mesej dulu tanya khabar sebagainya.

Sebab aku nak jaga hati tunang aku. Benda mudah je. Aku rasa, diorang pun faham. Dan diorang pun ada yang terlebih faham, sampai menjarakkan diri dari aku atas alasan, nanti tunang aku marah. Bagus la. Tunang aku garang tau! hehehehe :p

Tiba tiba, hari ni, dia PM aku kat facebook. Aku pun macam - wahh. budak ni hidup lagi rupanya xD
Aku pun share la pasal aku dah bertunang. Dia dengan selambar kodok je marah marah aku dan akhir sekali cakap - Sudah la kau!

Aku tertanya tanya, apa teruk sangat kalau rahsiakan pertunangan? Kau buang aku sebagai kawan macam tu je? hebat.

Tanak kawan dengan aku? Silakan :)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin