Cubaan Yang Bagus

Assalamualaikum

Baru dapat online di laptop setelah beberapa hari aku jadi runner dan bodyguard kepada abang. Berniaga emas dan mula kembali melangkah dalam dunia perniagaan. Masih belum habis penat, sentiasa saja ada tugasan baru.

Tapi bebanan kerja itu mengajar aku. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Cliche kan? peduli la..

Dan dan dan....

Seminggu ni juga aku gagal untuk berhenti hubungi tunang aku. Ini telah melanggar perjanjian damai diantara kami. Sepatutnya hanya seminggu sekali iaitu pada hari jumaat.

Dan disebabkan satu minggu ni sangat padat dengan jadual tersendiri, dengan perjalanan musafir jarak jauh, aku sering saja berhubung. Aku tidak tahu samada si dia selesa dengan amalan macam ni. Tapi firasat kuat mengatakan yang si dia tidak selesa. Aku pasti kerana dia yang mulakan untuk kami sama sama menjaga ikhtilat.

Aku rasa, sudah sampai masanya untuk aku tegas dan tegas kuasa dua dalam menjaga ikhtilat ini. Sebelum ni, aku kuat. Tapi disebabkan ada beberapa faktor, aku sendiri akhirnya layu. Layu yang sudah hampir hukumnya gugur tak mekar. ohh

Apa saja yang cepat rasa bahagia, semuanya adalah ujian. Kegembiraan satu hari yang panjang, pasti akan menangis di malam hari akibat kesedihan. Aku sangat takut dengan ujian ini. Paling aku takut, kegembiraan dan kebahagian yang aku rasakan sekarang adalah sekadar istidraj. Sangat bahaya!

Bab Rindu

Aku tahu kau ada perasaan yang serupa. Merindui pencinta kepada apa yang dia cintakan adalah fitrah. Jadi apabila tekanan datang dan soalan soalan pelik diajukan, tolong fikirkan pada tahap yang panjang sebelum menghukum aku. Kerana, aku jarang berikan sebab atas apa yang aku buat, tapi aku tahu rasionalnya. Cuma, sentiasalah tegur. Jangan pernah penat untuk tegur. Jangan pernah berhenti untuk tegur.

Sebab kadangkala, aku sendiri hanyut dan lalai. Manusia jenis apa tak lalai? Jadi, teguran itu adalah kunci kejayaan dalam hubungan. InsyaAllah aku takkan anggap teguran dari siapa siapa pun adalah sebagai balasan sangkaan buruk. InsyaAllah kita sama sama ada sifat bersangka baik.

InsyaAllah. Minggu depan, aku akan semakin kuat. InsyaAllah minggu depan, aku akan semakin tabah. :)

Cahaya itu tidak pernah malap. InsyaAllah semakin menyinari. Terima kasih tunangku :)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin