Ayat Ayat Cinta

Assalamualaikum

Hari ni terasa jerih betul. Awal awal pagi aku tak nampak kesan apa dan seperti biasa ke kelas. Dalam kelas, aku teringatkan kepada timbalan pengarah II kolej aku yang teringin benar nak jumpa aku sejak jari isnin haritu. Ada surat cinta katanya. Surat cinta lah sangat -___-

Lepas zohor, aku terus ke bilik dia dan bersembang berkenaan salah laku yang telah aku buat beberapa minggu lalu. Aku cerita kan keadaan sebenar dan kejadian sebenar. Dia kemudian memberikan aku satu laporan bertulis yang telah ditulis oleh Timbalan Pengarah I kolej.

Pada awal laporan, memang aku akui sama seperti cerita yang telah aku ceritakan pada semua orang termasuk umi, ayah, tunang, adik beradik dan semua la. Tapi terasa perit betul bila baca di akhir laporan satu tindakan aku yang tidak aku lakukan. Malah dicatat disana sebagai biadap dan keterlaluan. Hancur hati umi dan ayah kalau baca laporan tu. Disangkakan aku anak soleh, rupanya soleh-asal-boleh. Itu pun kalau diorang tak dengar cerita dari mulut aku dan terus percayakan laporan tu bulat bulat.

Perasaan aku masa dalam bilik Timbalan Pengarah II adalah sangat tidak keruan. Aku beritahu yang laporan itu bertentangan dengan apa yang berlaku. Aku beritahu juga yang aku sendiri punyai 2 orang saksi bersamaku. Aku dinasihatkan untuk membuat surat penafian pada pertuduhan itu.

Tiba saatnya aku tanyakan apa hukuman yang bakal aku terima. Aku dikhabarkan, aku bakal digantung diturunkan semester. Sekarang aku berada di penghujung semester 5. Bererti, aku akan mengulangi semua silibus latihan dan praktikal dalam semester 5. Ini aku kira sebagai lebih biadap dari laporan biadap tadi T__T

Aku tak bertambah resah dan marah. Nak je aku buat amukan sebagaimana jebat dulu mengamuk di istana. Tapi aku berlagak tenang dan memberikan hujjah menikam Timbalan Pengarah II. Tiba tiba dia diperlukan di pejabat. Aku ambil kesempatan itu untuk berikan mesej pada umi dan tunangku. Aku mohon mereka doakan aku supaya aku terus sabar. Dalam hati, aku takkan sabar dah! Aku akan buat amukan ni sampai kepada Dato setiausaha!

Tiba tiba umi telefon, aku jawab dan beritahu keadaan semua. Umi nasihatkan aku dengan berhemah. Tapi dasar anak lelaki yang amarah kuasai diri, aku cuma menangis dan mengiakan apa umi cakap. Tapi hati aku masih lagi dengan niat yang sama.

Tiba tiba untuk kali ke dua

"Tenang. Tak apa afif. Afif dah ambil wudu'? Dah dhuha? dah mengadu pada Allah? dah baca ayat ayat cinta dari Allah? Tunangku, pasti ada hikmahnya nanti. Tenang ya bakal suamiku. Sujud dahulu pada ilahi. Ini dunia sementara, jangan mudah kecewa, jangan mudah membara :) senyum itu lebih indah buatmu. Lepas 30minit, afif fikir semula apa yang perlu dilakukan ya. Sekarang senyum dulu. Allah telah merancang sesuatu yang terbaik buatmu jika kamu bersabar."

Mesej dari tunang aku

Aku tak dapat tahan air mata yang tadi keluar sikit sikit terus laju keluar. Aku tertunduk di hadapan meja timbalan pengarah. Nasib dia tak ada kerana ada urusan di pejabat.

Aku lekas balas mesej tunangku. Dan lekas seka air mata. Aku bagaikan disuntik satu semangat dan kekuatan. Aku terasa sungguh berdosa kerana biarkan emosi dan amarah menguasai aku.

Atas kes ini, aku jadi teringat beberapa ayat ayat cinta yang pernah aku baca. Membuatkan semangat aku kembali melonjak. Dan semangat aku meredhai perbuatan dan tuduhan orang pada aku.

 "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?
Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia (Allah) mengetahui orang yang dusta."

[Al-Ankabut : 29:2-3]

"Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kua
sa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan......."
[Ali Imran : 3:26]
Tawakkalku semakin kuat. Usaha aku semakin hebat. Tidak berhenti di sana. Aku kuatkan langkah kaki. Mengasak mereka dan berikan mereka erti kebenaran. 
Sekarang, kes sudah jadi tertangguh. Menunggu keputusan yang baru. Doakan aku. Moga saja kebenaran tetap benar dan terbukti benar. Kebatilan tetap batil dan terbukti batil. Allah lebih tahu :)
Terima kasih tunangku. Allah hantar mu pada ku tidak sia sia. Bukan aku menafikan usaha umi. Tapi terkadang, kita sebagai anak, inginkan satu suara dari luar yang membuat kita semakin kuat dan semangat. Moga Allah satukan kita. Moga syurga itu tujuan kita :)

* Umi post kat wall facebook aku. - "Pada saat manusia membenci mu tanpa alasan yang jelas, Ingatlah! Allah tetap menyayangi mu tanpa syarat"

Kata kata membuktikan kasih sayang. Hari ini aku semakin kuat :)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin