Didikan Ayah Siri 2

Assalamualaikum

Pernah satu ketika bila tiba musim cuti sekolah, ayah kerahkan aku dan adik berniaga habis habisan. Aku dan adik akan ikut ayah ke tempat kerja dan kami akan masuk ke setiap pejabat dan menjual kerepek kerepek yang dibungkus kecil oleh umi. Kami akan target untuk 3 waktu iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan petang iaitu pada waktu orang sedang lapar.

Mula mula memang rasa bebal dan rasa nak lawan ayah. Kenapa anak anak orang lain boleh happy happy dapat PS2 atau PS3 dan seronok main di rumah, tapi kami anak anak ayah kena buat kerja ni? ayah tak ada duit ke nak bagi kami makan?

Persoalan tu aku biarkan. Kadang kadang sampai menangis sendiri bila ada kawan kawan ayah yang tegur, "kau budak sekolah, kau patut sekolah. Bukan tanggungjawab kau cari duit". Diorang seolah olah membela sebagai hati kecil aku yang memberontak untuk tidak mahu mencari duit di usia muda. Tapi hakikatnya, aku tidak mampu menjawab ketika itu.

Seawal pendidikan tadika, aku dan adik diajar untuk berniaga. Tapi bila darjah 5 atau darjah 6 aku nak buang sifat berniaga ni? tak mungkin.

Aku lawan perasaan memberontak. Aku katakan yang ayah ada sebab tersendiri minta kami begitu.

Pernah satu ketika, kami anak anak ayah dikerahkan untuk kutip tin di tepi jalan, kutip surat khabar lama di rumah orang. Sampai jiran jiran seusia aku memanggil aku budang pungut. Dek kerana kerja memungut apa yang dibuang orang. Masa tu aku sudah cukup matang dan tahu menghargai duit. Jadi aku sedikit tidak kisah dengan sindiran kawan kawan.

Kata umi " orang yang mengata tu, diorang anak orang kaya." . Jadi aku anak orang miskin? heh~

selagi aku kisahkan apa kata orang, selagi tu aku masih di kongkong. Jadi aku tak pedulikan.

Ramai jiran jiran yang menelefon ayah meminta aku dan adik datang ke rumah dan mengambil surat khabar lama yang dah menimbun di dalam stor mereka. Aku akan kutip dan ikat. Kami kemudian akan bawa hasil kutipan tadi tidak kira surat khabar atau tin dan di jual di kedai recycle. Berhasil.

Sehinggalah pada satu hari, budak yang pernah memanggil aku budak kutip, dia juga mengutip tin di tepi jalan -__-"

Pada saat itu, dia juga menjadi peraih surat khabar lama di kuarters kami dan dia juga menjadi pesaing kami anak anak ayah dalam jalankan projek barang recycle. Pada waktu tu, dalam hati aku sengih besar. Kejayaan! Dulu dia mencemuh, sekarang dia jilat balik ludah dia. Kah kah kah

Pernah satu ketika, waktu aku dalam tingkatan 5, aku menjadi driver ayah dan bawa ayah ke teluk intan. Ya! Kampung ayah di sana. Dalam perjalanan, ayah nasihatkan aku, kata ayah, ayah nak anak anak ayah pandai berniaga sebab ayah tahu hidupnya tak lama. Dia nak anak anak dia tahu untuk cari duit sendiri, dan tidak meminta atau merayu simpati pada orang lain bila ayah dah tak ada. Aku menangis dalam hati dengar kata kata ayah.

Itu adalah satu jawapan yang aku cari sejak aku kecil. Jawapan kenapa harus aku berniaga? kenapa aku tidak boleh jadi seperti anak anak normal yang lain?

jawapan ayah buat aku muhasabah

maaf. cerita aku agak terabur. Otak sedang merindui memang begini barangkali~

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin